BoostApak : Car Booster cum Backpack Stylo Untuk Anak Anda

BoostApak : Car Booster cum Backpack Stylo Untuk Anak Anda

195
0
SHARE
Simpan Barang Keperluan Asas

BoostApak Trunki adalah asing bagi pengembara yang mengembara secara solo atau couple. Tapi bagi kembara secara angkut semua anak beranak macam Kak Kep nih, ini adalah antara benda yang penting untuk diambil kira. Barang asas kegunaan anak anak semasa di dalam flight mesti lengkap tambah tambah penerbangan yang lama. Jadi BoostApak ini memang sangat sesuai kerana ianya backpack cum car booster.

Backpack cum Car Booster
Backpack cum Car Booster

Saiz BoostApak Trunki

Di bawah adalah rupa BoostApak Trunki untuk kegunaan HM1. Tidak sesuai untuk HM2 memandangkan saiz dan ianya agak berat.

Sebenarnya, Kak Kep buat keputusan untuk dapatkan BoostApak memandangkan ia dalam bentuk 2 in 1 iaitu sebagai car booster cushion dan dalam masa sama boleh isi barang keperluan asas. Saiznya memang sesuai digunakan sebagai hand luggage iaitu boleh bawa masuk flight tanpa perlu check in.

Memandangkan Kak Kep dah rancang untuk menyewa kereta sepanjang jelajah Geneva – Zurich – Vitznau – Lake Como – Milan – Chamonix dan balik semula ke Geneva, maka Kak Kep decide untuk dapatkan BoostApak Trunki. Untuk HM2 dan HM3 Kak Kep dah sewa car seta sesuai dengan umur mereka dengan syarikat sewa kereta.

Car Booster
Car Booster

Kesalahan Kanak Kanak Tanpa Car Seat Dalam Kereta

Jangan ambil ringan tentang penggunaan car seat atau car booster semasa mengembara di luar negara tau. Undang undang mereka sangat strict tentang keselamatan kanak kanak semasa di dalam kereta. Semua kanak kanak berusia 12 tahun ke bawah dengan ketinggian kurang dari 135 cm di WAJIB kan untuk menggunakan car seat atau car booster.

BoostApak Trunki nih kira solusi paling ideal, banyak ruang untuk simpan barang keperluan asas dan sangat sesuai untuk road trip percutian bersama keluarga. Dalam nak seronok seronok, sekali kena saman pulak. Satu hal pulak kan? Baik sediakan apa yang patut sebelum kena saman. Hehe.

Kak Kep dapatkan BoostApak untuk HM1 di sini —>>>

Safety 1st Boostapak Belt-Positioning Booster Car Seat

Simpan Barang Keperluan Asas
Simpan Barang Keperluan Asas

Tidak Rugi Membeli

Antara kebaikan dan manfaat BoostApak Trunki ialah :

Dapat elakkan dari kena sewa car seat dengan syarikat kereta sewa. Sekurang kurangnya kalau kes Kak Kep, 2 dah kena sewa. 1 bawa sendiri. Save sikit kan?

  • ** Sesuai juga digunakan untuk anak anak bawa ke kelas tuisyen kan? Buku dan peralatan menulis letak dalam tuh, sampai tempat tusiyen, capai car seat terus galas bawa ke pusat tuisyen. Cool kan?
  • ** Bahan plastik yang digunakan tahan lasak. Jadi jangan risau, tak cepat rosak walaupun digunakan oleh hero hero yang super aktif. Hehehe.
Keselamatan Anak Anak Yang Paling Utama
Keselamatan Anak Anak Yang Paling Utama

Ciri ciri lain BoostApak Trunki nih ialah :

  1. Di iktiraf sesuai dan selamat untuk kanak kanak mengikut had umur mereka.
  2. Rekabentuk unik untuk digunakan bersama tali pinggang keselamatan dalam kereta.
  3. Cover yang boleh dibasuh.
  4. Sesuai untuk kanak kanak 4 – 12 tahun (15-36 kg dan ketinggian sehingga 135cm)
  5. Tag nama.

Boleh tengok video cara gunakan BoostApak di bawah nih..

Kak KepĀ  tak pernah jumpa lagi BoostApak Trunki ni dijual dirak di Malaysia. Kalau online tak pasti. Tapi kalau teringin boleh beli kat link atau gambar kat bawah nih. Terus sampai di depan pintu rumah korang. Hehehe. Highly recommended by Kakkep.com bagi mereka yang nak travek bersama anak berusia 4-12 tahun.

KLIK IKON UNTUK ORDER ONLINE

Safety 1st Boostapak Belt-PositioningBooster Car Seat

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY