Delegasi Malaysia ke Shaklee Global Conference 2013/2014, Long Beach California. – Arrival

Delegasi Malaysia ke Shaklee Global Conference 2013/2014, Long Beach California. – Arrival

6
0
SHARE

IMG_9075.JPG
Berkumpul di KLIA

Alhamdulillah. Kembara delegasi Shaklee ke Global Conference 2014 di Long Beach, California telah selesai dan selamat tiba di KLIA pada 23 Ogos 2014. Banyak pengalaman tidak ternilai sepanjang kembara ini. Maaf atas kelewatan entry di blog. Banyak urusan yang perlu diselesaikan sebaik tiba di tanah air.

Misi utama kembara adalah dua. Iaitu menghadiri persidangan antarabangsa Shaklee di Long Beach, CA dan lawatan ke Shaklee HQ di Pleasanton, San Francisco.

Untuk coretan kali ini, Kak Kep ingin berkongsi keterujaan seluruh delegasi sepanjang berada di persidangan tersebut.

Delegasi di bahagikan kepada 3 syarikat penerbangan dan Kak Kep dalam Group 1 yang menggunakan perkhidmatan Singapore Airlines. Alhamdulillah, penerbangan sangat lancar bermula dari KLIA ke Changi Airport seterusnya berhenti isi minyak di Narita Airport, Tokyo dan terus menuju ke Tom Bradley International Airport, Los Angeles.

IMG_9140
Tom Bradley International Airport, Los Angeles

DCIM102GOPRO
Delegasi sedang menunggu ketibaan bas untuk ke Hotel Hilton, Long Beach

First impression adalah melalui bahagian Imegresen, Kak Kep perhatikan kebanyakan pegawai Imegresen yang bertugas adalah bukan mat saleh. Ada yg Chinese look, black, Arabs dan lain lain lagi. Eh? Mana mat saleh? Oh.. Baru Kak Kep teringat, Amerika adalah negara yg banyak pendatang. Dan sesiapa yang lahir di Amerika akan terus menerima US citizenship jadi tidak hairan lah yang berkhidmat dengan kerajaan juga pelbagai bangsa dan pelbagai etnik. Hehe.

IMG_9119
Menuju ke Imigresen USA

Sebab tuh Kak Kep sentiasa percaya yang jalan jalan, mengembara, tengok tempat orang bukan aktiviti buang duit mengikut pendapat sesetengah orang. Kerana dengan cara ini lah kita dapat belajar budaya sesuatu tempat termasuk orang orang di tempat itu. Jadi, pemikiran kita tak jumud dan lebih terbuka. Seterusnya menjadikan kita not a judgemental person. Kena ada azam dalam diri untuk keluar jalan jalan untuk bagi otak kita berkembang. Bukan hidup dalam suasana yang sama dgn orang orang yang sama tuh selama lamanya. Eh melalut pulak. Sambung balik. Hihi

Semua urusan di airport berjalan lancar. Dan kami di bawa terus ke Hilton Hotel, Long Beach dan disambut dengan kalungan bunga serta welcome drink & dinner oleh pihak hotel dan staf Shaklee Malaysia.

IMG_9141
Disambut oleh Victor Lim, President Shaklee Malaysia
IMG_9138
Shaklee Live’14

Selesai makan, terus masuk check in bilik. Eh, beg takyah fikir tau.. Dari naik bas dah taktau beg kat mana. Urusan luggage semua pihak Shaklee & hotel uruskan. Trip Shaklee memang anda akan dilayan seperti VVIP. Jadi barangsiapa yang ingin merasai pengalaman ini iaitu pengalaman yang takkan kita dapat kalau travel sendiri? Join lah Shaklee dan buat lah bersungguh sungguh hingga layak menyertai Trip Antarabangsa Shaklee. Memang meletop layanan. Since Day 1 till menjejak kaki balik ke tanahair. First class service.

IMG_9150
Bilik di hotel Hilton, Long Beach CA. Mewah dan luas!

Anda semua juga boleh menikmati percutian 7 bintang ini. Dengan syarat mesti bersungguh sungguh dan mencintai Shaklee sepenuh hati. Amerika Syarikat. USA. Memang tiada dalam list tempat untuk dilawati dalam kamus hidup Kak Kep. Harga tiket flight sahaja mencecah 10 ribu satu kepala. Dan flight hours sehingga 24 jam. Tapi dengan Shaklee, Amerika telah Kak Kep jejaki. Alhamdulillah.

Nikmat yang mana lagi mahu kau dustakan wahai Kak Kep. Syukur sangat.

 

Hubungi kami segera

Whatsapp/SMS/Call

011 2526 6427 @ 012 420 7544

PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin

Like page : CaptVitamin

Email : hasliana.mdsaad@gmail.com

Website : www.captvitamin.com

* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY