CaptVitamin Jelajah Eropah : Persediaan sebelum mengembara bersama anak kecil.

CaptVitamin Jelajah Eropah : Persediaan sebelum mengembara bersama anak kecil.

116
0
SHARE
Alhamdulillah, pengembaraan CaptVitamin dan keluarga ke Eropah telah selesai. 5 negara dalam masa 11 hari dengan anak anak yg berusia 7 tahun, 3 tahun dan 1 tahun. Kami survived!
Waktu mula nak plan jelajah Eropah nih, macam macam kriteria yg perlu di ambil kira, maklum lah dgn anak anak yg masih kecil banyak yang kita rancang mungkin tak menjadi seperti yang sepatutnya.
Namun saya dan suami positif. Kami ingin buktikan pada semua orang yang anak anak masih kecil bukan alasan untuk menyekat apa jua aktiviti yang anda sukai. Seperti kami, kami memang minat mengembara dan berjalan melihat tempat orang.
Persediaan? Banyak yang perlu di fikirkan. Hehe. Bukan hanya untuk berdua kami isteri malah untuk 5 orang. Jadi, saya cuba sebaiknya untuk meminimumkan masalah masalah yg bakal di hadapi.

 

PAKAIAN YANG SESUAI DENGAN MUSIM NEGARA YANG INGIN DIKUNJUNGI
Saya nih jenis yg terlampau fikir. Bagaimana kalau anak termuntah terberak terkencing. Maka baju untuk anak anak mmg saya bawa extra. Dan nasib baik juga, kebanyakan apartment yg kami sewa walaupun dalam booking.com dikatakan mempunyai mesin basuh, namun tanpa dryer. Tambahan kami hanya bermalam satu malam untuk setiap apartment. Maka mustahil untuk baju baju yg dibasuh kering sebelum check out. Nasib baik saya lebihkan baju anak anak. 
Untuk memudahkan proses mencari baju anak anak, saya asingkan dlm beg beg kecil seperti dalam gambar. Kat mana saya beli beg beg tuh? Di Hinode, cuma QR7/RM6 utk setiap satu. Memang mudah. Jadi baju anak anak tak bersepah dlm beg dan lebih senang nak cari.

VITAMIN DAN UBAT UBATAN

Semenjak kenal dengan Shaklee, setiap kali mengembara, vitamin Shaklee dah menjadi item WAJIB. 2 minggu sebelum travel saya dah ambil Nutriferon dan SR Vita C setiap hari untuk boost immune system. Seboleh boleh kita perlu elak untuk sakit semasa mengembara.

Anak anak juga begitu, Nutriferon dan OmegaGuard tanpa gagal saya beri setiap hari. Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya suami dan anak anak sihat sepanjang pengembaraan menjelajah benua Eropah. Cinch Tea Mix untuk suami memandangkan dia perlu memandu, jadi untuk elak mengantuk saya bekalkan Cinch Tea Mix.

Untuk saya sendiri Ostematrix dan Collagen tidak ketinggalan untuk saya bangun lebih segar setiap pagi walaupun tanpa tidur yang cukup. Advanced Joint Health Tablet juga dibawa bersama untuk elak sakit sendi dan otot. Maklumlah, banyak berjalan dan banyak berdukung anak anak.

Ubat ubatan juga tidak dilupakan. Paracetamol untuk kanak kanak dan dewasa juga mesti dibawa bersama. Sebab bila sakit, kita perlu sembuh dengan cepat. Kalau tak akan mengganggu jadual perjalanan.

PAKAIAN SEJUK

Memandangkan kami memang merancang untuk membawa anak anak bermain salji, maka pakaian sejuk atau bubble jacket mesti dibawa bersama.
Seperti yang kita tahu, bubble jacket untuk 5 orang pasti akan penuh satu beg tanpa boleh diisi dengan barang lain. Untuk elak masalah ini, kami telah mendapatkan plastik seperti dalam gambar untuk meminimakan ruang dalam beg. Mudah sangat. Tak perlu guna pump, anda hanya perlu roll plastik untuk membuang udara di dalam plastik.
Boleh dapatkan di kedai yang menjual barang barang pengembaraan. Sangat berbaloi. 

CHARGER, KAMERA, UNIVERSAL ADAPTOR, POWER BANK, GPS and GADGETS BERKAITAN.

Antara perkara penting yang tidak boleh dilupakan. Eropah menggunakan plug point 2 pin berbeza dengan Qatar dan Malaysia. Jadi anda perlu mendapatkan universal adaptor untuk menggunakan plug point. Boleh dapatkan di mana mana kedai di airport. Selalunya memang ada dijual.
Power bank amatlah penting. Senang nak caj phone bila low batt so x miss untuk capture precious moments, tak gelabah bila tgk battery phone makin kurang. Macam saya, lebih banyak ambil gambar menggunakan iPhone dan suami menggunakan GoPro Hero 3+, kami tidak mampu untuk mengendalikan DSLR memandangkan ia berat dan tidak sesuai bagi kami yang travel bersama anak kecil. 
iPhone dan GoPro sangat mudah. Nak selfie sekeluarga pun tak ada masalah. Hehe.
Memandangkan kami sewa kereta maka GPS adalah WAJIB! Nasib baik kami bawa GPS sendiri sebab build in GPS dlm kereta sewa default language adalah bahasa German, dan tak boleh tukar ke English (ada sedikit masalah teknikal waktu nak tukar bahasa), sbb lupa nak caj GPS yg kami bawa maka sebelum sampai apartment di Zurich, GPS dah off sbb low batt. Dalam gelabah tuh dpt jugak sampai ke apartment yang disewa dengan GPS build in bahasa German. Try and error. Hehe. Good side is dapat juga belajar bahasa German. Hihi. So utk next trip tuh sentiasa pastikan power bank dan GPS fully charged. Hehe. Takmau pisang berbuah 2 X.
Ipad untuk melekakan anak anak juga jgn dilupakan. Dah nama budak budak jgn harap nak concerntrate tgk pemandangan sekeliling semua. Samada tidur atau layan movie kat ipad. Sebelum mengembara, si abah dah siap siap masukkan movie Frozen, Lego Superheroes, Avengers dan mcm mcm lagi. Hehe. Nak bagi diorg dok diam jangan strict sgt bab bab ipad nih. Biar jek.
BABY CARRIER, CAR SEAT & STROLLER
Saya mengembara dengan anak kecil berumur setahun dan toddler 2 tahun 6 bulan. Walaupun kami mempunyai tandem stroller, tapi saya tak berhasrat untuk menggunakannya kerana bulky dan tak muat nak masukkan dalam but kereta yang kami sewa.
Untu si adik saya menggunakan Boba Air Carrier yang saya dapatkan di online shop mamapandastore (recommended! Servis cepat dan pantas), manakala untuk si kakak saya gunakan stroller payung yg paling simple dan paling kecil, memang muat untuk dimasukkan dlm boot kereta sewa.
Syukur, kami membuat pilihan bijak, anak anak senang nak tidur. Si adik dengan cuaca sejuk Eropah memang sentiasa lena dipeluk dalam carriernya, manakala si kakak pun lena tidur dlm stroller. Memang pilihan bijak untuk kami gunakan satu stroller dan satu carrier nih. So anak anak  satu untuk abah, satu untuk mama. Apa yang penting? Kerjasama.. Yeayy.. Hehe
Untuk car seat pula, untuk baby dan kakak hanya sewa dari syarikat yang kami sewa kereta. Maknanya 2 car seat disewa dan untuk si abang kami bawa BoostApak by Trunki, mmg senang portable car seat nih, boleh jadikan beg utk isi barang dan masuk dlm kereta jadi car seat. Kaki travel, wajib dapatkan untuk anak anak. Hehe.

Rasanya semua dah ready untuk mulakan pengembaraan ke Eropah. Persediaan fizikal dah selesai. Maka kita perlu bersedia dengan macam macam kerenah dan perangai anak anak pulak. This gonna be so much fun!!! Jom kita redah kasi pecah. Tunggu next entry, untuk Day 1 CaptVitamin mengembara ke Eropah.. Stay tuned!!!

SHARE

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY