CaptVitamin Jelajah Eropah : Day 1 – Istanbul, Turkey

CaptVitamin Jelajah Eropah : Day 1 – Istanbul, Turkey

27
0
SHARE

Dah siap packing packing semua, maka bermulalah pengembaraan kami ke negara negara sekitar Eropah. Kami memilih Turkish Airlines untuk ke Amsterdam Schiphol. Jadi akan ada transit di Istanbul. Kami memilih untuk transit selama 12 jam memandangkan kami bercadang untuk keluar berjalan jalan di sekitar Istanbul. 

Flight dari Doha jam 2.15pagi pada 30 Mei 2014, mengambil masa selama 3.5 jam untuk tiba di Istanbul. Anak anak seperti biasa. Aktif lari sana sini di airport dan dah take off pun tak tido tido lagi. Cabaran. Hehehe. Jam 2 pagi dihidangkan dengan makan malam. Agak confused di situ. Tapi layankan jek. Hehe.

Landing di Istanbul Attaturk Airport lebih kurang jam 6.30pagi hari yang sama. Peringatan buat mereka yang transit atau last destination ke Turkey, Q utk cop pasport teramatlah panjang dan sangat lama. Jadi kalau anda kejar masa, make sure anda jalan laju laju dan bukan lenggang mak limah nak sampai ke imegresen.

Kami selesai cop pasport lebih kurang jam 8.45am. Sepatutnya, ikut Tour Istanbul jam 9am. Tapi sebab lambat kami terlepas tour tuh. So, kami decide to take taxi jek lah. Nak buat mcm mana kan? dengan anak anak lagi. Paling senang amik taxi jek la. So deal lebih kurang denga driver taxi, maka dibawak lah kami ke must go place kat Istanbul iaitu area Haigha Sophia, Blue Mosque and Grand Bazaar. Untuk 12 jam dan dengan anak anak kecik yang tak cukup tido dan tak cukup rest, cukup lah setakat itu tour kami di Istanbul, Around 3pm dah sampai airport untuk catch flight ke Amsterdam jam 7.45pm. Kesian budak budak memang penat. Hihihi. Tapi too bad dapat mak bapak yang redah kasik pecah nih.. Layan jekk laa.. Lagipun cuaca sangat sejuk. Nasib baik anak anak guna babycarrier. Jadi peluk kuat kuat diorg tak sejuk sangat.


Sebelum ke airport, sempat juga ke Grand Bazaar jamu mata. Beli sedikit buah tangan pada family and friends. Banyak pinggan dan lampu cantik cantik, tapi tak mampu nak beli sebab banyak lagi destinasi kami selepas ini. So untuk lampu lampu nih, maka wajib repeat Istanbul in future. Hihihi


Lepak lepak kejap kat airport, maka kami pun sambung lagi 3 hours journey to Schiphol Airport, Amsterdam.

Teruja u olls.. tengah menaip nih pun dok teringat ingat dan rasa nak pi lagi nih.. hehehe..

Ok last but not least.. Recap tips untuk entry nih balik..

  • Travel dengan anak kecil? Pastikan mereka penat sebelum on board, so mereka tidur sepanjang flight.
  • Bagi kelonggaran untuk layan gadgets untuk buat mereka leka.
  • Bawa biskut yang sesuai (tidak mudah pecah berderai, pilih biskut yang tak comot) untuk lekakan mereka.
  • Imigresen Airport Istanbul Attarturk beratur sangat panjang. Plan your schedule wisely
  • Teksi agak mahal so please be ready.
  • Tiada pengangkutan LRT, MRT atau MTR dari airport ke pusat bandar.
  • Banyak penjual cenderamata dengan pelbagai helah di sekitar tourist attractions, so jangan mudah terpedaya.
  • Tawar serendah mungkin di Grand Bazaar. Anda mungkin tertipu. Hehe.

So apa lagi korang? Istanbul Aku Datang??

Very nice place, so much things to explore. Kami akan revisit. Pasti!!!!


Hubungi kami segera

PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
SHARE

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY