Internet PERCUMA di Seoul? Fakta atau Auta

Internet PERCUMA di Seoul? Fakta atau Auta

1259
0
SHARE

** Matawang yang disebut di dalam semua entry Kembara Korea adalah dalam KRW = South Korea Won.

1 MYR = +- 303.00

1 QAR = +- 299.00

****************************************************

Kembara sekarang bukan macam dulu dulu. Dulu mengembara dengan kamera filem 36 keping. Kalau dapat 38 atau 39 keping memang untung sangat la kan? Hehehe.

Tapi sekarang zaman dah canggih. Kembara hanya menggunakan Apple iPhone 6 yang tahap kualiti gambarnya dah setanding kamera dslr. Tak gitu? Kamera HD dan untuk rekod video sepanjang kembara hanya guna kamera sekecil GoPro. Canggih kan? Takyah nak usung beg berat dan besar.

Lepas ambil gambar sana sini, mana mungkin hanya biarkan saja berkubur di dalam telefon pintar kan? Pasti ingin dikongsi bersama rakan dan kaum keluarga. Berkongsi memang tak boleh ditunggu tunggu lagi. Perlu dengan kadar paling cepat. Hehehe.

Gambar,hmmmm bagi Kak Kep tidak berapa penting. Yang lebih penting ialah surirumah bekerja macam Kak Kep dan 5 rakan lain sepanjang kami Kembara di Korea. Semuanya WORM. Apa? Ulat? Hahaha. Bukan bukan. Jangan cemas. WORM adalah singkatan Work-On-The-Road-Mom. Kalau di rumah kami WAHM (Work-At-Home-Mom) tapi bila kembara kami berubah menjadi WORM.

Melayan pelanggan melalui Facebook, Whatsapp serta ahli bisnes yang berdaftar dibawah kami memang sangat penting. Setiap hari pasti berlaku komunikasi melalui media sosial. Jadi internet adalah sangat penting untuk pastikan kami sentiasa keep in touch dengan rakan bisnes dan pelanggan.

Public WiFi Seoul

FAKTA – Ya, kebanyakan kawasan di Seoul (kecuali di subway – stesen keretapi bawah tanah) mempunyai khidmat Wi Fi PERCUMA. On Wi Fi dan cuba cari “Public WiFi Seoul”. Tanpa kata laluan, anda boleh akses internet dengan PERCUMA. Lajuuuuuuu. Hehehe. Kalau tak dapat Public WiFi Seoul boleh cuba yang lain yang tidak memerlukan kata laluan. Kalau nasib baik, boleh akses internet juga.

jalanjalanseoul1
Sesat? Tiada masalah di Seoul. Google Maps atau Waze gunakan Public Wifi Seoul. Free jek.

FREE WiFi Di Restoran/Hop On Hop Off

Sekiranya ternampak label WiFi, jangan berat mulut untuk bertanya kata laluan. Kesemua restoran mempunya Wi Fi. Hampir tidak perlu untuk mengaktifkan roaming nombor telefon Malaysia sekiranya anda berada di Seoul sebenarnya.

Portable Modem (Mobile WiFi) Olleh Egg

Pernah dengar tentang modem bergerak? Di Malaysia pun dah terkenal perkhidmatan sebegini. Di Seoul, sampai sahaja di airport, anda boleh sewa perkhidmatan modem bergerak ini sepanjang anda berada di Korea.

Syarikat telekomunikasi terbesar yang bertindak menyediakan perkhidmatan ini ialah Olleh. Sekiranya roaming, Maxis anda akan automatik mendapat rangkaian Olleh di Korea.

olleh counter incheon
Kaunter Olleh Egg di depan pintu ketibaan

Sebaik keluar dari pintu ketibaan kaunter Olleh Egg berada betul betul depan anda. Hanya beratur dan maklumkan kepada penjaga kaunter bahawa anda ingin menyewa modem bergerak.

Harganya seperti di bawah :

EGG (Mobile WiFi) 8,000KRW 200,000KRW

8,000KRW caj untuk sehari untuk unlimited data. Jadi takyah risau kalau reach data internet slow ke apa. Boleh guna dengan bersungguh sungguh. Hehehe. Sekiranya anda menyewa lebih dari 11 hari, maka akan dapat diskaun yang sangat berbaloi.

200,000KRW sebagai deposit akan dipulangkan selepas anda memulangkan modem.

Olleh Egg ini boleh digunakan oleh 5 dveice serentak. Kalau sharing satu keluarga, siapa login dulu, dia dapat dulu. Hehehe. Yang ke 6 gigit jari. Kena sewa satu lagi. Hihihi. Sharing lebih jimat.

Anda akan menerima sebuah modem, alat mengecas dan casing. Simpan baik baik. Kalau tak pulangkan dalam keadaan elok atau tak lengkap, 200,000KRW tak dapat balik tau. Hehehe.

olleh eggUntuk 8,000KRW (lebih kurang RM27/hari) adalah masih murah berbanding aktifkan roaming syarikat telekomunikasi di Malaysia yang menawarkan pengaktifan roaming serendah RM36/hari kan? Jadi, tepuk dada tanya selera. Hehehe.

FREE WiFi di Hotel/Homestay

Paling penting. Sebelum membuat tempahan hotel atau homestay, pastikan ini soalan pertama yang ditanya. Kalau tidak disediakan, maka nasihat Kak Kep, carilah hotel/homestay lain.

Hampir mustahil nak jumpa hotel/homestay yang tidak sediakan khidmat WiFi PERCUMA sekarang ini. Betul tak? Kalau tidak sediakan tuh maknanya something wrong. Hehehe

FREE WiFi di Incheon International Airport

Terbaik!!!! 5 bintang Kak Kep bagi. Bukan 3G, bukan 4G tapi 5G hokkayyy.. laju betul.. Layan movie streaming takde sangkut sangkut langsung.

Bayangkan flight balik ke Doha jam 12:00am tapi Kak Kep dah sampai di airport jam 3:00pm kerana ikut sekali kawan kawan yang nak balik ke Kuala Lumpur.

Jadi masa yang terluang itu memang banyak perkara yang dapat Kak Kep siapkan dengan WiFi yang laju tuh. Alhamdulillah. Masa menunggu hampir 10 jam tak terasa. Hehehe.

Kesimpulannya, internet PERCUMA ada merata rata di seluruh Seoul. Cuma di subway memerlukan penggunaan Olleh Egg atau kadang kadang ada juga terhilang connection Public WiFi. Hehehe. WiFi Percuma di Seoul?? FAKTA!! (kecuali nak sewa Olleh Egg) Hehehe.

Internet memang sangat penting untuk WORM walau di mana jua mereka berada. Nak jadi WORM juga dan boleh bekerja di mana mana sahaja serata dunia? Boleh contact Kak Kep okay. Hehehe.

worm
Jangan kacau. Kusyuk layan pelanggan. Hehehe.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY