Kembara Kak Kep di Turki 2015 : Ankara – Cappadocia

Kembara Kak Kep di Turki 2015 : Ankara – Cappadocia

452
9
SHARE

Hari ini bangun super awal. Mengikut itinerary kami perlu sampai di Cappadocia lebih kurang jam 10 pagi. So, ikut Waze, dari apartment di Ankara ke Goreme (bandar kecil di Cappadocia yang menjadi tumpuan para pelancong dan tempat letaknya pelbagai jenis hotel) perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah.

Awal pagi Abam S dah call Cappadocia Cave Suite (CCS) untuk cek samada boleh check in awal atau tak. Alhamdulillah suite di raja kami takde orang stay, so memang dah get ready awal awal. Wah.. suite di raja? Hahaha. Kalau dengan anak anak pengembaraan akan spend kat hotel yang elok elok sikit. Bagi anak anak happy dengan bath tub jakuzi segala bagai. Seronok sikit. Kalau berdua, redah jekkk.. Tak kisah sangat.

Mak bapak anak anak semua tak mandi. Kejut awal jam 6.30 pagi terus masuk kereta. Gerak. Sarapan? Apa yang ada saja. Roti dan biskut. Lagi pun sepanjang jalan anak bujang dan anak dara nombor 1 sambung tidur. Anak dara nombor 2 seperti biasa maintain berkuntau. Dekat nak sampai baru dia tidur dengan asyiknya. Haihhh la anak.

Pemandangan sepanjang perjalanan? Tak boleh gambar dengan kata kata. Lebuhraya bergunung, tiba tiba ke kawasan tasik. Jalan betul betul tepi tasik yang tak nampak macam tasik tapi macam laut. Luas sangat. Tasik nih nama dia Tuz Golu. Asyik sangat sepanjang perjalanan. Memang tak sempat mengantuk.

Tasik Tuz Golu. Mengasyikkan.

Dah melepasi tasik sampai bandar kecil Aksaray, lagi sekali mata dijamu dengan gunung salji yang berbalam balam. Fuhhh. Sangat mengujakan. Si bujang yang dah bangun tidur terjerit jerit snow snow. Padahal baru jek semalam tuh main snow. Hihihi. Aksaray ke Goreme dalam 1 jam 15 minit.

Dari kejauhan Kak Kep agak ini ke arah Pamukkale. Haihhh. Kalau ada lagi 2 hari mesti kami dah sampai Pamukkale. Cantik kan?

Alhamdulillah. Sampai Goreme lebih kurang jam 10 pagi. Masalah lagi sekali muncul bila nak cari CCS tuh. Bukan apa, most of the hotels semua dalam gua, jalan pun berbukit sempit lalu celah belakang rumah orang. Tapi yang Kak Kep boleh agak, hotel yang harga agak mahal lokasi di atas bukit sebab kita bayar untuk view Goreme yang cantik tuh.

GPS dah ke laut. Waze pun ke laut. End up Google Maps yang bawa kami ke CCS dengan jayanya.

Nun di atas bukit sana. Susah benar nak jumpa kamu.

TIPS ROAD TRIP BERSAMA KAK KEP :

** Pastikan telefon pintar korang ada internet untuk 3G Waze, Google Maps dan sebagainya. Samada nak beli simkad local number atau nak roaming nombor telefon sedia ada. Up to you all. Macam Kak Kep dan Abam S, kami aktifkan Ooreedoo Pasport nombor Qatar. QR100 untuk 7 hari dengan unlimited calls ke mana mana seluruh dunia dan 1GB data internet. Untuk GCC countries ada bonus 2GB data internet. Sebelum aktifkan, pastikan negara tersebut Pasport cover. Macam hari tuh Kak Kep ke Hong Kong Ooreedoo Pasport tak cover Hong Kong. Dah menggelabah. Hahaha. Boleh cek negara Ooreedoo Pasport di SINI untuk orang orang Qatar.

** Pastikan semua alat navigasi dan telefon pintar dicaj penuh. Power bank tuh kalau boleh standby 2,3 biji. Make sure power socket kereta (yang untuk cucuh api rokok tuh, ape tah nama dia Kak Kep taktau) berfungsi dengan baik sebelum mulakan perjalanan. Penting tau benda nih untuk caj GPS. Sekarang kereta mostly ada USB port, so tak pening sangat. Make sure bawa kabel.

** Sebelum road trip pastikan aplikasi seperti Waze, Google Maps, Booking.com, Zabihah dan aplikasi lain yang memudahkan perjalanan korang dah siap di install sebelum naik kapal terbang. GPS juga update siap siap map di pc di rumah lagi. Jangan semua tuh nak buat bila dah sampai atau dalam perjalanan. Mesti gelabah. Dan tak ada masa pun untuk itu semua. Copy siap siap gambar di telefon atau di memory card kamera masuk ke dalam external disk di rumah. Jadi kalau memory dah penuh, tak hesitate untuk delete gambar yang lama dalam telefon tuh. Kak Kep pesan berdasarkan pengalaman. Stress oo kalau tengah syiok nak ambil gambar. Memory full. Adoi. Lesson learnt!

Pemandangan dari pintu masuk Cappadocia Cave Suite.

Akhirnya setelah 2,3 kali pusing, sampai juga kami di CCS nunnnn di atas gunung sana. Hihihi. Pekerja hotel pun nampak kami huru hara sangat maka dia served welcome drink kat dalam suite jek. Masuk bilik, anak anak terus penuhkan air bath tub dan berendam. Bagus juga tak mandi pagi tadi. Hahaha. Bila dah mandi, mula lah takmau keluar kan? Jenuh memujuk.

Hotel nih asalnya gua. Diukir sebegini dan ubahsuai untuk dijadikan bilik bilik hotel.
Love it to bits.
Bath tub dan jakuzi. Sebab tuh yang tak nak keluar anak anak syurga Kak Kep. Huhuhu.

Dah siap siap semua, lebih kurang jam 12.30 tengahari siap siaga nak pi cari makan. Perut pun dah keroncong. Tak pernah ambil tahu mana restoran yang best atau apa. Tengok jek restoran tuh ramai orang. Okeh. Jom pegi situ. Sedap kot. Hahaha. Lunch tengahari tuh ok. Jujurnya, Kak Kep tak berapa boleh telan Turkish food. Makan pun gitu gitu jek. Tak kisah lah. Bagus jugak. Tak lah makan banyak sangat. Hehe.

Pelbagai jenis roti akan dihidang as a starter. Tak minta pun dapat juga. Datang sekali dengan sambal tomato. Lapar kan? Habis sepapan roti kami pulun. Hahaha

Selesai makan, masa untuk jalan jalan pulak. Tadi on the way nak ke Goreme nampak satu tourist attraction iaitu Pigeon Valley. So, kami patah balik naik ke atas untuk ke situ. Cantiknya MashaaAllah. Anak anak suka sangat keluar masuk cave. Panjat turun naik bukit bukau. Lagi suka dari main snow. Pelik pulak Kak Kep. Hahahaha.

Pigeon Village. Yang bentuk bentuk macam sarang merpati tuh ialah rumah orang okeh. Satu bentuk batu satu rumah. Bertingkat tingkat. Macam rumah biasa. Ada hall, dapur, dining, bilik tidur.

Pemandangan dari salah satu balkoni rumah tadi

Kami melawat satu cave house. Surprisingly anak mak bapak ahli rumah tuh semua boleh cakap English. Wah. Sangat rare ok. Hihihi. Anak dia cakap, rumah tuh diorang memang tinggal kat situ waktu summer. Nice sangat rumah dalam gua. Ada tempat minum teh, tempat santai tengok tv. Kat bahagian atas bilik tidur. Cool sangat. Lebih kurang sejam di Pigeon Valley tuh kami gerak ke Panorama View. Panorama View nih boleh jumpa di tepi tepi on the way ke Goreme. Eh, taktau lah nak cerita macam mana cantiknya tempat nih. Boleh dikata yang korang macam berada di satu dunia lain. Sangat sangat unik dengan bentuk batu batu yang ada. Subhanallah.

On the way balik singgah Panorama View. Angin sejuk. Pekena Turkish Coffee. Layan habis.

Di sini juga Kak Kep telah beli beberapa biji seramik Turkish. Eh, kenapa tak membeli di Grand Bazaar? Spice Bazaar? Mmmmm tah lah korang, Kak Kep nih style beli dengan orang tak memaksa. Harga tak berapa kisah sangat. Even taktau pun harga sebab tak compare. Huhuhu. Beli dengan mereka yang tak memaksa buat kita lagi selesa. Softsell yay. Hardsell? Nay nay nay. Hehehe.

Di sini juga si anak dara nombor 2 telah makan aiskrim dan tumpah penuh baju. Macam tuh la korang bila berjalan dengan budak budak. Balik ke CCS semula. Tukar baju bagi mandi semua. Petang sikit keluar balik ke Pasabag. Di sini ada Monk Valley atau mushroom-shaped fairy chimneys. Bentuknya yang unik adalah salah satu hasil hakisan angin. Lagi sekali budak budak suka sangat panjat sana sini takmau balik. Sabar jek lah. Hahaha.

Mushroom Valley / Monk Valley di Pasabag

Ada juga menyelit di kaki. Baru nak fefeeling pengantin baru. Hahaha.

Dah semakin petang, takmau balik pun kena balik jugak kan? Kami tak balik hotel terus. Sebaliknya parking kat pekan Goreme dan jalan jalan cari makan area situ. Ramai juga orang Malaysia yang kami jumpa. Tapi yang paling ramai tentulah Korean. Pelik jugak merata rata jumpa Korean. Cuba korang google kenapa Korean suka sangat ke Cappadocia? Hahahaha. Korang pulak kena google kan? Hahaha.

Kami makan malam di salah satu restoran yang kami terjah sesuka hati jek. Menu selamat Kak Kep adalah chicken wing dan Abam S konon nak cuba local food. Lepas tuh menyesal. Hahahaha. Sambil tunggu makanan sampai Kak Kep jalan ke kedai depan tuh cari fridge magnet 3,4 ketul.

Local food dish. Dia datang buka penutup tuh dengan pedang hokayy.. Ko hado? hahaha

“Alamak, sikitnyerrrr.. mana kenyang”, Abam S .. Hahahaha. Nasib badan.
Kedai souvenir depan restoran kami makan.

Balik ke suite lebih kurang jam 9 malam. Anak anak memang penat dah dok berlari sana sini seharian. Lepas mandi (suka sangat mandi, berkali kali hah.. hahahaha) masing masing dah layu terus tidur. Paling sedih patutnya nak try Hot Air Balloon esoknya. Tapi tadi dah confirmkan dengan satu company hot air balloon dia cakap its 100% confirm semua balloon tak operate esoknya sebab too windy. Huwaaaaaaaa… tak dapat fefeeling Manisnya Cinta Di Cappadocia. Hukhukhuk.

Maka terpaksa lah kami tukar plan esok pagi pagi ke Goreme Open Air Museum. Anak bujang nak sangat ke museum. Lagi sekali pelik. Hahaha. So, esok another long day. Itinerary lepas museum kena terus gerak balik ke Istanbul dengan 7 jam perjalanan. Huhuhu.

Sebelum tidur, jangan lupa naaaa.. “dos” wajib untuk bangun lebih fresh dan segar untuk perjalanan panjang esok. Fuhhh..

jht dan oste

Jumpa esok. Daaaaaaa..

9 COMMENTS

  1. kak kep, selamat tak kalau kita sewa kereta di turki.
    in syaa Allah, saya akan ke sana bulan december 2016.
    dari antartuk airport terus nak ke cappadocia. minta cadangan kak kep.

    • InshaaAllah selamat. Orangnya baik baik nak menolong cuma tak tau ckp English, cuma satu pesanan. Minyak sangat mahal. Kereta sedan full tank RM270 sekali isi. Huhuhuhu

LEAVE A REPLY