Kak Kep Kembara Keliling Dunia Hasil Bekerja Dari Rumah

Kak Kep Kembara Keliling Dunia Hasil Bekerja Dari Rumah

162
0
SHARE

Assalamualaikum,

Bersua lagi kita setelah lama bersawang. Kak Kep berzanji akan rajin update blog lepas nih ekk. Hihihihi.

Sesuai dengan slogan kakkep.com “Kembara Kak Kep Seantero Dunia” maka hari nih kita story pasal kembara ilmu bisnes kesayangan Kak Kep nih.

Memang betul betul kembara untuk dapatkan ilmu yang super duper best nih. Sabtu lepas seawal jam 7.00 pagi Kak Kep bersama anak bujang ‘road trip’ dari Penang ke Kuala Lumpur semata mata untuk hadir ke kelas bisnes Shaklee anjuran mentor bisnes Kak Kep.

Kak Kep sentiasa tertunggu tunggu kelas seperti ini sebab nih la masanya nak berjumpa dengan rakan bisnes yang lain untuk sedut aura dan jangkit aura positif.

Banyak benda nak catch up bila sesekali berjumpa kan?
Banyak benda nak catch up bila sesekali berjumpa kan?

Bisnes Kak Kep yang 100% melalui medium online tambahan lagi tinggal nun jauh di benua Arab membuatkan bila balik Malaysia memang tak sabar nak berjumpa dengan geng bisnes yang lain.

Berkongsi idea, pendapat, tips, strategi untuk memperkasakan dan memantapkan lagi bisnes Shaklee kami.

Jangan salah anggap. Antara kami bukan semuanya upline downline. Malah lebih ramai sideline yang mana dalam bisnes MLM semestinya tak memberi apa apa untung kalau saling berkongsi.

Tapi itulah uniknya bisnes kami. Rapat macam adik beradik. Macam saudara bukan dengki sesama sendiri. Saling berkongsi ilmu.

blogger
blogger blogger famous. ainulmalik.com linchalo.com ibuzarith.com

Slot pagi dan petang yang dikendalikan oleh Mr Kelmen Ooi, Vice President Sales Shaklee Malaysia memang sangat sangat menarik dan mengujakan membuatkan Kak Kep tak rasa rugi langsung drive sorang sorang dari Penang untuk ke majlis ilmu ini.

Mr Kelmen Ooi yang penuh dengan aura positif dan sentiasa bersemangat membuatkan kami para bisnes leaders merasakan slot yang di adakan tidak cukup dan mahukan lagi dan lagi.

Susah ke Shaklee? Senang jerrrr. Janji kena rajin belajar dan tak putus asa.
Susah ke Shaklee? Senang jerrrr. Janji kena rajin belajar dan tak putus asa. Mr Kelmen Ooi yang penuh dengan aura positif. Super duper ohsem.

Kalau orang cakap bisnes online buat kita jadi boring, takde kawan, bosan, loser. Hehehehe. Sila betulkan tanggapan anda. Bisnes nih buatkan kawan kawan Kak Kep bertambah ramai dan semuanya penuh aura positif. Memang sentiasa nak jumpa jumpa dengan diorang sebab nak jangkit benda benda best tuh.

Tak sempat nak ambil gambar dengan semua peserta dengan kamera Kak Kep. Maka yang mana ada Kak Kep tepekkan di sini untuk tatapan semua.

Blogger tegar shaklee ;-))
Blogger tegar shaklee ;-))

Kat atas nih geng geng blogger tegar yang menjalankan bisnes 100% hanya dari rumah melalui medium online. Memang sempoi. Online online jugak. Tapi sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Shaklee kami sedaya upaya untuk hadiri. Kadang kadang bila dengar face to face nih kesan lebih mendalam. Betul tak?

Kalau ada yang berminat nak tau bagaimana Kak Kep buat bisnes nih walau..

….. duduk beribu batu jauhnya dari Malaysia

….. tanpa stok di tangan

….. hanya melalui online tapi hasil bonus yang diperolehi membuatkan Kak Kep mampu sponsor suami, anak anak serta mak ayah kembara keliling dunia

Meh ler PM Kak Kep laju laju dan Kak Kep akan bongkarkan rahsia rahsianya. Hahahaha.

Jangan lupa Whatsapp okay :

012 564 3627

Am more than happy to help!! Ngam kan?? Yeahhh..

 pictures credit to : FB Roslan Bandar Raya

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY