Aktiviti Musim Sejuk di Doha, Qatar

Aktiviti Musim Sejuk di Doha, Qatar

153
6
SHARE
Angin sejuk. Memang best lepak kat tengah panas.

Salam 1 Februari,

Orang Malaysia kalau tengok aktiviti kami Malaysian in Qatar mesti ingat, diorang nih takde keje lain ke ekk? Asyik berkumpul dan makan. Hahaha. Memang pun. Sebab tuh badan semakin menjadi jadi. Hihihi.

Maafkanlah kami yek. Jauh di perantauan. Kami tak ada jemputan kenduri di hujung minggu. Kami tak ada family gathering di hujung minggu. Kami tak perlu kerja lebih masa pada hujung minggu. Jadi kami mencipta pelbagai aktiviti untuk isi masa hujung minggu.

Pelbagaikan Aktiviti Supaya Tak Rindu Kampung Halaman

Lagi lagi, kami yang WAHM (work at home mom) nih. Hari hari macam cuti kan? Hehehe. Memang masa sangat fleksibel. Berjauhan dengan keluarga membuatkan kami terpaksa mencipta pelbagai aktiviti untuk hiburkan hati. Boleh gitu? Hahaha.

Aktiviti aktiviti macam nih merapatkan lagi ukhuwah dan menghilangkan kebosanan. Anak anak pun bosan. Sepupu sepapat sedara mara tak ada. Jadi kawan kawan di Qatar nih dah macam sedara. Dah macam adik beradik.

Piknik : Aktiviti Adhoc Paling Di Sukai

Sepanjang musim sejuk, aktiviti yang sering dicipta adalah berpiknik. Pilih mana mana taman yang disukai. Taman di sini semua cantik cantik. Boleh golek golek macam cerita Hindustan.

Aspire Park.

Barzan Park.

MIA Park.

Dahl Al Hamam Park.

The Corniche, Doha.

Dan di keliling kawasan perumahan ada park kecil kecil lengkap dengan playground untuk budak budak.

Memang cantik. Memang bersih. Sentiasa terjaga.

So apa lagi. Inilah aktiviti mak mak work from home atau housewife yang anak anak dah pergi sekolah. Selalu lepak gathering macam nih.

Macam minggu nih minggu cuti sekolah. Anak anak kalau whole day duduk kat rumah memang maknya akan stress. Hihi. So, calling calling 2,3 orang partner in crime.

Sorang goreng mee hoon.

Sorang goreng mee.

Sorang kukus pau.

Sorang bawak crossaint.

Piknik pastinya makanan berkonsep melayu ;-))

Here we go kita lepak di Dahl Al Hamam Park menghabiskan tenaga tenaga yang ada supaya anak anak balik, letih dan tidur. Yeszaaa.

Sambil sambil tuh sempat jugak shooting untuk bisnes Kak Kep dengan ahli ahli jemaah piknik. Hihihi.

Shooting video untuk biz Kak Kep. Hehehe
Shoot video nih paling lawak. Hehehe.
I can’t remember Aunty Kep. I have to say so many words. Hehehe.

Enjoy pictures yang sempat disnap pagi tadi ya.

Angin sejuk. Memang best lepak kat tengah panas.
Angin sejuk. Memang best lepak kat tengah panas.
Anak anak memang enjoy habis kalau beraktiviti macam nih.
Anak anak memang enjoy habis kalau beraktiviti macam nih.

Nak join piknik piknik dengan Kak Kep di Doha? Boleh la transit 2,3 hari di Doha dalam penerbangan ke Europe. Qatar Airways selalu buat offer tau route ke Europe. Hehehe. Gi ushar ushar, boleh singgah Doha. Yeszaaaa.

Adios,

-Kak Kep-

6 COMMENTS

  1. Salam kak, masyaAllah menariknya picnik tu. sy tgh survey2 nak ke doha pd musim sejuk. So boleh akk bg cadangan tempat menarik yg boleh dilawati di qatar pd musim sejuk? ☺️

LEAVE A REPLY