2D1N di Legoland Hotel Nusajaya, Malaysia

2D1N di Legoland Hotel Nusajaya, Malaysia

1969
3
SHARE

Assalamualaikum semua,

Kalau balik Malaysia memang mencabar nak update blog sebab bz makan dan jalan. Hehehe. So entry kali nih pun memang entry jalan jalan pusing selatan tanahair.

Anak bujang dari di Doha lagi dah berzikir dengan abah dia nak ke Legoland bila balik Malaysia. Siap bagi syarat kat abah cakap every year summer holiday balik Malaysia nak gi Legoland.

Last year, diorang anak beranak dah pegi tapi Kak Kep tak dapat join sebab waktu tuh Kak Kep ikut Shaklee Conference ke California. Baca DI SINI kisah Shaklee US 2014.

So tahun nih, memang wajib repeatlah, sebab mama dia jeles nak ikut last year tak dapat. Hihihi. Kami gerak dari KL ke Johor Bahru dalam jam 9 pagi. Sebelum ke Nusajaya di mana letaknya Legoland Hotel, kami ke Skudai dulu.

UTM Di Hatiku

Tujuan ke Skudai nih sebab saja melawat UTM Skudai, tempat belajar Kak Kep dan Abam S. Hihihi. Mengimbau kenangan dulu di UTM. Kisah #throw16yearsback Capt dan Amuk kekdahnye.. Hahaha.. Round ambil gambar kejap pastuh anak anak dah berzikir bila nak sampai Legoland.

Aduhhh.. Tak sempat nak feeling lelebih kan? Hehehe.. Sesape geng UTM 1999-2004? Sepppp hai faifff sikit.. Hehehe.. UTM dah banyak berubah. Tapi ada jugak yang masih maintain. Kafe N24 masih sama. Cuma tak sure ayam goreng still sedap macam dulu ke tak. Huhuhu

Check In Legoland Hotel

Sampai Legoland Hotel lebih kurang jam 4.00 petang. Just nice untuk check in. Kat lobi dah ramai guest yang nak collect luggage untuk check out. Budak budak kemain happy. Check in process lama pun tak kisah sebab leka dengan lambakan lego yang belambak kat lobi.

chk inDan time kami sampai juga Emmett dan Princess round untuk ambil gambar. Teruja la si abang jumpa Emmett. Hehehe.

emmetOverall check in semua ok. Cuma lambat sikit. Beg pun bell boy yang hantar ke bilik. So, kita lenggang kangkung jek naik bilik. Kami dapat bilik 722 yang menghadap theme park.

TIPS :

Untuk booking Legoland Hotel, pastikan korang book super awal. Kalau boleh 6 bulan awal. Nak ikutkan nak book bilik yang price 700+ tuh (paling murah) tapi sebab lagi 3 minggu baru nak book semua dah yillek. Cuma tinggal bilik 1600+ untuk 8 orang.

bilikanakhallBeing Abam S yang takmau mungkir janji kat anak bujangnya, dia gigih jugak book. Nanges kak kep dengar harga. Huwaaaaaa. Nak angkut satu batalion stay situ pun semua pakat tak cuti sebab weekdays. Gagah la kami bilik sebesar besar itu duduk 5 beranak jek. Aduihh.

Ada disediakan lego dalam bilik. So anak anak boleh main lego dalam bilik. Yay.
Ada disediakan lego dalam bilik. So anak anak boleh main lego dalam bilik. Yay.

So make sure booking super awal okay. Boleh book di link di bawah :

Booking Hotel Legoland DI SINI

Petang tuh melawat kawasan ke Johor Premium Outlet. Macam wajib singgah gitu. Padahal tak beli apa pun. Round kejap. Makan. Then perut dah kenyang balik hotel terus tidur.

Bricks Restaurant – Complimentary Breakfast

Kami keluar untuk complimentary breakfast jam 9.00 pagi. Punya lah ramai orang. Tak pernah seumur hidupku gi mana mana hotel breakfast ramai gila. Kena amik nombor. Kena Q. Gilerrr. Hahahaha.

brickrestoNasib baik tunggu dalam 15 minit jek. Lepas tuh staff restoran dah panggil masuk dan bagi kami tempat tersorok sikit. Nasib baik. Percaya atau tak, seluruh restoran dan sepanjang sejam makan kat situ tak jumpa satu family Melayu langsung.

makanSemua Chinese, and ada 2,3 family arab dan mat saleh. Fuhhhh. Siap makan kami naik bilik, kemas kemas dan terus check out. Letak barang dalam kereta siap siap dan terus masuk Legoland dalam jam 10.30 pagi.

Ready for Legoland. Yeah.
Ready for Legoland. Yeah.

Legoland Malaysia

us
Must have pic. Hihihi

Panas. Hehehe. Macam tak biasa kan? Banyak jugak rides yang Yaya tak boleh naik. Hayfa asyik grumpy dan takut nak naik segala benda. Hafiy pulak macam boring tak ada geng. Haihhh. Macam macam diorang nih.

Luckily sebab weekdays, orang tak ramai and Q utk rides pun tak panjang. So dapatla naik yang mana yang dah target tuh dengan senang hati.

ridesqBila matahari makin tegak kat atas kepala. Kami decide untuk keluar jek. Sebab budak budak dah grumpy. Jujurnya, theme park nih kena pegi ramai ramai baru enjoy. Huru hara ramai ramai itu sangat best. Macam kami ke Disneyland Hong Kong last year seramai 20 orang. Happening habis.

So, kalau nak repeat Legoland tahun depan kena pakat dengan sepupu sepapat semua turun ramai ramai. Baru havoc.

Keluar dari Legoland. Masuk dalam kereta terus cakap kat Abam S. Jommmmmm gi Grand Lexis. Abam S tanpa bantah.. Jommmmm.. Booking bilik kat dalam kereta. Book jam 2 petang. Check in jam 4.30 petang. Gila. Hahahaha.

Well.. spontan spontan macam nih barulah Kak Kep dan Abam S kan? Hihihihi

Next entry kita story pasal Grand Lexis, Port Dickson pulak eyy..

3 COMMENTS

  1. memang menangis tengok harga bilik tu, kak kep…tu la, pergi ramai-ramai baru best, macam trip saya ke KK, 13 dewasa, 3 kanak2..memang meriah!

LEAVE A REPLY