Kedai Makan Halal di Georgia (Tbilisi & Gudauri)

Kedai Makan Halal di Georgia (Tbilisi & Gudauri)

179
0
SHARE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sebelum trip nih, dalam kepala Kak Kep dah bajet macam susah nak cari kedai makan halal di Georgia. Jadi memang dah set kena sewa apartment yang boleh masak. Tak beria sangat research pasal kedai makan halal. Surprisingly, tak susah pulak nak cari kedai makan halal di Tbilisi. Bertambah surprise, di Gudauri pergunungan salji tu pun ada juga satu kedai makan halal. Waktu singgah supermarket sebelum ke Gudauri pun jumpa ayam frozen brand Sadia HALAL. Wah.. Menarik nih.. Next time re-visit Georgia dah tak berapa risau bab makan nih. Hehehe.

TAJ MAHAL HALAL FOOD, GUDAURI

Unsangkarable betul jumpa kedai halal India di sini. Bertambah unsangkarable yang kerja kat situ orang Melayu kita. Abam S interview adik nih, dia sebenarnya belajar di Libya. Tapi keluar travel ke Bulgaria. Duit habis kat Bulgaria tak dapat beli tiket flight. Then dia kerja kejap kat Bulgaria. Cukup duit untuk beli tiket flight, dia riki riki tiket flight ke mana yang murah. Maka Georgia paling murah. Maka, dia pun terbanglah ke Georgia. Dengan visa percuma 360 hari, dia kerja di kedai halal nih. Nak balik Libya sambung belajar tak boleh sebab visa dah habis. Adoi.. Maka dia sambung lagi kerja untuk beli tiket fligt balik Malaysia nak renew visa Libya dia. Interesting sangat. Anak anak muda sekarang best betul kan? So much life experienced muda muda lagi. Survival skill power oooo. Dah cerita pasal adik nih pulak. Tak cerita pasal makanan kat kedai nih. Hahahaha.

image

By the way, seperti kedai India lain beriyani memang menu utama. Kebab dia sedap. Dan sejuk sejuk pekena Indian masala tea mestilah terangkat kan? Nyumsss. Untuk sebungkus mutton beriani dan sebiji kebab harganya 40GEL. Tak terlalu mahal. Di Gudauri cuma jumpa kedai nih satu jek lah. Tak sempat nak explore yang lain. Lokasi? Kalau datang siang dengan teksi memang akan nampak sainbod seperti kat bawah. So, tak susah nak cari. Hehehe.

image

TAJ MAHAL RESTAURANT, OLD TBILISI

Pemilik kedai Taj Mahal nih adalah orang yang sama. Di Gudauri adalah cawangan baru. Di Old Tbilisi cawangan lama. Kalau hotel atau apartment korang area Old Tbilisi, boleh jalan kaki jek ke area restoran nih. Senang. Kalau dengan teksi maksimum tambang teksi 5GEL.

Alamat dan contact number adalah seperti di bawah:

15 str, Tumaniani, Meidan Square, Tbilisi, Georgia

Phone: +995 598 90 07 86

Kalau nak naik teksi dan driver tak berapa faham apa kita sebut, then google tunjuk gambar kat dia. Hihihi. Lagi senang. Sebelum gerak ke restoran, call dulu pun ok. Check samada buka ke tak. Kang tak bukak penat jek pegi.

Menu pun okay. Portion food untuk seorang makan. Tak besar sangat. Just nice. Mengidam nasi? Boleh lepaskan idam di sini. Hehehe.

image image

MAHARAJAH HALAL RESTAURANT, TBILISI

Kalau korang stay kat Old Tbilisi, restoran nih agak jauh dengan korang. Kalau naik teksi, bayaran adalah 5-10GEL. Ikut tahap ke’baik’an si pemandu teksi. Main sebut jek diorang nih tambang teksi.

Maharajah Restaurant nih area Rustaveli Street, dekat dekat dengan Freedom Square. Cuma lorong lain. Alamat seperti di bawah:

Address: 24 Giorgi Akhvlediani St, Tbilisi 0106, Georgia
Phone: +995 322 99 97 99
image
Menu? Nasi beriani, sup, tandoori, poratha, Indian masala tea. Juga ada Chinese food Indian version. Hahahaha. Bila lapar, dan tengok menu. Semua pun nak order. Hahahaha
Harga? Berpatutan. Tak mahal sangat. Portion lebih besar dari Taj Mahal. Beriani dia jenuh jugak nak habiskan sorang sorang. Again, tunjuk address dan gambar pada driver taxi kalau nak datang sini. Hehehe.
image
KEDAI KEBAB HALAL TURKI
Shardeni Street. Banyak kedai halal Turki di sini. Mungkin sebab ini kawasan masjid. Tumpuan utama waktu Solat Jumaat, maka ada banyak kedai makan halal di sini.
City Drink – konsep ‘grab and go’. Tak disediakan meja makan. Kedai pun kecik jek tepi jalan. Ada kebab, shawarma, jus, fries. Harga sangat berpatutan.
image
Halal Turk Doner – Konsep sama seperti City Drink. Kedai pun cuma sebelah menyebelah jek. Selang 50 meter to each other. Ada di sediakan tempat makan, cuma sangat limited. Kurang sesuai untuk anak berderet macam Kak Kep. Hehehe. Grab and go lebih convinient.
image
Lima kedai makan halal yang sempat Kak Kep rasa di Georgia. Banyak lagi rasanya, cuma tak sempat nak mencari yang lain lain. Memandangkan Georgia nih sempadan dengan Turki, rasanya banyak lagi kedai halal Turki yang boleh di dapati di sini. Soon, rasanya makin banyak kedai halal akan dibuka. Sebab Georgia sekarang makin terkenal di kalangan penduduk Timur Tengah seperti UAE dan Qatar. Dalam masa terdekat makin bercambah rasanya sebab ada permintaan
HALAL SCAM
Sebelum terlupa. Kak Kep nak warning siap siap berkaitan KEDAI HALAL SCAM yang satu nih. Bila kita berjalan jalan di mercu tanda I Love Tbilisi area Shardeni Street memang korang akan di approach dengan minah minah Georgian minta korang masuk kedai makan diorang.
Ada satu kedai nih kat pamplet beria dia tulis HALAL. Ingat kan betul. Rupanya dia main tiru jek. Kak Kep konon nak merasa lah tempat makan baru. Elok masuk restoran punya lawa, tengok tengok menu dia served pork. Terus ku heret anak beranak keluar. Jangan percaya scam yang satu itu. Make sure tengok satu satu list menu yek. Sesuka hati jek cakap HALAL. Nah gambar kedai dia. JANGAN MASUK KEDAI INI tauuuuu.
image
Tengok ke orang kat depan kedai pun macam menakutkan kan? Hahahaha.
Ok lah, rasanya setakat itu saja perkongsian berkaitan KEDAI MAKAN HALAL di Georgia. Sebarang pertambahan boleh letak di ruangan komen yek. Semoga bermanfaat buat semua yang bakal travel ke Georgia.
SHARE

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY