5 Tips Selfie Untuk Si Pengembara

5 Tips Selfie Untuk Si Pengembara

593
12
SHARE
Siap ada darjah darjah.. ikut ikut.. jgn tak ikut.. hihi

Korang ada sorang kawan. Kalau dia lalu jek kat Newsfeed FaceBook korang, mesti gambar selfie. Takde benda lain. Kot gambar kucing ke, gambar pemandangan ke lain cerita kan? Ini tak, mesti gambar selfie. Masalahnya kawan korang tuh bukan anak dara atau bujang lagi. Anak dah berderet. Korang menyampah tak? Hahahaha. Kalau menyampah takyah la nak menyesakkan otak korang dan menambah keladak kolam jiwa korang. Korang unfollow atau hide jek lah. Senang. Dengar nasihat Kak Kep nih, FB bukan tempat menjaga hati orang. So, kalau hati sendiri rasa gelisah tak tentu arah. Buat lah sesuatu bagi hati kita tenang. Betul tak? Simple!

Selfie Untuk Pengembara

Eh, tapi selfie nih penting juga tau. Tambah tambah kalau korang gi mengembara ke mana mana tempat di dunia secara solo. Larat ke nak pasang tripod setiap kali nak amik gambar. Nak set timer bagai kan? Atau asyik nak suruh orang. Orang pun menyampah. So the best way is SELFIEEEEEE.. hehehe.. Bayangkan powernya fenomena selfie nih sehingga wujudnya, monopod lah, GoPro segala kan? Fuhhh.

Kak Kep nih suka juga selfie tapi bukan untuk di upload kat FB atau mana mana. Jarang sangat lah nak upload. Kalau ada tuh dan sesapa sempat tengok, memang jack pot. Hahaha. Kang haku rajin selfie, korang menyampah pulak kan? Hahahaha

Walaupun bukan master bab selfie nih, tapi Kak Kep ada buat sedikit kajian tentang selfie. Chewahh.. Meh baca 5 tips selfie yang betul supaya korang nampak cun dan pemandangan percutian pun dapat dirakamkan dengan cantik sekali.

Tip #1 : Muka Paling Penting

Kebanyakan selfie yang biasa akan fokus kat muka kan? Pastikan letak kamera atau handphone setinggi yang mungkin. Jangan ambil risiko selfie dari bawah muka. Seboleh boleh tutup double triple chin tuh. Silap haribulan kalau ambil dari bawah walaupun korang pakai baju saiz S nampak macam pakai saiz XL. Muahahahahaha. Nak?

Siap ada darjah darjah.. ikut ikut.. jgn tak ikut.. hihi
Siap ada darjah darjah.. ikut ikut.. jgn tak ikut.. hihi
Tu dia.. nak nampak macam tuh? Hihihi
Tu dia.. nak nampak macam tuh? Hihihi

Tip #2: Perhatikan Latarbelakang

Tengok tengok sama mercu tanda kat belakang yer. Jangan syok selfie sana sini. Tak perasan pulak KLCC ke London Bridge ke kat belakang. Ambil selfie gedebak gambar sendiri semata tutup habis mercu tanda atau pemandangan kat belakang. Kreatif sikit ekk. Hehehe

Perfecto!
Perfecto!

Tip #3: Sudut Dramatik

Yang nih ikut kreativiti masing masing. Ada orang ambil selfie dari bawah ke atas. Nampak orang sikit nampak pemandangan sikit. Jenis orang kreatif dia memang akan usaha selfie macam nih sampai dia puas hati. Kena cuba banyak kali. Korang boleh jadi pelakon juga untuk selfie macam nih. Konon konon pandang tempat lain and selfie arah lain ke. Pandai pandai lah korang. Hahahaha.

BqEddKZCcAA0QSH
Selfie dari bawah tapi cover dagu.. Cekap kan? Hehehe

Tip #4: Jadi Cool!

Kalau kembara ke Thailand, ada sessi tunggang gajah kan? Kalau ke Bali mesti nak cuba parasailing kan? Ke Queenstown pasti taknak terlepas cuba paragliding kan? Selfie seround berani tak? Hahahaha.. Tapi kalau selfie moment moment macam tuh mesti priceless kan? Try la.. jadi cool and take selfie ketika paragliding.. Salute! Hehehe

SELFIE-POLE-PARASAILING-MARY-SALUDES
Cool

Tip #5: Suka Suka Jek. Enjoy. 

Kesimpulannya just selfie. Suka hati la kan? Kita yang nak selfie, bukan kacau orang lain. Lagipun bukan nak masuk pertandingan dapat anugerah pun. Saja suka suka untuk simpanan dan memori peribadi. Tak gitu?

Kalau memang pakar selfie kat cermin bilik air atau cermin meja solek, tambah tambah kalau gi jalan jalan lagi lah terer kan? Mesti korang yang paling WIN!!

So why wait? Jom selfie selfie. Hehehe.

Tu dia.. Ada bran? Hehehe
Tu dia.. Ada bran? Hehehe

 

 

12 COMMENTS

LEAVE A REPLY