2 Hari 1 Malam di Cappadocia, Turkiye

2 Hari 1 Malam di Cappadocia, Turkiye

438
4
SHARE
View sepanjang jalan pulang dari Cappadocia ke Istanbul. Subhanallah.

Kembara Kak Kep memang sinonim dengan kembara huru hara dan ‘touch and go’. Hihihi. Satu sebab, kami tak punya banyak masa untuk explore betul betul sebab kekangan waktu yang sangat mencemburui kami. Ewahhhh.

So, itinerary plan selalunya memang kabuts sikit. But we survived dengan anak anak dan masa yang singkat untuk jelajah sebanyak tempat yang mungkin.

Macam kembara ke Turki yang allocate hanya 5 malam untuk jelajah Istanbul – Bursa – Ankara – Cappadocia – Istanbul. Orang lain buat 10 malam untuk cover semua tuh tapi kami cuma 5 hari. Kental!! Hahaha.

Dengan 2 hari 1 malam apa aktiviti yang dapat kami buat di Cappadocia, Turkiye ekk.. Meh nak story secara terperinci. But, bear in mind, kembara Cappadocia ini dengan 3 anak berumur 8, 4 dan 2 tahun. Hehehe. So, banyak aktiviti santai untuk budak budak.

DAY 1

7.30 pagi – Bertolak dari Ankara menuju ke Goreme (bandar kecil di Cappadocia). Waze bawak jalan ikut pesisir Tasik Tuz atau lebih dikenali dengan nama Tuz Golu. Subhanallah. Cantik yang amat. Anak anak tidur. Jadi keadaan terkawal. hehehe. Perjalanan mengambil masa 3 jam 40 minit.

11.00 pagi – Selamat sampai di bandar Goreme. Sesat barat mencari Cappadocia Cave Suite. Celah celah batu atas bukit duduknya hotel kami tuh. Waze dah serender. Google Maps membantu sehingga ke depan lobi hotel. Alhamdulillah.

Check in hotel. Layan anak anak mandi bath tub dulu, lepas sejam kami keluar untuk lunch. Sebab tak survey tentang restoran yang sedap watsoever maka kami pilih yang paling ramai orang. Hihihi. Harga ok. Makanan pun ok. Lepas makan, kami decide untuk ke Goreme National Park.

1.00 tengahari – Actually, waktu nak datang korang akan melalui Goreme National Park nih. Kire kitorg patah balik. Kat sini, korang boleh melawat batu batu besar atau gua yang telah diukir untuk jadikan sebuah rumah. Ada satu rumah tuh memang makcik pakcik tuh duduk situ waktu summer. Winter takleh duduk situ. Too cold. Surprisingly, makcik pakcik dan anak anak dia semua boleh speak a very good English. Susah okayyy nak jumpa yang boleh cakap English kat Turkiye nih. Hihihihi.

goreme goreme1Anak anak memang happy sangat sangat kat sini, Lari panjat bukit panjat gua sana sini. Si abang yang sememangnya dah faham kalau kita explain apa apa, memang macam peluru lah keluar dari mulut dia macam macam soalan. Huhuhu.

Lebih kurang sejam di situ, on the way balik kami singgah di Panoramic View yang banyak tepi jalan. View dia tak terungkap dengan kata kata. Sangat sangat cantik.

panoramicLepas tuh balik hotel semula, rehat rehat kejap kami keluar balik. Hehehe.

4.00 petang – Kami memandu terus ke Avanos. Ada terbaca kat mana tah ada restoran makanan Malaysia di situ. Ya, memang ada. Tapi dah tutup. Hihihi. Buka untuk lunch sahaja. Sadiss..

On the way balik kami singgah di Fairy Chimneys, Pasabag. Kejadian batu batu yang berbentuk unik kat sini adalah hasil hakisan angin. Memang unik. Lagi sekali anak anak happy sebab dapat berlari sana sini di kawasan yang luas. Terjumpa orang Malaysia yang tengah photoshoot utk majalah fesyen. Hehehe

fairy6.00 petang – Kami balik ke pekan Goreme untuk makan malam, selesai makan malam, kami jalan jalan sekitar pekan Goreme. Nyaman. Tak sejuk sangat. Memang best utk jalan jalan.

souvLebih kurang jam 8.00 malam sampai hotel, bersihkan diri, anak anak terus tidur sebab penat sangat. Sepatutnya esok pagi plan nak try hot air balloon. Tapi dah double confirm dengan semua company yang NO HOT AIR BALLOON akan operate esok hari sebab angin terlalu kuat. Huwaaaaaaa. Keciwaaaaa.. Nampaknya kena dtg balik utk hot air balloon. Honeymoon maybe?? Hihihihi.

Btw, utk mak mak yang ada baby, hot air balloon nih tak benarkan bayi ikut sekali tau. Tapi kat bawah ada khidmat nanny untuk mak ayah enjoy the flight. So, always ask syarikat yang korang book tuh untuk khidmat nanny tuh ok?

DAY 2

8.00 pagi – Lepas sarapan, cepat cepat kami gerak ke Goreme Open Air Museum. Ok, yang paling beria nak gi museum nih ialah si abang. Dia dah frust sebab tak sempat ke museum nih semalam. So, dah janji nak datang sini hari ini.

Angin sangat kuat. Super sejuk hari nih. Nak jalan pun susah. Kena tolak dengan angin. Nasib baik kami awal, jadi tak banyak lagi bas bas rombongan. Orang pun tak ramai sangat.

goropenairAbang dengan abah banyak explore seluruh museum. Kak Kep banyak melayan si kecik 2 orang tuh berlari lari. Huhuhu. Sejam lebih jugak kami pusing. Tak boleh tahan sejuk dah. So kami pun gerak balik.

Tiket untuk masuk ke museum nih 25 TL person. Goreme Open Air Museum nih juga adalah Tapak Warisan UNESCO sejak tahun 1984.

Lebih kurang jam 10 pagi, kami gerak balik ke Istanbul. Perjalanan dari Cappadocia ke Istanbul lebih kurang 7 jam. Phewww.. Bersiap sedia mental fizikal. Hihihihi.

Itulah serba sedikit tentang aktiviti di Cappadocia. Tak banyak yang boleh dicover disebabkan kekangan masa dan bercuti dengan anak anak kena bagi diorang masa dan ruang. Personally, Kak Kep tak puas. Wajib ulang nih. Hihihi.

Ada banyak lagi aktiviti yang korang boleh buat di Cappadocia. Contohnya ber ATV dan horse riding. Tak lupa juga ada demo buat tembikar. Cool kan?

So, apa lagi… Jom simpan angan angan menjejak kaki ke Turki dan Cappadocia. Jujurnya, kalau tanya Kak Kep sendiri. Turki adalah negara yang Kak Kep boleh repeat berkali kali. InshaaAllah tak jemu, sooo many things to explore lagi. See u again Turkiye. Heeeeeeee

SHARE

4 COMMENTS

  1. kak Kep..dr cappadocia ke istanbul..jalan ok x? ad highway ke? kalo nak drive mlm ok ke dr cappadocia ke istanbul?

LEAVE A REPLY