Gudauri Ski Resort, Georgia – Day 1

Gudauri Ski Resort, Georgia – Day 1

237
2
SHARE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sebenarnya percutian ke Georgia adalah impromptu. Tak plan pun. Baru ‘kenal’ dengan Georgia dalam bulan lepas. Hihi. Riki riki tiket.. Eh boleh tahan murah untuk 2 Dewasa, 3 Kanak kanak dan seorang bayi. Sangat munasabah harganya.

georgiaAnak bujang di beri tugasan untuk research pasal Georgia. Keterujaan anak anak mestilah nak main salji. Kebetulan bila tularnya white winter forest di FB, maka lagi lah membuak buak perasaan Kak Kep nak ke situ. nak jadi orang Malaysia pertama sampai situ katanya. Hahaha. Maka research juga berkaitan forest tersebut.

Flight dari Doha ke Dubai jam 8.30am. Anak anak excited. Jadi tak banyak ragam. Menggunakan penerbangan tambang rendah FlyDubai, maka kami transit satu jam 50 minit di Dubai. Tiba di Tbilisi International Airport jam 3.30pm. Imigresen sangat lancar. Pemegang pasport Malaysia diberi visa percuma selama 360 hari. Menarik kan? Cepat cepat masukkan dalam bucket list u olls okay. Hehe.

flydubai
Iran.. Also in our bucket list.. Hihi
tbilisi
Tbilisi International Airport

Gerak dari airport terus ke Khmelidze Apartment, Gudauri. Perjalanan ambil masa dalam 2.5jam. Jiran belakang rumah dah tiba di sana. Diorang tunggu kami di ski resort terus. Penerbangan mereka lebih awal dari kami.

 

Hampir kesemua unit apartment ada balkoni. Namun yang tak berapa best sebab tak ada lif. Juga agak bising sebab ini apartment baru. Masih ada lagi sikit sikit kerja renovation di lakukan.

gudauri apartment 1
2 katil super single 1 bunk bed.. Fit for 5-6 persons.
apt
dari luar
view apt
view dari balkoni

sumber gambar : booking.com

Sampai di Gudauri jam 8.00pm. Sepanjang jalan ke Gudauri gelap. Jadi tak dapat Kak Kep nikmati pemandangan sepanjang jalan. Takpe, kita qada time nak balik nanti.

*************

Expenses Day 1

*************

Tiket flight FlyDubai- 2 adults 3 kids 1 infant QR5400

Transfer Tbilisi Airport to Khmelidze Apartment menggunakan khidmat Go Gudauri Transfers

Bayaran adalah sebanyak USD80 = RM356 = QR290 untuk sebuah coaster yang sangat selesa dan brand new one. Hehehe.

Harga apartment untuk 3 hari 2 malam adalah QR831 = RM922 = 600GEL

Nilai conversion matawang adalah lebih kurang berikut:

GEL100 = RM165 = QAR140 = USD38

Day 2 — Stay tuned!

 

SHARE

2 COMMENTS

  1. Salam. Saya ni dah lama dok teringin nak ke Georgia tapi tak sampai2. Kalau dari KL nak ke sana mmg kena transit Dubai ke. Or ada route lain yg lebih sesuai & cost effective.

    Tq in advance

    • Best choice is kul-dxb, dxb-tbs
      Ada route lain yang huru hara transit tehran, azerbaijan segala macam, tapi yg paling masuk akal transit dubai. dari dubai ada 2 choice, dgn emirates or flydubai (lowcost)
      Atau guna app KAYAK. Senang.. Dia dah bagi best price best option. Good luck!!

LEAVE A REPLY