Beli Instant Tent Coleman DI SINI

Beli Instant Tent Coleman DI SINI

928
4
SHARE
instant tent coleman
6 person dan 4 person yang dah di setup

Boleh tahan juga penat balik dari camping. Bak kata seorang kawan Kak Kep. “Enjoy satu malam tapi penat berbakul bakul”. Hahaha. Betul juga tuh. Tapi bagi ‘camper’ sejati aktiviti nih memang jadi ketagih. Boleh diumpamakan macam wanita bersalin. Walaupun setiap kali nak bersalin sakit yang amat dan sumpah konon last last, akhirnya jadi sampai 6 orang. Hahaha. Tak serik serik.

Kami 4 keluarga dah plan camping di Fuwairit Beach Khamis lepas. Tidur satu malam di tepi pantai. Pantai yang sangat cantik. Air yang sangat jernih. Tak tergambar dengan kata kata. Kalau kat Malaysia tak jumpa pantai macam tuh sebab secara logiknya kalau pantai secantik itu tak dapat kat rakyat jelata. Dah sah sah hotel akan jadikan pantai diorang. Dan sebenarnya pantai yang hotel ambil kat Malaysia tuh pun tak cantik dan tak jernih mana kan? Hahahaha..

Cantik sangat. Subhanallah.
Cantik sangat. Subhanallah.
Cantik sangat. Subhanallah.
Cantik sangat. Subhanallah.

Tapi kat sini? Toilet dan kemudahan asas pun tak ada. Memang sempoi habis. Betul betul secara alami. Pelik juga Kak Kep. Kerajaan Qatar nih macam tak aware yang diorang boleh buat duit dengan pantai cantik macam nih. Tapi bagus juga, kalau dibangunkan nanti, mana kami nak lepak camping pulak kan lepas nih. Semoga diorang tak peduli bab nih sampai bila bila. Hahaha.

Sunrise at Fuwairit Beach
Sunrise at Fuwairit Beach
Breakfast lepas layan sunrise
Breakfast lepas layan sunrise

Camping baru baru ini, Kak Kep kongsi dengan rakan rakan serta pengikut di page Facebook Kembara Kak Kep (jangan lupa like yekk untuk update dari Kak Kep secara live.. hehehe) tentang Instant Tent dari Coleman. Ramai pula yang berminat. Siap soh PM bagai. Hahahaha. Kak Kep tak jual lah. Cuma share sahaja. Tapi di sini Kak Kep nak share yang korang boleh dapatkan Instant Tent dari Coleman dari Amazon.com.

6 person dan 4 person tent yang dah di setup
6 person dan 4 person yang dah di setup
Sunset at Fuwairit Beach
Sunset at Fuwairit Beach

Kalau di Malaysia rasa agak susah nak dapat kot di mana mana kedai sebab orang Malaysia jarang aktiviti macam nih kan? Tapi apa salahnya kalau dapatkan satu untuk aktiviti berkelah kat air terjun. Senang juga nak salin pakaian dan sebagainya. Buat baby atau anak kecil nak tidur pun senang.

Cuti sekolah boleh main camping dengan anak anak kat halaman rumah. Wahhh. Mesti feeling habis. Anak anak mesti excited kan? So, jangan lupa. Klik jek link yang Kak Kep bagi nih boleh beli terus dari Amazon.com.

Jom layan video berkaitan Instant Tent dari Coleman nih. Memang mudah sangat. 2-4 minit untuk naikkan dan turunkan tent tersebut. Jimat masa dan tenaga. Yeahhh..

Macam best jekk.. macam nak beli jekk.. hehehe.. Klik link bawah gambar ekk.. boleh terus beli.. senang jekk…

tent4

KLIK SINI UNTUK BELI — >> Coleman 4-Person Instant Tent

tent6

KLIK SINI UNTUK BELI —->> Coleman 6-Person Instant Tent

tent8

KLIK SINI UNTUK BELI —>> Coleman 8-Person Instant Tent (14’x10′)

Memandangkan Kak Kep sayang sangat kat korang. Maka Kak Kep ada buat sikit survey di internet. Harga tent untuk 4 person kalau ikutkan harga di sebuah gudang online di Malaysia harga mencecah RM1800 sebuah. Fuhhhhh. Mahal gilerr okay.

Link yang Kak Kep bagi kat atas nih lepas convert harga cuma lebih kurang RM400. So, kalau korang betul betul nak tent nih Kak Kep nasihatkan better beli kat link yang Kak Kep bagi iaitu dari Amazon.com. Lebih berbaloi bayar postage dari bayar beza harga yang sangat banyak kalau beli di Malaysia. Mungkin sebab item sebegini kurang popular di Malaysia membuatkan harga dia sangat tinggi.

So, kita guna alternatif yang lebih murah dengan beli di US. Tak gitu? Hehehe. Lagipun Kak Kep tau, dah ramai sekarang yang cekap bab online shopping nih kan? So apa lagi, kalau dah jatuh cinta. Grab saja. Hehehe.

Kalau ada nak tanya apa apa, jangan lupa roger Kak Kep kat bawah okay.. Till then, tata.

contact-details.002

4 COMMENTS

  1. Terbaik la akak share coleman ni.. terkejut saya harga xsampai rm1000.. alhamdulillah.. moga akak murah rezeki dan sentiasa diberkati oleh Allah .terima kasih kak

    • Kak Kep memang suka share benda benda best
      Kalau bermanfaat untuk orang lain, Kak Kep lagi happy
      Amin, terima kasih utk doa
      dan rajin rajin follow kakkep.com ekk.. Hehehe

LEAVE A REPLY