Ada apa dengan Qatar?

Ada apa dengan Qatar?

67
6
SHARE

souq wakif

Sedar tak sedar dah nak masuk 3 tahun Kak Kep jadi warga Qatar.

Malaysian in Qatar.. Ewahhh.. Diam tak diam selama 3 tahun nih dalam dok rindu kampung halaman.. dalam dok rindu gerai tepi jalan dan kedai mamak kat Malaysia.. jauh di sudut hati ada satu perasaan jatuh cinta dengan Qatar nih.. Hehehe..

Emosi pulak kan?

Secara jujur kalau balik Malaysia sempena summer holiday dari bulan June ke August tuh.. time nak balik ke Malaysia bukan main happy.. tapi bila lama lama jadi tak sabar pulak nak balik Doha nih.. hihihi.. maybe kami dah rasa life yang tenang rilek lepak dan kelam kabut kat Doha nih.. sebab tuh dah jadi rindu nak balik Doha..

Tapi bila balik Doha.. gedik pulak rindu rindu nak balik Malaysia pulak.. serba tak kena kan? Tampar nak? Hahahaha..

Alhamdulillah.. Anak anak pun makin get used dengan Doha life.. especially yang kecik.. maklumlah yang tuh lahir di Qatar.. tanah tumpahnya darahku sangat kan?

1970781_764339793577256_4284325535372595268_n
Dari kiri : Hajna Mezayra, Hafiy Mirza, Hayfa Medina

Walaupun Doha nih tak punya apa apa.. negara kecik.. kalau 2 hari pusing dah setel seluruh Doha tapi we’re happy here.. hehehehe..

Bukan bermakna tak rindu kat Malaysia.. utk balik for good tuh maybe belum lagi kot.. InshaaAllah.. soon.. hehehe..

Eh, story kemain beria nih.. korang tau ke Doha atau negara Qatar nih kat mana? Hehehehe..

qata-MMAP-md

Haaaa.. tuh lah Qatar.. sebelah Saudi Arabia dan UAE.. UAE tuh Dubai dan Abu Dhabi.. So bila masuk winter dan visa umrah dah bukak.. maka berbondon bondon warga Malaysian in Qatar buat road trip ke Saudi Arabia untuk menunaikan umrah.. Kak Kep pun dah merasa sekali road trip untuk tunaikan umrah.. InshaaALLAH akan buat lagi nak bawak mak ayah pulak.. bagi diorg experience road trip 16 jam drive.. hehehe..

Mesti tertanya tanya buat apa lah si Kak Kep nih kat Qatar nun.. hehehe.. Ikut husband keje sini adik adik oiiii.. orang TV husband Kak Kep nih.. so kami anak beranak follow ikut duduk sini sekali..

Mencari dan mengutip pengalaman di tempat orang.. sementara muda dan sementara anak anak kecik lagi kan?

Nanti Kak Kep story lagi pasal Qatar nih ekk.. Adios for now..

 

Jom sertai kami dengan menjadi ahli Shaklee. Memang untung. KLIK di bawah untuk ketahui cara dan faedah JADI AHLI SHAKLEE.

Screen Shot 2014-10-05 at 10.36.40 PM

Hubungi kami segera

Whatsapp/SMS/Call

011 2526 6427 @ 012 420 7544

PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin

Like page : CaptVitamin

Email : hasliana.mdsaad@gmail.com

Website : www.captvitamin.com

* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 

SHARE

6 COMMENTS

  1. Kalau dah namanya berhijrah, mesti rindu giler kat tanah tumpah sendiri kan. Nasib baik kak Kep dah bagitahu napa tinggal di sana, kalau tak tertanya2 juga buat apa kat sana…

    Kak Kep ??? rasanya kita seumur ni, atau Mia yang lebih tua…hehe

    • muda tua semua panggil Kak Kep pun takpe Mia.. hihihihi.. nama manja gitu.. itu lah Mia.. taktau lah berapa lagi nak duduk sini.. macam taknak balik jekk incik suami tuh.. mcm nak menua di sini jekk.. huhuhu.. sabar jekk la Kak Kep oiii.. hihihiihi

    • Terima kasih sudi singgah Myra.. Alhamdulillah.. banyak pengalaman dikutip sepanjang berada di tempat orang dan mengajar berdikari.

  2. Saya berpeluang jejak kaki ke UAE dulu. Keje kat sana. Seronok. Rasa nak pergi lagi. Qatar belum berkesempatan. Tapi dalam wishlist juga satu hari nanti. hehe

    • Ohhh.. Dubai Abu Dhabi? Kota metropolitan tuh. Qatar nih baru nak membangun. Negara kecik tapi kaya. Dia naik laju sangat. Nanti dtg Qatar boleh singgah rumah kak kep. Hehehe

LEAVE A REPLY