Kembara Eropah dengan Kak Kep : Chamonix, France ke Geneva, Switzerland

Kembara Eropah dengan Kak Kep : Chamonix, France ke Geneva, Switzerland

689
0
SHARE
Kak Kep memang jatuh cinta dengan view macam nih kalau road trip. Lovely.

Tak habis habis lagi kan? Bercinta nak menaip! Kak Kep janji, pengembaraan seterusnya Kak Kep akan buat live update. Sebenarnya, diri sendiri pun dah tak terdaya nak update. Semua benda nak story.

Ada reader yang dah marah. Kak Kep nak story Melbourne & Sydney. Kak Kep nak tahu pasal Hong Kong Disneyland. Adeh. Nama jek Work At Home Mom (WAHM) tapi dok tak sempat sempat. Banyak sangat benda nak buat. Ampun!

Ok, tanpa melengahkan masa, Kak Kep sambung kisah kembara Eropah kami. Dah nak ke penghujung pun nih.

Dari Chamonix, France lepas check out hotel kami makan dulu kat restoran kebab kegemaran. Isi perut sebab memang dah plan nak drive terus sampai Geneva. Hari ini last day with Audi 6 Wagon. Hehe. Kira dari Chamonix, kami akan terus ke Geneve Aeroport untuk hantar kereta ke depot.

Motorway Chamonix to Geneva
Motorway Chamonix to Geneva
Bye Bye Audi.
Bye Bye Audi.

Drive dari Chamonix ke Geneva lebih kurang 1 jam 15 minit. Kami sampai Geneva lebih kurang jam 3 petang. Trafik agak sibuk sebab orang balik kerja dan budak budak balik sekolah.

Bersimpang siur dengan lrt. Hehehe
Bersimpang siur dengan lrt. Hehehe

Sebenarnya, hotel di sekitar Geneve Aeroport fully booked disebabkan ada satu persidangan antarabangsa di Geneva waktu tu. Melalui online kami dah book satu hotel bajet iaitu Ibis Budget Archamps Porte de Genève melalui Booking.com (KLIK UTK BOOK) yang terletak di France. Kiranya Geneva dengan France nih sempadan. Sebab tuh kebanyakan orang yang tinggal di Geneva boleh cakap French.

The most famous fountain in Geneva
The most famous fountain in Geneva

Memandangkan flight kami balik ke Amsterdam sangat awal iaitu jam 6.00pagi, agak saspen juga nak tinggal hotel jauh dari airport. Cuba juga last minit pusing pusing di area airport utk cari available hotel, tapi memang fully booked. Nak tak nak kami ikut GPS, mencari juga Ibis kat France tuh.

Kak Kep memang jatuh cinta dengan view macam nih kalau road trip. Lovely.
Kak Kep memang jatuh cinta dengan view macam nih kalau road trip. Lovely.

Dalam 45 minit pusing, jumpa juga hotel tuh, lepas letak barang semua kat hotel. Kami gerak ke airport balik untuk pulangkan kereta. Cun cun patut kena pulang kereta jam 6.00petang. Kami sampai kat depoh jam 5.55ptg. Terer terer. Hahahaha.

Ibis Budget
Ibis Budget
My Favourite budget hotel
My Favourite budget hotel

Ada masa lagi, kami round dulu Geneve Aeroport, makan vegetarian pizza. Lepas tuh, ambil teksi balik semula ke Ibis tadi.

Please take note : Kalau korang book flight awal pagi departure from Geneve Aeroport. Make sure booking hotel juga. Kalau ada niat nak tidur di airport, lupakan saja niat suci murni itu. Hihihi. Sebabnya, malam airport tuh tutup. Semua kena halau. So better awal awal book hotel siap siap. Geneva memang terkenal dengan bandar persidangannya. Almost setiap weekend ada persidangan. Jadi hotel di kawasan sekitar memang cepat habis.

Sempoi. Hanya untuk tidur.
Sempoi. Hanya untuk tidur.

Kami sampai hotel balik lebih kurang jam 9.00 malam.  Setelkan anak anak dan zzzzzzz. Esok pagi dah book teksi seawal jam 5 pagi. Flight pukul 7:45am. Takyah beratur imegresen. Cuma bag drop.

Esok tu.. Kami sampai airport dlm 6 pagi. Teksi pun lambat. Jam 5.30 baru datang. Kami fly dengan easyjet. Boleh booking low cost airlines Europe ini di easyjet.com. Seperti sedia maklum memang kemain panjanglah queue kan? Kak Kep memang kurang kesabaran untuk beratur. Apa lagi time nih la kita gunakan skill dokong anak sambil cubit nak bagi nangis. Bila nampak kecoh dan havoc macam tuh, maka staff easyjet menolak troli kami terus ke fast lane. Hehehe.

Kesekian kalinya taktik ini sentiasa menjadi. Hahaha. Tapi bukan la cubit kuat kuat. Kejam sangat tuh. Kadang kadang memang diorang sendiri dah bising bising penat. So yang besar tuh kita dokong. Drama mesti lebih sikit.

Alhamdulillah. Flight tak delay walaupun hujan. Hujan renyai renyai jek. Hehehe. Selamat sampai di Schiphol Airport, Netherland semula dan kami ambil teksi untuk ke Alex Apartment. Kak Kep memang tak berapa rajin nak mengkaji pengangkutan macam train semua tuh dengan anak anak. InshaaAllah, next kembara kami berdua suami isteri. Kami akan redah segala bas dan train.

Bye Bye Switzerland, Italy dan France. Jumpa lagi. Hehehe
Bye Bye Switzerland, Italy dan France. Jumpa lagi. Hehehe

Ok, soon Kak Kep akan sambung aktviti 2 hari kami di Amsterdam sebelum balik semula ke Doha. Stay tuned!!

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY