Kembara Eropah dengan Kak Kep : Main Salji di Mont Blanc, Chamonix

Kembara Eropah dengan Kak Kep : Main Salji di Mont Blanc, Chamonix

836
9
SHARE
speachless
Speechless

Awal pagi kami dah bertolak dari Milan. Nak make sure sampai dalam jam 10 atau 11 tengahari. Jadi ada banyak masa untuk ke snow mountain. Yeahaaaa. Yang ditunggu tunggu oleh anak anak. Main snow. Sebab dah frust takde salji kat Mount Rigi, Luzern, Switzerland hari tuh. Dapat foggy jek.. Hahaha..

Gerak dlm jam 8 pagi. Memang dah survey siap siap yang perjalanan ambil masa 2 jam 45 minit memandu. Breakfast roti roti macam tuh jek. Tak proper pun. Singgah kat petrol pump untuk beli coffee. Then teruskan journey non stop sampai ke Chamonix.

Ok, tempat yang nak dituju nih ialah Chamonix, France. Antara snow mountain yang terkenal di France. Lokasinya terletak antara sempadan tiga negara iaitu France, Switzerland dan Italy.

Motorway ke Chamonix dari Milan
Motorway ke Chamonix dari Milan

Di sebabkan kedudukannya macam tuh menyebabkan sebutan nama tempat nih dalam 2 bahasa iaitu :

Mont Blanc (French) dan Monte Bianco (Italian) yang mana kedua duanya bermaksud “White Mountain”.

Ia adalah gunung paling tinggi di Banjaran Alps dan tertinggi di Eropah. Ketinggian Mont Blanc mencecah 4,810m dari aras laut berada di kedudukan ke 11 gunung tertinggi di dunia. Wah macam kelas geografi pulak kan? Hihihihi.

Feeling sangat. Dah lah memang tengah demam Frozen kan? Memang ngam. Berangan habis. Hahaha.

Sepanjang perjalanan.. Subhanallah.. View dia.. tak tergambar dengan kata. Kalau lah mata Kak Kep nih boleh snap gambar. Berjuta keping Kak Kep snap tunjuk kat korang. Tapi kalau tengok dengan mata sendiri memang lagi best lah kan? Huhuhu

Mata disajikan dengan pemandangan seperti ini sepanjang perjalanan. Subhanallah.
Mata disajikan dengan pemandangan seperti ini sepanjang perjalanan. Subhanallah.

Ada kampung kecil kecil sepanjang perjalanan. Gunung salji yang berbalam balam. Macam lukisan. Highway memang tak banyak kereta, jadi perjalanan kami smooth jek.

Untuk sampai ke Chamonix dari Milan kena melalui The Mont Blanc Tunnel yang menyambungkan antara Chamonix to Courmayeur, Italy sepanjang 11.6km. Kena bayar tol. Tol di kenakan lebih kurang 54 Euro untuk pergi dan balik. Jangan risau. Dalam tunnel dilengkapi dengan CCTV, so keselamatan dalam tunnel terjaga.

Perjalanan ambil masa lebih kurang 3 jam. Elok elok sampai Pekan Chamonix, bilik hotel pun dah siap. So, kami boleh check in terus. Kami stay di Hotel l’heliopic & SPA. Sangat strategik. Sebelah hotel saja dengan kereta kabel untuk ke snow mountain iaitu Auguille du Midi. Dapat bilik yang bertentangan dengan Mont Blanc. Subhanallah. Boleh booking hotel nih di www.booking.com . Harga sangat berpatutan. Dan banyak diskaun. Memang senang sangat buat tempahan melalui booking.com

Hotel kami.. Nice view
Hotel kami.. Nice view
Playroom di hotel
Playroom di hotel

Masuk letak beg, terus keluar semangat nak naik mountain cari snow. Huhuhu. Malangnya seribu kali sayang. Bayi tak dibenarkan untuk naik ke atas. Bahaya katanya. Takut licin. Frust betul. Kesudahannya, Kak Kep dengan anak bujang saja yang naik ke atas. 2 anak dara tinggal kat bawah. Tapi ok jugak, since adik adik pun bukan tau apa benda pun lagi kan? hehehe

Harga tiket cable car dari Chamonix ke first pit stop Plan de I’Aiguille adalah lebih kurang 17 Euro untuk dewasa dan 14 Euro untuk kanak kanak 4-12 tahun. Untuk check lebih lanjut tentang harga, boleh pergi ke WEBSITE INI.

Cable car station sebelah hotel jek
Cable car station sebelah hotel jek

Maka pergilah mak dan anak berdua duaan ke atas. Lama jugak kami lepak kat atas. Berseronok seronok feeling feeling macam kat snow mountain Frozen. Hahaha. Happy sangat sangat anak bujang Kak Kep. Puas hati. Berbaloi ponteng sekolah. Kalau belajar kat sekolah pasal snow now dia dah boleh describe macam mana snow tuh. This is what we call ‘travelschooling’.. Real life experience kan? Hehehe. Alhamdulillah. Semuanya dari Allah.

Mak dan anak.
Mak dan anak.
His first snow experience waktu kat Melbourne. Yang nih 2nd time. Happy sangat.
His first snow experience waktu kat Melbourne. Yang nih 2nd time. Happy sangat.

Main sampai lencun lencun seluar kasut semua dekat 2 jam. Kami pun turun balik. Kesian abah dan adik adik mesti lapar. Hehe. Mak dan anak tak sedar diri kat atas.

Snow ball. Yeahhh..
Snow ball. Yeahhh..

Turun balik ke bawah elok elok dalam jam 2 petang macam tuh, maka kami pun pi lunch kat Kebab Restaurant area situ. Memang sedap yang amat. Yummy. Lepas tuh berjalan jalan kat area situ. Ada pekan kecil. Memang best sangat. Rasa macam dalam filem. Hahaha. Petang tuh jalan jauh sikit pergi Carrefour Express. Yang best tuh sebab siang panjang. Jadi banyak aktiviti boleh buat. Ikutkan hati nak jek naik atas sekali lagi. Malangnya cable car pun dah tamat operasi. Hahahaha.

Kebab lagi. Hehehe
Kebab lagi. Hehehe

Untuk pengangkutan naik ke mountain mountain yang ada di Chamonix korang kena ikut jadual. Kalau pergi betul betul time winter dari December hingga March tak ada masalah. Mostly semua cable car, train beroperasi. Tapi kalau pergi hujung hujung macam Kak Kep nih, pada awal May, cuma satu cable car jek beroperasi iaitu Auguille du Midi Cable Car.

Mountain yang ada di Chamonix. Highest peak is Mont Blanc. Semua pun masih bersnow cuma tebal ke tak jek laa
Mountain yang ada di Chamonix. Highest peak is Mont Blanc. Semua pun masih bersnow cuma tebal ke tak jek laa

Itu pun nasib baik sangat sebab lagi seminggu cable car nih pun dah nak tutup. Sebab salji makin cair dan menipis. So dah takde winter activities kat mountain. Next akan buka balik on December. Part nih kalau nak tau lebih, boleh email ke kakkep@gmail.com … Kak Kep akan advise lebih lanjut. Rugi kalau datang sini tapi tak dapat main snow kan? So, kena plan betul betul.

Malam tuh sebelum tidur layan snow mountain berbalam balam kat balkoni. Fuhhhh. Tak sangke. Dengan hanya bermula bisnes kecil kecil, Kak Kep tekadkan hati. Kuatkan azam nak kumpul hasil bonus bisnes untuk ke Eropah. Tercapai juga impian bawa anak anak dan suami ke Chamonix dari hasil usaha sendiri. Alhamdulillah. Mulakan tabung percutian anda hari ini jugak. Yeszaaa.. semua orang boleh merasa snow.. InshaaAllah.

Speechless
Speechless
No words can describe. Cantik sangat.
No words can describe. Cantik sangat.

Esok akan ada new adventure lagi. Stay Tuned!! Muahh..

contact-details.002

9 COMMENTS

  1. Mont Blanc ni biasa kat sini kita jumpa brand je. Asal dia diambil sempena nama sebuah gunung rupanya. Kalau entrepreneur kat Malaysia ni nak taruk jenama, mungkin boleh bubuh nama gunung macam, Gunung Jerai ka. Baru sempoi. Hehehe

    • bila SY sebut pasal brand pen mont blanc baru Kak Kep perasan. Sumpah tak perasan nama sama brand pen.. hehehe.. Kan? Mula mula memang kita rasa tak komersil.. tapi bila lama lama mesti famous.. contoh.. mopiko.. dulu awal awal dia keluar mesti kena gelak.. hihihi..

LEAVE A REPLY