24 Tips Pertama Kali Menaiki Kapal Terbang Bersama Anak Kecil

24 Tips Pertama Kali Menaiki Kapal Terbang Bersama Anak Kecil

4508
0
SHARE

Zaman dulu dulu, dapat naik kereta pun macam dah best sangat kan? Tambah la kalau dapat naik kapal terbang? Memang tak terjangkau dek akal. Jemaah haji pun ke Mekah dengan kapal laut. Sewaktu zaman atok nenek kita kan? Tahun 70 an dan awal 80 an.

Seiring dengan kemajuan, pengangkutan udara iaitu kapal terbang sudah menjadi biasa. Bak kata AirAsia “Everyone Can Fly”. Memang betul. Kalau kena cara dan masanya, tiket kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang lebih murah berbanding tiket bas. Betul tak?

Jadi tak hairanlah kalau kita tengok pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) balik beraya dengan kapal terbang dan bukan dengan bas macam dulu dulu. Sesuai dengan peredaran zaman.

Ok, di sini Kak Kep nak kongsi tips dan pengalaman Kak Kep sepanjang terbang ke sana ke sini dari zaman solo sehingga kahwin. Dari anak seorang sekarang dah tiga orang. Bagaimana Kak Kep uruskan dari mula membeli tiket kapal terbang sehingga tiba ke destinasi.

Dan yang paling WIN. Balik ke Malaysia bulan Disember lepas, Kak Kep balik seorang dengan dua childs dan satu infant dengan 3 tempat duduk di dalam kapal terbang. Sekarang, boleh bayangkan bagaimana Kak Kep tahan kencing sepanjang 8 jam berada dalam kapal terbang. Kihkihkih.

tipstravelanakkecilTiket Kapal Terbang

Tempah awal. Sekiranya inginkan harga yang murah. Namun ada juga syarikat penerbangan yang suka membuat tawaran di saat saat akhir. Penempahan tiket kapal terbang di saat akhir sesuai sekiranya korang nak bercuti secara mengejut dalam masa yang sama ada tawaran tiket murah. Memang untung kalau dapat peluang macam nih.

Tapi kalau duduk jauh macam Kak Kep yang nak balik raya di Malaysia nih dah boleh rancang awal awal. Kalau ada offer terus tempah. Takut nanti makin mahal dan dah tak ada tawaran yang menarik.

Sekiranya korang macam Kak Kep, ada ‘askar’ berderet yang menunggu untuk ikut balik raya sama maka pastikan betul betul nama setiap anak untuk key in tempahan tiket sama seperti dalam passport.

Kaunter check in sangat berkira bab ini. Tersilap satu huruf boleh buatkan delay urusan daftar masuk atau check in. Dan lagi satu semak 2,3 kali tarikh lahir anak dan tarikh tamat tempoh pasport. Syok punya booking tiket flight sekalinya tarikh tamat tempoh pasport kurang dari 6 bulan. Tak ke naya?

Dan lagi satu yang Kak Kep nak pesan. Jangan ingat kalau perbaharui pasport sekeluarga hari yang sama akan dapat tarikh tamat tempoh yang sama. Macam kami anak beranak renew hari yang sama kononnya nak mudahkan urusan. Bila semak balik. Laaaaa.. lain lain tarikh tamat tempohnya.

Lesson learnt. Next time nak renew, pastikan beritahu awal awal pada pegawai imegresen jadikan tarikh luput untuk setiap ahli sama. Senang nak renew kemudian hari.

Semak semak semak setiap satu. Macam kami yang menetap di luar negara nih kalau pasport dah tamat tempoh, cuma dibenarkan balik ke Malaysia sahaja untuk urusan pembaharuan. Kiranya selagi tak renew, selagi itu lah tak boleh ke mana mana kecuali balik ke Malaysia. Faham tak?

Jadi, penempahan tiket kapal terbang nih kalau nak ikutkan selain harga dan kesesuaian masa yang kita pilih untuk terbang. Pasport juga memainkan peranan. Sentiasa semak segala butiran terlebih dahulu.

SEMAK!

  1. Pilih tawaran terbaik (paling murah dan syarikat penerbangan yang disukai)
  2. Pastikan umur anak anak. Ketahui perbezaan infant dan child.
  3. Semak tarikh luput passport.
  4. Pastikan ejaan nama yang di key in sama seperti yang tertera di dalam pasport.

Daftar Masuk

Sekarang zaman canggih. Boleh check in melalui telefon bimbit anda. Kalau syarikat tambang murah seperti AirAsia atau EasyJet (tambah murah Eropah), daftar masuk di kaunter korang akan dikenakan bayaran. Jadi, semak betul betul. Jangan rugi pulak kena bayar sedangkan boleh check in awal awal melalui telefon.

Untuk Kak Kep sendiri kami memang sentiasa memilih untuk mobile atau web check in siap siap. Bila sampai di airport cuma terus ke kaunter bag drop. Kalau di laman web tidak diberi peluang untuk memilih tempat duduk (kerana sehingga sekarang kami masih lagi memlilih seat yang ada basinet untuk baby) maka kami akan check in di kaunter.

Kalau fly dengan Qatar Airways, selalunya tiada masalah untuk online check in, tapi selalu ada problem dengan Sri Lankan Airlines kalau bab online check in. Kalau tak berjaya online check in, nasihat Kak Kep, pastikan sampai sangat awal di airport untuk memudahkan urusan.

Macam Kak Kep, fly dari Kuala Lumpur ke Doha, selalunya yang terbang bersama kami adalah 10 buah kotak dan 3,4 luggage besar. Bayangkan nak wrap dan uruskan semua barang memang ambil masa. So, kalau flight jam 8.00 malam, seawal 5.00 petang kami dah ada di airport. Kaunter buka untuk bag drop atau check in, kami orang yang pertama. Hihihi. Baru tenang hati Kak Kep.

Family at the airportSEMAK!

  1. Pastikan buat online check in (sekiranya boleh).
  2. Pilih tempat duduk supaya satu keluarga dapat duduk sekali dan untuk bayi, request seat yang ada basinet.
  3. Elakkan beg dan kotak rosak dengan balut semuanya di kaunter secure wrap. Di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) di bahagian row J,K dan D,E. Lebih kurang area situ. Super Strap dengan warna oren dan hitam.
  4. Sampai awal di airport tambah tambah kalau luggage banyak dan anak ramai.

Kawalan Keselamatan

Kalau bersama anak anak, barang yang selalu dibawa bersama untuk hand luggage adalah keperluan untuk buat susu, sedikit kudapan, makanan bayi, pakaian untuk disalin dan tak lupa juga stroller. Ini antara barang yang perlu ada tambah untuk long haul flight.

Kudapan dan pakaian selalunya tiada masalah. Makanan juga pastikan bukan yang jenis watery (sup dan sebagainya). Selain dari itu tiada masalah. Cuma yang menjadi masalah untuk mak mak ialah flusk air panas. Runsing anak nak susu waktu menunggu untuk on board kan?

Kak Kep nasihatkan untuk elak masalah sewaktu lalu kawalan keselamatan, bawak masuk flusk kosong. Sebelum naik flight jumpa mana mana kafe, minta diorang refill air panas dalam flusk. Jadi naiklah kapal terbang dengan gembira selepas tuh. Faham?

Kang nanti, dah lah menggelabah first time naik flight. Kena tahan kastam suruh pegi buang air dalam flusk pulak. Nak handle anak anak lagi. Kan dah menghasilkan satu unnecessasry stress. Hihihihi.

Untuk anak anak pula, terangkan siap siap pada mereka tentang apa yang perlu buat ketika melalui kawalan keselamatan supaya diorang tak panik. Saspen tak tentu pasal kan? Rilek jek minta diorang lalu metal detector dengan gembira.

Stroller? Selalunya pegawai kastam yang akan tolak. Memang metal detector akan berbunyi sebab stroller ada metal. Tapi tiada masalah. Lepas jek..

Bagi mak mak yang ber’baby wearing’? Mudah sangat. Pilih wrap atau sling yang tanpa besi. Anda tak perlu buka wrap. Paling paling pun pegawai kastam wanita akan buat check seluruh badan. Kalau tak buat salah, tak perlu risau.

Kak Kep memang akan travel dengan baju tidur. Hahahaha. Biarlah aku selekeh pun. Janji selesa. Tshirt dan track bottom jek. Jadi Kak Kep tiada masalah bab nak kena buka tali pinggang, cincin barang kemas segala. Kalau dengan baju tidur memang tiada masalah nak lalu kawalan keselamatan. Juga sangat selesa untuk berkuntau dengan ‘askar’ yang ramai. Hehehe.

SEMAK!

  1. Flusk air – refill di mana mana kafe bila dah lepas kawalan keselamatan.
  2. Bawa makanan bayi bentuk pepejal. Bukan watery.
  3. Terangkan pada anak anak apa yang bakal berlaku ketika melalui kawalan keselamatan.
  4. Stroller tidak menjadi masalah untuk melalui metal detector.
  5. Pastikan wrap atau sling untuk kendong bayi tiada besi untuk elak kena buka ketika melalui kawalan keselamatan.
  6. Pakai pakaian yang mudah tanpa perlu nak tanggal tanggal belt atau aksesori ketika di kawalan keselamatan.

Menaiki Pesawat

Ketika di ruang menunggu sebelum menaiki pesawat, sekiranya korang dengan anak anak, stand by untuk duduk di area yang berdekatan dengan pintu untuk ke kapal terbang.

Ini kerana, family dengan anak kecil, warga emas dan orang kelainan upaya akan diberi keutamaan untuk naik kapal terbang terlebih dahulu. Jadi gunakan peluang ini.

Pesan pada anak anak jangan berebut. Jalan elok elok. Behave. Kalau boleh jangan tunggu terlalu lama di ruang menunggu dengan anak anak. Nanti diorang bosan dan macam macam perangai yang keluar. Jadi pandai pandai adjust masa supaya ngam ngam dengan waktu untuk boarding.

Pastikan korang berada di lorong yang betul semasa mencari tempat duduk. Sebelum masuk, tunjukkan boarding pass pada cabin crew yang menunggu di pintu pesawat. Mereka akan guide lorong mana yang perlu korang ikut sesuai dengan nombor tempat duduk.

Susun elok elok hand luggage di ruang atas tempat simpan barang. Jangan tamak sangat sampai semua space nak bolot sorang. Fikir juga hak orang lain untuk letak barang mereka. Jangan selfish.

Susun atur kedudukan anak anak supaya selesa untuk anak dan mak ayah. Utamakan keselesaan anak anak. Bila diorang selesa diorang tak banyak buat perangai yang bukan bukan.

Kalau korang jenis yang mudah sakit telinga ketika menaiki kapal terbang terutamanya ketika take off dan landing, bawa bersama gula gula getah untuk dikunyah. Ini membantu elakkan atau kurangkan sakit telinga.

SEMAK!

  1. Di ruangan menunggu, keluarga bersama anak anak pastikan duduk dekat di pintu menaiki pesawat.
  2. Pesan pada anak anak jangan berebut.
  3. Tunjukkan boarding pass pada cabin crew untuk pastikan anda tidak salah lorong ketika mencari tempat duduk dalam pesawat.
  4. Susun hand luggage dengan kemas di atas ruang simpan barang. Jangan selfish dengan bolot semua space.
  5. Susun atur kedudukan anak anak supaya mereka selesa.
  6. Sakit telinga? Kunyah gula gula getah untuk kurangkan masalah tersebut.

Tiba di Destinasi

Kak Kep suka jadi antara yang terakhir untuk turun dari kapal terbang. Maklumlah anak ramai. Tak kuasa berebut dengan orang lain. Biar tenang dan rilek. Lagipun dah sampai, rilek. Apa yang nak dikejarkan.

Kecuali memang ada ikut tour tertentu dan sebagainya. Yang tuh memang perlu kelam kabut supaya tak terlepas tour.

Sampai di destinasi yang paling penting untuk jalan terus menuju ke kaunter imegresen. Bear in mind. Selalunya akan kena beratur panjang kecuali balik ke negara sendiri. Alhamdulillah. Q tak panjang. Tapi pengalaman bercuti ke mana mana setakat ini di Istanbul Attaturk Airport, Stansted Airport, Hong Kong International Airport, Schiphol Airport semua beratur panjang.

Sabar. Kalau anak menangis? Ini taktik terbaik untuk dapat potong Q atau di arahkan ke kaunter khas. Hihihi. Selalu menjadi taktik nih.

Selesai urusan di kaunter imegresen adalah masa untuk ambil check in luggage. Semak dulu di skrin untuk ketahui flight kita di conveyer belt mana satu? Kang tunggu punya tunggu beg tak keluar, dok ingat beg hilang. Padahal silap belt. Hihihihi. Tak ke malu?

collect luggageSiap ambil beg, berjalan keluar. Nahhh.. You’re in Istanbul. Enjoy your holiday korang. Yeahaaaaa.

SEMAK!

  1. Jangan berebut waktu turun dari pesawat.
  2. Bersedia untuk berdiri lama dan beratur panjang di kaunter imegresen.
  3. Semak conveyer belt supaya tak silap menunggu beg keluar.
  4. Enjoy your holiday. Yeahhh..

PALING PENTING!!!!

Pastikan anak anak sihat dan tak jatuh sakit sebelum dan semasa penerbangan. Bayangkan anak demam sepanjang 8 jam dalam perjalanan. Membayangkan pun dah ngeri. Tambah lah nak melaluinya. Betul tak?

Hati tak keruan, anak merengek sepanjang 8 jam. Anak anak yang lain juga perlukan perhatian. Tiba tiba suhu naik sehingga 40 degree. Bukankah itu sangat mencemaskan.

Untuk Kak Kep sendiri, 2 minggu sebelum fly Kak Kep dah siap siap boost immune anak anak supaya tak jatuh sakit dan minta doa banyak banyak dengan Allah supaya semua berjalan lancar.

Bekalan vitamin sepanjang bercuti juga tak dilupakan. Mesti ambil baik untuk anak anak atau Kak Kep dan suami sendiri. Tak nak spoilkan mood bercuti. Nak tau apa yang Kak Kep sogok anak anak sepanjang 2 minggu sebelum fly? Roger roger Kak Kep naaa.. atau jemput jemput ke SINI

immuneboosterRasanya cukup setakat itu tips dan petua untuk mak mak yang pertama kali nak fly dengan anak anak. Berdasarkan pengalaman, apa yang Kak Kep bagi nih berkesan dan menjadi. Yang paling penting doa banyak banyak. InshaaAllah semua berjalan lancar.

Book your tickets and FLY!! Yeahhh..

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY