Airport Code : Jangan Ambil Mudah

Airport Code : Jangan Ambil Mudah

443
8
SHARE

Korang tau tak yang setiap ibu negara boleh ada banyak airport? Bagi yang biasa travel, toksah sembang lah.. kod setiap airport pun dah hafal kan? Hehehe.. Bagi yang first time nak travel? Jangan ambil mudah tau.. KLIA dan KLIA2.. Jarak cuma beberapa kilometer saja.. Yang tuh pun boleh tersilap tau.. Kita orang Malaysia mungkin familiar.. tapi bagi yang tak biasa dengan Malaysia.. Kena study juga tuh..

Korang boleh check airport code untuk setiap airlines yang operate dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke seluruh airport di dunia di WEBSITE INI.

Kak Kep yang dah berkali kali travel merata airport dah sampai nih pun boleh tersalah.. Saspen gila kot.. Trip kami Sabtu depan ke Istanbul dengan flight Qatar Airways. Dalam otak, memang tak terfikir langsung akan landing di airport selain Istanbul Ataturk International Airport (IST).

Semalam sembang dengan Abam S “eh, kalau kita tukar tiket flight rasa rasa harga ok ke tak ekk? Macam tak cukup jekk kembara tanpa tidur kita nih” Hahahaha.. Abam S dengan muka bosan dia reply “Dia buat dahhhhh” Hahahaha.. Macam macam lah bini aku nih.. Tapi sebab besday bni dia.. terpaksa layan jaaa laaa.. hahahahha..

Dalam muka bosan tuh, dia call juga Qatar Airways nak check it out kalau nak tukar tarikh balik kena caj berapa (ellehhhhh, dia pun rasa tak cukup lettew.. nak extend lettewww) hihihihihi..

Waktu belek balik E – Ticket melalui email yang dihantar oleh Qatar Airways, Kak Kep perasan. “Eh. awakkkkk… kita landing Sabiha Gokcen laaaa… Bukan Ataturk” Dia dengan terbeliak bijik mata.. “Hahhhhhh.. matikkkk!! Kereta dah booking pick up kat Ataturk, adehhh”

sabihagocken

Menggelabah la kami laki bini. Memang tak terfikir langsung yang akan landing kat Sabiha Gokcen sebab dok bajet low cost airlines yang landing kat Sabiha Gokcen.. Alih alih? Qatar Airways yang gempak tuh pun landing Sabiha Gokcen. Lesson learnt. Lain kali jangan bersangka sangka. Nasib baik perasan sebelum fly, kalau dah sampai? Nasi sudah menjadi bubur. Huhuhu. Mesti kena sentiasa berwaspada pada masa hadapan. Huhuhu.

Abam S pun laju laju on mekbuk.. Amend balik tempat pick up kereta sewa dari Istanbul Ataturk ke Sabiha Gokcen. Fuhhh.. Nasib baik teringat nak check balik. Kalau tak, memang huru hara lah keadaan kami on the day sampai.

Kereta yang nak disewa pun tak available kat Sabiha Gokcen. Terpaksa upgrade. Adehh.. Takpe lah.. But the best part is, mengikut itinerary yang kami dah plan, kalau landing kat Sabiha Gokcen lagi bagus sebab from airport nak drive ke Bursa (untuk anak anak main snow) lagi pendek masa jadi 2 jam 20 minit berbanding dari Istanbul Ataturk iaitu 3 jam 20 minit. Beza sejam juga tuh dan tak perlu meredah trafik dalam Istanbul nak keluar ke Bursa.

Pengajaran untuk Abam S dan Kak Kep. Lain kali check betul betul. Jangan assumed. Untuk korang jugak yang nak travel. Please check 253 kali untuk apa apa sahaja yang berkaitan dengan bercuti nih. Hahaha.

Jom kita tengok sikit info berkaitan kedua dua airport nih.

Istanbul Atatürk Airport (IATA: ISTICAO: LTBA) (Turkish: İstanbul Atatürk Havalimanı) is the main international airport serving Istanbul, Turkey (followed by Sabiha Gökçen International Airport) and the biggest airport in Turkey by total number of passengers. Opened in 1924 and located in Yeşilköy, on the European side of the city, it is 24 km (15 mi) west of the city centre and functions as the main hub for Turkish Airlines.

It served over 51 million passengers in 2013, making it the 17th busiest airport in the world in terms of total passenger traffic and the 10th busiest in the world in terms of international passenger traffic. It was Europe‘s 4th busiest airport in 2014

Tav HavalimanlariSumber : Wikipedia

Sabiha Gökçen International Airport (IATA: SAWICAO: LTFJ) is one of the two international airports serving İstanbul, Turkey. The facility is named after Sabiha Gökçen, the first female combat pilot in Turkey.

Located 35 km (22 mi) southeast of central İstanbul, it is on the Asian side of the bi-continental city. It was built because Atatürk International Airport (on the European side) was not large enough to meet the booming passenger demands (both domestic and international).

Sumber : Wikipedia

8 COMMENTS

    • Utk permit memandu luar negara bergantung kepada sesebuah negara. Sebelum sewa kereta boleh refer pada sykt sewa kereta dulu prosedur dan tny samada perlu atau tak permit memandu luar negara

LEAVE A REPLY