Bercuti Hanya Untuk Orang Banyak Duit?

Bercuti Hanya Untuk Orang Banyak Duit?

984
11
SHARE
With his bestfriend. Pakcik Adam, beza 2 tahun. Hihihi.

“Alaa.. dia boleh lah.. Duit banyak. Memanglah boleh bercuti selalu.”

“Dia tuh bisnes, bukan makan gaji macam kita. Sebab tuh la ko tengok tiap tiap tahun dia gi melancong oversea.”

“Pergi melancong dua orang jek. Anak anak memanjang tinggal. Untung duit tiket kapal terbang. Sebab tuh lah setahun 3,4 kali pergi bercuti.”

Hmmmm.. biasa dengar ayat ayat kat atas? Mesti biasa kan? Betul ke bercuti hanya untuk orang berduit? Kak Kep tak setuju sama sekali dengan kenyataan bahawa bercuti hanya untuk mereka mereka yang berduit. Kenapa? Sebab ada banyak cara untuk kita usahakan supaya kita pun boleh pergi bercuti macam orang lain.

Kak Kep nak kongsikan sedikit tips bagaimana untuk menjadikan percutian boleh dinikmati oleh semua orang kalau betul dan kena caranya.

Wujudkan Tabung Percutian

Google Image
Google Image

Biasa dengar Tabung Percutian? Kalau belum biasa, meh rapat rapat Kak Kep nak terangkan dengan lebih terperinci. Setiap bulan kalau kita dapat gaji atau hasil dari apa yang kita tengah usahakan bisnes atau part time atau apa apa, cuba peruntukkan sedikit untuk Tabung Percutian.

Contohnya kita berhajat nak ke Pulau Langkawi satu keluarga 2 dewasa 3 anak kecil. Jadi kita dah siap siap buat bajet berapa yang diperlukan untuk perjalanan, makan, harga tiket (kapal terbang/kereta dan bot) sewa hotel, sewa kereta, yuran masuk ke tempat tempat menarik di Pulau Langkawi serta membeli belah.

Bila dah ada bajet, boleh mula menyimpan. Contoh jumlah keseluruhan RM2400. Bermula Januari, boleh simpan RM200 sebulan untuk kumpul RM2400 hujung tahun. Maka, waktu cuti sekolah bulan Disember boleh bawa satu family ke Pulau Langkawi. Best kan? Janji ada target dan usaha untuk capai target tuh? Tak ada RM200 sebulan? Nak buat RM200 sebulan dengan mudah? Roger Kak Kep naaaa.. hehehe.. Kak Kep tunjukkan.

Bercuti Dekat Dekat Dulu

Jangan nampak nak bercuti jek mesti kena ke London. Kita bukan Che Ta. Hehehe. Bercuti dekat dekat dulu pun boleh. Kak Kep selalu buat benda nih. Hehehe. Kampung kat Penang. So, kalau boring boring mesti ajak mak dengan kakak, “Jom pi tidoq hotel Batu Feringghi hujung minggu nih”.. Hehehe, selalu diorang tak pernah tolak. Best jugak. Bawak anak anak main pasir laut dan mandi swimming pool kan?

Sekali tuh jauh sikit, kami ke Lost World of Tambun. Best jugak. Bukan wajib kalau bercuti jek, kena ke luar negara. Cuma perlu ada sedikit bajet untuk minyak, tol dan sewa hotel. Hotel pun tak perlu yang mahal, murah murah pun boleh. Janji selesa.

Nahh.. bukan untuk yang kaya jek kan bercuti dan melancong nih.. Hehehe..

Bercuti di Pulau Pangkor. Hafiy Mirza kecil lagi waktu nih. Hehehe.
Bercuti di Pulau Pangkor. Hafiy Mirza kecil lagi waktu nih. Hehehe.
With his bestfriend. Pakcik Adam, beza 2 tahun. Hihihi.
With his bestfriend. Pakcik Adam, beza 2 tahun. Hihihi.
Bercuti ramai ramai. Meriah. Dekat dekat pun takpe kan?
Bercuti ramai ramai. Meriah. Dekat dekat pun takpe kan?

Berjimat Ketika Bercuti

Untuk elakkan pembaziran, seboleh boleh jangan berbelanja sesuka hati. Masalah ini sering timbul bila kita pergi bercuti di tempat yang kita panggil syurga beli belah. Pulau Langkawi dengan pinggan mangkuknya, Jakarta Bandung dengan industri tekstilnya. Cameron Highlands dengan bunga, buah dan sayurnya.

Bunga 50 kuntum yang akan bertahan 3,4 hari tuh rasanya tak perlu membazir untuk beli kot. Sama juga dengan pinggan mangkuk yang kadang kadang kita cuma teringin tapi tak ada kegunaan, lebih baik simpan duit tuh. Jangan ikut nafsu sangat yer. Ikut rasa binasa. Hihihi. Berbelanjalah dengan berhemah. Bab makan Kak Kep tak kisah sangat berbelanja sikit. Apa salahnya kan? Bukan selalu. Bab makan memang Kak Kep tak berkira. Hehehe.

Cantik. Tapi tak praktikal.
Cantik. Tapi tak praktikal.

Rujuk Mereka Yang Dah Pernah Melancong

Sebelum merancang percutian, rujuk mana mana blog atau kawan kawan yang pernah pergi ke tempat tersebut. Kalau buat rujukan dengan kawan atau di internet, kita boleh dapat idea mana tempat yang perlu lawat, mana tempat yang berbaloi untuk makan, mana yang perlu buat dan mana yang tak perlu buat.

Contoh, kalau di internet ramai yang komen berkaitan satu satu tempat yang tak berbaloi untuk dilawati tapi mahal tiketnya untuk masuk ke tempat tersebut, jadi kita dah boleh elakkan yang tuh dan boleh gunakan bajet untuk benda lain. Betul tak?

Jadi tak salah buat sedikit research dan study tentang tempat tempat yang kita nak lawati tuh. Jimat masa, tenaga dan wang ringgit. Yeah.

Ok, sekarang boleh nampak kan? Kembara melancong dan bercuti itu bukan hanya untuk orang berada. Semua orang boleh bercuti. Janji tahu dan kena caranya. Bila dah terer cuti cuti dekat dekat. Lepas tuh boleh simpan tabung banyak sikit dan bercuti lebih jauh kan?

Jangan takut. Bercuti bukan untuk orang berada sahaja. Semua orang boleh bercuti. Nak lebih tips atau idea tentang kembara? Boleh email Kak Kep ok. Jangan malu jangan segan. Hehehe.

11 COMMENTS

  1. Sinonim benor kak kep dengan Che Ta yea.
    Hihihi.
    Sebenarnya boleh je nak travel dalam kos yang bajet.
    Macam backpack ke.
    Ataupun join forum2 untuk travel nye.
    So memang dah dapat gambaran dah.

    • betul tuh Azeni.. travel nih awal awal dah kena decide.. shopping or ronda ronda saja.. kalau ronda ronda saja.. FM pun utk diri sendiri sahaja.. tak pyh pikir nak bg kat org lain.. hehehe

  2. Kak Kep mmg the best..tips sgt details..loves ur article..
    FYI, ade one of my FB fren saying that im too show-off bile I bertanya about experience org2 yg pernah pegi sana sini..cth Bandung..dia cakap I ni macam tak terpikir ke kalau ade kwn2 dalam FB I ni yg kaki travel and dah travel jauh dari Bandung..ofcoz they ol akan kata I ni macam beriya2 sgt nak pegi satu tmpat tu sedangkan yg kaki travel ni dh pernah pegi and tak kecoh2 macam I..sedangkan I just buat research je which place yg perlu or tak perlu pergi..macam Tangkuban Perahu dan Kawah Putih tu mostly same..I just mintak pendapat je..dia boleh kata I ni kecoh2 and show-off?? then boleh pulak dia kata I sibuk nk upload gambar2 tmpat yg pegi..tp bak kata Azwan Ali, WHY BOTHER?? hee.. unfriend je settle..

    Anyway, Kak Kep punya artikel sgt2 berguna..lgi2 yg 24 Tips Pertama Kali Menaiki Kapal Terbang Bersama Anak Kecil..bab Flusk air tu mmg tak pernah tau pun..now I know bile dah bace Kak Kep punya tips..THANK YOU KAK KEP!!

    • Alhamdulillah. Sekurang kurangnya blog Kak Kep banyak beri manfaat dan bantu Ayu. Bab orang mengata tuh abaikan jek. Ayu lebih tahu apa yang terbaik terutamanya dalam bab nak pastikan percutian Ayu lebh lancar dan Ayu happy dengan apa yang Ayu buat. Niat hanya kita saja yang tahu kan? Orang lain cuma boleh judge saja.

      In future, Kak Kep akan lebih banyak kongsi bab travel dengan anak anak. Tapi kalau Ayu ada apa apa nak tanya secara direct boleh add Kak Kep di Facebook hasliana.mdsaad@gmail.com.. Just PM saja. Kak Kep cuba bantu secepat mungkin. Hehe

  3. PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

    Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

    Salam kenal dari kami, Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport.
    Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
    Insha Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun dan peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat kawasan Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

    Special offer 2015… Jom tempah transport murah kat Bandung jer .

    Rate per Kereta per Day :

    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
    Rate: IDR 400.000 or RM 115

    # Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat)
    Rate: IDR 550.000 or RM 160

    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
    Rate: IDR 650.000 or RM 185

    # Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    # Toyota Hiace commuter (12 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    *Masa sewa 14 jam/hari (8am to 10pm)
    *Include : fuel, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
    *Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
    *Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
    *Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

    Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.

    Terimakasih,
    Bimo Mekarwangi Tour

    Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
    Email : bimomekarwangi@gmail.com
    Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport

LEAVE A REPLY