Hand Luggage Packing List Untuk Kanak Kanak 4 Dan 2 Tahun

Hand Luggage Packing List Untuk Kanak Kanak 4 Dan 2 Tahun

556
2
SHARE

Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat tiba di bumi Doha, Qatar 2 minggu lepas setelah bercuti panjang selama 3 bulan di Malaysia.

Penerbangan pulang ke Doha dari Kuala Lumpur kami memilih Sri Lankan Airlines (tiket murah uolls.. hahaha). Kalau pilih Sri Lankan Airlines, makanya perlu bersedia untuk transit lebih kurang 3 jam di Colombo.

Bila terbang bukan dengan direct flight, maka packing list untuk anak anak berjela sikit panjangnya. Being a segala-benda-nak-angkut mom, memang lah Kak Kep nih haru sikit. Walaupun konon konon macam cool, tapi dalam hati segala maknek jugak nak angkut. HahahaKak Kep suka nak kongsi dengan korang semua apa yang Kak Kep bawak kalau nak fly dengan anak anak. Ada sesetengah tuh memang kelakar bunyiknya. Tapi percaya lah ianya berbaloi.

KEPERLUAN MENYALIN / SUSU

Dua helai baju salin – takut muntah

Dua helai seluar – takut kencing/berak bocor

Empat keping diaper – bawak lebih pun takpe, in case terberry banyak kali

Herbal Blend Shaklee – untuk anti rashes creme

Minyak panas – takut perut tak selesa, so sapu minyak panas

Thermos air panas – selalunya Kak Kep akan bawak thermos kosong, lepas check security baru isi air panas di mana mana kafe yang ada dlm tuh, kalau kat KLIA thermos yang ada air pun lepas, tapi di Stansted Airport, UK.. Susu, air dlm thermos semua kena buang, tak boleh bawak masuk., so utk elakkan leceh kat security, semua airport Kak Kep buat cara macam nih

Susu anak – boleh letak dalam bekas partition tuh, utk Kak Kep sendiri selalu beli tin paling kecik untuk letak dlm hand luggage

Air putih biasa - selalunya beli air minuman kat 7E or Kedai Mesra jek. Memang tak pernah letak dalam bekas air tupperware ke tipuware ke sebab dah pernah kena tudung tanggal habis basah semua, nanges aiii tauu.. huhu

KUDAPAN

Biskut yang tak messy – biskut merry, biskut Tiger atau yang jenis tak pecah berderai berhabuk segala tuh, oreo semua tuh memang big No No, biskut yang ada salut coklat ke hape, memang kirim salam lah nak bawak

Nuggets & French Fries – kadang kadang goreng kat rumah 20-30 ketul. Atau kalau tak sempat, beli kat KFC airport, ini bekalan anak anak lapar dalam flight, sebab diorang memang tak makan makanan yang dihidang dalam flight. Kita yang dewasa pun tak brapa bleh telan, tambah laa diorang kan? Huhu

Cekodok atau Karipap Nenek Buat – Hahahahaha, yang nih bukan saja untuk anak anak, mak dengan bapak budak pun bedal sekali. Hihihi

TIPS KAK KEP : Dalam hand luggage tuh sediakan plastik kosong dan klip plastik dari Ikea tuh, cekodok, karipap, nuggets dan french fries (walaupun beli kat airport, tapi transfer nuggets dan fries letak dlm plastik tuh dan klipkan) Bawak clips tuh lebih sikit letak dalam handbag mak eyy, kalau diorang nak beli roti ke ape, makan tak habis, klip jekk then boleh simpan. Senang sangat!

Memang memudahkan kerja mak mak. Boleh terus campak dalam beg, takyah nak berkotak bertupperware bagai. Jimat space.

5-PCS-font-b-IKEA-b-font-Large-Food-Snack-Bag-Storage-Sealing-font-b-Clips

Burger/Hot Dogs – yang nih untuk abang yang makan kuat tuh, so kat dia nuggets jek tak jalan, kena yang berat berat sikit

Air Minuman – memang air kosong only, no air perisa perisa untuk menjaga kemaslahatan perut masing masing. Mak nya memang malas nak layan part nak cuci berak segala bagai kat airport dan dlm flight.

TIPS KAK KEP : Beli botol minum seperti dibawah. Kalau beli air dalam botol kat kedai pun, transfer masuk dalam botol nih. Jadi anak anak boleh minum sendiri, tak perlu mak nak tolong buka tutup bagai. Diorang boleh buat sendiri.

disney-drinking-sport-bottles-350ml

MAINAN

Gadgets - kalau ada free Wi Fi boleh lah korang layan YouTube di airport, kalau takdak, dok dendiam jek ekk.. Hehehe.. When in come to airport punya masa menunggu, anak anak dibolehkan ber’gadget’ to kill the time kekdahnya.. Hehehe

Buku dan Pensil atau 3,4 batang pensil warna - kalau bawak untuk kakak mesti kena bawak untuk adik jugak, supaya tak bergaduh. Hehehe. Waktu transit boleh tulis tulis kaler kaler.

Mainan Kegemaran – Minta anak anak pilih mainan kecil kecil favourite diorang untuk dibawa. Jadi boleh berimaginasi dengan favourite toys semasa menunggu. Boleh la mak pak rilek sikit. Hihihi

Rasanya itu jek kot barang barang yang Kak Kep packkan untuk keperluan anak anak kalau nak fly.

Barang barang yang dilist adalah untuk penerbangan selama 7 jam dan transit selama 3 jam.

Jadi kalau korang fly 14 jam, 23 jam atau 2,3 hari. Pandai pandailah korang estimate ekk. Hihihi.

Harap membantu dan bermanfaat. Korang boleh share tips tips lain dan idea di bahagian komen jugak. Mana tau, boleh jadi panduan untuk mak mak yang lain jugak. InshaaAllah.

Happy Travel with your Kids u ols. #muahciked.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY