Cara Menjaga Kulit Semasa Bercuti Supaya Tak Gelap Gelita

Cara Menjaga Kulit Semasa Bercuti Supaya Tak Gelap Gelita

523
12
SHARE

Salam,

Salah satu perkara penting yang orang selalu ambil remeh bila bercuti nih iaitu bab penjagaan kulit. Mungkin ada yang rasa, ishh leceh lah nak jaga jaga kulit bagai. Sebab bila cuti nih fikir nak enjoy jek.

Tapi untuk Kak Kep, Abam S tuh particular sangat bab kulit nih. Especially kulit anak anak. Sebab terlampau banyak benda nak fikir sebelum kembara maka Abam S yang selalu ingatkan bab jaga kulit nih.

Kak Kep ada beberapa cara yang nak dikongsi dengan korang tentang penjagaan kulit semasa bercuti. Jom tengok.

Krim Pelindung UV (sunblock)

Jangan lupa bawa okay. Kebanyakan orang fikir krim pelindung UV nih hanya untuk bercuti di pulau atau kat pantai saja. Tapi kalau bercuti tempat lain pun kena pastikan jangan lupa bawa.

Selalu orang ingat, aku nak gi main snow.. tempat sejuk buat apa nak tepek krim krim nih semua. No no no. Percayalah sun burn waktu main snow lagi teruk dari kat pantai. Anak anak Kak Kep sangat obvious berbelang belang muka lepas bersalji di Mont Blanc, Chamonix.

Di Bursa, Turki pun sama. Main salji jek pun, tapi rupa macam 24 jam kat tepi pantai. Nih semua kes terlupa bawak krim. Balik kembara kena ceramah tarbiah dengan Abam S. Adehh.

So, lesson learnt. Jangan lupa krim pelindung UV walaupun korang nak bercuti pada musim sejuk. Sebab UV matahari nih tak kira musim. As long as muncul matahari dan terang tuh, maka adalah UV. Takleh lari mana. So jangan lupa apply krim ekk kalau taknak sunburn teruk.

sunblockMinum Banyak Air Kosong

Kak Kep ada tips untuk minum air kosong banyak semasa bercuti. Air kosong nih penting untuk pastikan kulit sentiasa lembab semasa bercuti. Punca kulit lembab adalah dari minum air kosong yang banyak.

Nak tepek krim seluruh badan satu kerjaan pulak kan? Takdenye ade mase dan rajin sangat. So solusi paling mudah ialah minum air kosong banyak.

water-bottle

Botol minumam 500ml tuh kena sentiasa ada dalam beg tangan. Mana mana pergi mesti ada. Rasa dahaga terus minum. Tak dahaga pun minum jugak.

Satu sebab kulit. Satu lagi untuk pastikan badan kita tak dehidrasi. Kalau badan tak cukup air, buatkan rasa tak best dan tak bertenaga. Tenaga banyak tau nak guna bila kembara nih.

Mandi Air Dingin/Sejuk

Suka suki jek tips Kak kep nih kan? Giler ke ape nak mandi air sojuk kalau pi London bulan 12. Jangan kata bulan 12. Bulan 6 pun kalau mandi air sejuk memang gila. Hahaha.

Ok ok. Bukan lah air sejuk gedik gedik tuh, tapi suam yg ala ala jaa tuh. Tapi jangan panas sangat. Sebab bila mandi air panas, kulit akan bertambah kering which is sangat tak elok.

Cuaca sejuk penyebab kulit kering. Jadi jangan tambah lagi dengan mandi air panas. Makin ‘berhabuk’ kulit tuh nanti.

Kalau rasa badan ok. Tak berpeluh. Mandi sekali pun dah cukup. Negara 4 musim nih nih bukan macam Malaysia yang kena mandi sehari 3,4 kali.. Hehehe. Tak caye? Cuba try test tengok. Hehehe.

Ambil Collagen

Kalau pergi bercuti, Kak Kep ubah sikit pengambilan vitamin untuk kulit. Bawak yang mudah jek. Pil pil nih kurang. Tapi bawak yang dalam bentuk sachet.

Sebab tuh bila bercuti atau kembara nih. 2 sachet wajib bawak mesti Cinch Tea dengan Collagen Powder.

Cinch Tea tuh untuk boost metabolisme dan ‘ubat’ tahan mata untuk drive lama.

cinch energy tea

Collagen Powder pulak bantu lembapkan kulit Kak Kep. Dalam masa sama, bantu bangun tidur lebih fresh walaupun tak cukup tidur dan kurangkan lenguh dan sakit badan.

Collagen-Powder-Shaklee2-2 nih senang. Koyak. Tuang dalam botol minuman. Goncang. Telan. Setel. Cantik berseri. Yang penting dalam gambar mesti meletops u olls. Takmo nampak letih, kusam, tak bermaya.

Bukan senang nak pergi jalan jauh jauh lepas tuh muka dalam gambar tak ceria. Tak happy. Macam kena kencing tikus. Hahaha.

Ok lah.. Cukup lah bebelan Kak Kep setakat nih. Kalau nak try try sachets pengembaraan Kak Kep tuh. Silakan wassap di 012 564 3627. Kak Kep boleh tolong explain pebende semua tuh. Hehehe.

Chiaoooo.. Muahciked. Hihihihi

12 COMMENTS

  1. Hi kak kep! Thanks for the info. Btw nk tnya saya nk smbung study di us for 3 years, ada tips tak how to bring the beauty drink/ collagen sachets ni in bulk(myb dlm a few boxes ) ? Takut kne rampas je. Kne prescription dr doc ke? How eh? Thank you in advance. :)

    • Hmmmm.. tak pasti part tuh. Sebab beauty product/ supplements / medicine actually kena ikut rules negara tersebut.
      Mungkin boleh try google dan find out di customs declaration USA. Google teh procedure.
      If stock makanan yang penting kena declare. Siapkan list siap siap dan kuantiti then just bagi jek kat diorang.
      Senang macam tuh.

  2. Ooooo baru tahu kalau mandi air panas, kulit jadi kering.

    Patut pun kering sokmo bibir, hidung pun asik nak berdarah.

    Cuaca summer pun sama kot. Macam kering semacam je kulit berbanding kat Malaysia.

    • Very low humidity kalau kat oversea. Satu benda yang paling susah nak avoid.
      Berbulu berhabuk kulit. Huhuhu.
      Kalau kat Qatar, be it in summer or winter. Both pun seksa bab kulit kering.
      Hidung berdarah tuh masalah yang tak selesai. Hihihihi.
      Lagi satu, sebelum lap air mandi tuh terus apply lotion dalam basah basah tuh.
      Baru ok sikit kulit. Kalau dah lap dan sapu kurang berkesan sikit. Cer try.

LEAVE A REPLY