6 Benda Yang Tak Sepatutnya Bawa Semasa Bercuti

6 Benda Yang Tak Sepatutnya Bawa Semasa Bercuti

1285
9
SHARE

Salam,

Kalau ikut hati segala mak nek nak bawa pergi bercuti kan? Baju nak bawa satu almari, kasut nak bawa satu gobok, stokin pun fikir nak bawak 15 pasang kan?

Aduih! Percayalah, kesilapan besar semua tuh. Waktu packing, segala benda yang tak pernah guna kat rumah pun, tiba tiba rasa.. Kot kot nak guna.. In case nak pakai.. Betul tak?

Meh Kak Kep senaraikan benda benda yang tak penting dan memberatkan luggage yang tak patut korang bawa semasa bercuti atau kembara nih.

Seterika

Takut sangat tudung penyek. Baju komot waktu bercuti. Berat kot nak angkut seterika ke hulu ke hilir. Takyah bawak. Kalau stay kat hotel. Request siap siap dengn pihak hotel yang korang nak seterika.

Sekarang nih jarang dah pihak hotel sediakan dalam bilik. Mostly upon request. So, waktu booking. Tulis dekat note yang korang perlukan seterika.

Kalau diorang tak sediakan, just call jek room service. Minta diorang hantar.

Same goes kalau stay kat apartment or guest house. Bagitau awal awal cakap nak seterika.

Hairdryer

Pergi bercuti kalau bad hair day kang tak cun pulak gambar kan? Nak kena set set sikit rambut bagi kacak dan segak. Tak gitu?

Yang nih pun tak perlu bawak dari kampung halaman. Mostly hotel sediakan di bilik air.. kalau takde, sama seperti seterika, boleh request.

7 jenis pasang kasut berbeza

Haaaa.. tu dia.. jangan banyak fikir sangat lah. Benda nih selalu masalah orang pompuan. Waktu packing tuh fikir macam macam. Eh, nanti nak gi gym lah. Bawak sport shoes. Rase nak candle light dinner lah, bawak kasut tinggi 7 inci. Sudahnya tak pakai pun. Dari pergi sampai balik kasut yang sama jek.

So tak perlu beratkan beg. Kalau gi pulau atau pantai, pakai jek selipar jepun tuh dari pergi sampai balik. Sempoi. Hehehe.

Macam Kak Kep, sepasang but tuh jek lah tak tukar tukar. Memang tak pernah bawak pun extra extra kasut nih. Leceh.

Kelengkapan Kamera

Perlu ke guna tripod yang dah dipack tuh? Perlu ke 3,4 extra lense? Sempat ke nak tukar tukar? I don’t think so. Penyudahnya, gambar semua dari Iphone 6 jek. Hehehe.

Bercakap dari pengalaman. Kami nih GoPro 2 bijik. DSLR sebijik. Penyudahnya memang gambar mostly kat phone sebab haru biru tak cukup tangan nak handle askar askar. Hihihihi.

Askar Kak Kep dan Abam S memang demanding tau. Kalau orang lain lenguh angkut kamera DSLR. Kami lenguh dokong gilir gilir kakak dan adik yang nak masuk 4 dan 3 tahun tuh. Hihihi.

Jadi, kalau rasa rasa tak dapat handle dengan kamera kamera tuh baik decide siap siap nak guna yang mana. Lagipun zaman media sosial sekarang nih, kalau boleh lepas snap pic terus nak upload kat Instagram kan? Jadi, phone lagi senang. Hehehe.

Kelengkapan senaman

Ikut kepada jenis percutian. Kalau memang nak santai santai, manjakan diri tak perlu kot nak bawak kelengkapan bersukan.

Kasut sukan, baju sukan, jam lari semua tuh takyah lah bawak. Berbalik kepada “eh, nak lari kat gym hotel lah” “nak joging kat pantai lah”.. Kalau nak bawak jugak, jatuh wajib kena bersukan. Kalau tak buat berat luggage jek. Betul tak?

Tuala

Hotel atau guest house yang ditempah selalunya akan sediakan tuala. Tak disediakan? Hmmmm.. maknanya u should consider untuk tempah hotel atau guest house lain.

Benda basic kot. Takkan tak sedia. Tapi Kak Kep dah kena sekali waktu Kembara Korea. Kawan Kak Kep dah confirmkan dan tuan rumah dah confirm cakap ada tuala.

Sekali tengok tengok, tuala kecik yang buat lap muka tuh. Rabakkk. Lepas mandi lap pakai tuala tuh, bayangkan. Nasib baik 4 hari. Kalau 4 minggu? Mau slip disc Kak Kep nih hah.. Hahahaha.

Sebenarnya banyak lagi barang barang tak perlu bawak waktu bercuti nih. Cuma kat atas tuh serba sedikit dan yang berat serta leceh kalau nak angkut. So better jangan bawak kalau tak betul betul perlu.

Yang wajib bawak? Of course ubat ubatan dan vitamin. Untuk Kak Kep laaa.. Kalau benda lain takde I can survived but not my daily doses. Hihihihi.

Ok bai. Bebel lagi next entry

9 COMMENTS

  1. Betul tu kak. Banyaklah benda yang tak perlu bawak sebenarnya, tapi kenkadang terbawak. Kadang2 tu kita dah kemas elok nak minimumkan barang, tup-tup ada tukang tambah senyap-senyap.

    • Setakat 2 kali yg disewa kat UK dan Melbourne
      2-2 tak sediakan towel. Dan kak kep pun lupa nak request.
      Kalau request mungkin diorang sediakan.

LEAVE A REPLY