Apa Perlu Buat Bila Kena Saman Sewaktu Road Trip Luar Negara?

Apa Perlu Buat Bila Kena Saman Sewaktu Road Trip Luar Negara?

447
21
SHARE
Motorway Chamonix to Geneva

Salam,

Biasa kena saman tak waktu kembara road trip di luar negara? Kak Kep dengan Abam S bab kena saman nih memang champion. Hahaha. Mana idaknyerr. Tiap kali kembara mesti nak acah acah test drive dengan kereta hebat dan laju. Lepas tuh, udah effortless sangat kereta sewa tuh takkan nak drive 80km/j. Sah sah terbabas. Hihihihi.

Kembara Turki baru baru nih.. Merasa lah habuan 3 saman lebih had laju. Hihihihi. Lepas balik Doha, dalam 2 weeks macam tuh.. dapatlah email ‘surat cinta’ dari Thrifty Car Rental. Hihihihi. Sengih jek lahhh kan? Sebab dah memang bajet dah nak kena. Maklumlah, kembara ekspress mengejar masa. Mau tak pecut.

Ini bukan pertama kali pun, actually back in 2009 dah kena waktu motorhoming seluruh UK. Waktu sewa motorhome tak tanya habis habisan kan? Hihihihi, tak tanya sebab tak bajet langsung. Mana nak sangka motorhome tak boleh masuk kota London kan?

Dengan konfidennya, redah masuk London, parking depan Malaysian Hall, suka suki makan sedap, jalan jalan Bayswater beli souvenir, siap sempat tour Stamford Bridge. Hihihi.

Lepas balik, dapat juga ‘surat cinta’ melalui email. Tersengih la bayar kompun yang darab 5 kali ganda pound ke ringgit waktu tuh.. sob sob sob..

Kembara Eropah jek yang rekod bersih tanpa ‘surat cinta’. Mungkin sebab waktu perjalanan pendek pendek dan tak terasa nak pecut sebab pemandangan along the way tuh cantik sangat.. Jakun waktu tuh. Tuh yang ternganga jek mulut tengok snow mountain yang berbalam balam sepanjang jalan. Subhanallah.

Motorhome trip Sydney – Melbourne pun kena satu ‘surat cinta’. Tapi trip nih ada 2 driver. Jadi tricky sikit di sini. Hehehe. Macam mana nak identify salah siapa nih? Kau ke aku? Kau ke aku?

Haaaaa.. bab ‘surat cinta’ nih.. Kak Kep kongsikan dan bongkarkan rahsia bagaimana nak handle ‘surat cinta’ dalam e book sulung dari Kak Kep.

kak kepBukan hanya bab ‘surat cinta’ tapi banyak lagi yang  Kak Kep bongkarkan kesalahan kesalahan yang Kak Kep dah buat.

Bila Kak Kep dah buat silap. Harap harap korang tak ulang kesilapan Kak Kep tuh dengan adanya e book ini.

Kak Kep tengah berkira kira nih, nak bagi FREE ke nak caj e book nih.. Korang rase camne? Kalau ramai yang komen nak FREE. Mungkin Kak Kep consider bagi FREE kot.

Bawak bawak lah tinggalkan email kat ruangan komen yekk.. Sempena bulan Ramadhan yang mulia nih, kena lebihkan sedekah. Ye dak? Hehehehe.. (dah nampak tuh, acah acah nak bagi FREE.. hihihihi)

21 COMMENTS

  1. Salam kak kep. masih boleh ke nak dapatkan free e book akak? kami sefamily 9 org nak road trip di UK. harap boleh dpt e book itu. thank youu

  2. As salam kak kek, ebook masih boleh dpt free lg tak…menarik dan rasa confident skit utk pergi eropah dgn memandu sendiri setelah membaca kisah dn pengalaman kak kek family..in shaa allah tahun depan kami ber5 sekeluarga anak2 kecil dr doha akan p euro..terima kasih.

    • Wsalam, boleh download PERCUMA di link sebelah kanan laman utama kakkep.com
      Cuma masukkan email okay.
      semoga bermanfaat. Kalau ada apa apa pertanyaan boleh tny terus pun boleh. Hehehe

LEAVE A REPLY