Kembara Kak Kep di Turki 2015 : Big Tree, Inkaya & Main...

Kembara Kak Kep di Turki 2015 : Big Tree, Inkaya & Main Salji di Uludag, Bursa

933
2
SHARE

Anak anak memang penat sangat. Jenuh juga nak kejut awal pagi. Tapi kena kejut jugak. Datang jauh jauh takkan nak layan tidur pulak kan? Lepas siapkan anak anak, pack semua barang kami pun gerak dari Araz Apartment nak menuju ke Uludag. Alhamdulillah, cuaca menyelebahi kami. Cerah dan tak panas sangat. Elok elok dan sedang sedang sahaja.

Ibrahim tuan punya Araz Apartment yang sangat baik hati tuh bagitau kalau dah alang alang sampai ka situ kami wajib kena tengok Big Tree kat Inkaya. Cuma 5 minit drive dari apartment naik ke atas bukit. Sesat barat juga sebab bukan faham signboard dalam bahasa Turki. Turun tanya satu owner kafe, bersungguh sungguh dia explain. Yang nyata tak faham pun. Hahaha. Takpe lah, buat buat faham. Hahaha.

 

Turun balik dari atas bukit tuh, jumpa pakcik jual strawbery segar bugar. Sedapnya. Yummy. Tak boleh tahan. Kak Kep terpaksa beli. Tunjuk tanda tangan 10 jari sebab cuma nak 10 biji. Dia belasah pegi bagi 10TL. Jenuh nak makan. Satu plastik besar. Sabar jek lah. Hahaha.

 

photo(3)Tanya lagi sekali pakcik tuh tempat Big Tree tuh, dia tunjuk cuma naik atas bukit sikit sebelah gerai dia jek. Naik atas tuh terus jumpa. Memang tourist attraction Big Tree Inkaya nih. Dah ada ramai tourist dok amik gambar dan ada kafe kat situ untuk breakfast. Maka kami pun layan Turkish Breakfast kat kafe tuh. Not bad. Portion besar. Roti, telur rebus, sayur sayuran dan pelbagai jenis cheese. Seperti biasa Abam S dengan Turkish Coffee nya. Cawan kecil jek. Tapi menyengat. Hahaha.

 

 

Makan pun tak berapa nak kenyang memandangkan si Hajna Mezayra dok berlari sana sini. Gilir gilir makan lebih kurang asal boleh jek. Jadiklah. Breakfast adalah standard. Takyah tengok menu nak order. Semua sama. Seorang dicaj 20TL termasuk Turkish tea yang sedap. Turkish Coffee harga lain. Hehehe. Lepas dah huru hara kat situ dan ambil gambar dan beli sedikit souvenir, maka kami pun ready untuk gerak ke Teleferik untuk naik ke Uludag. Masa untuk main salji. Yeahhh.

Untuk memandu di Turki, skill kena tinggi. Satu bab jalannya yang berbukit bukit. Bukan sikit sikit punya. Memang jenis menjunam tuh. Hahaha. Nasib baik kami tak sewa kereta manual. Sewa automatik jek senang. Effortless. Hehehe.

Dari Big Tree, Inkaya ke Teleferik dalam 20 minit memandu. Alhamdulillah sampai Teleferik lebih kurang jam 12 tengahari. Takde orang. Beli tiket pun tak perlu beratur panjang.

 

Bayaran untuk Teleferik nih adalah 30TL untuk dewasa dan 20TL untuk kanak kanak berumur 7-12 tahun. Total kami bayar adalah 80TL. Mesti tertanya tanya kan, apa kebenda la Kak Kep dok Teleferik Teleferik dari tadi nih. Teleferik nih kereta kabel. Cuma di Langkawi kita panggil kereta kabel Gunung Mat Cincang. Di sini di panggil Teleferik Uludag. Fungsinya sama, iaitu bawa kita naik ke atas gunung. Bezanya, di Langkawi boleh layan view hutan laut dan sebagainya dan Teleferik sebaliknya offer untuk main salji di gunung free flow. Hahaha. Duduk lah berapa lama pun nak main salji. Sampai beku keras kejung pun takde hal. Hahaha.

 

Anak anak bukan main seronok lah kan? Yang si kakak dah excited nak buat Frozen. Dah cakap abah dgn abang Kristoff. Hahaha. Kak Kep jek sorang sorang penakut nak naik kereta kabel nih. Sebab dah kena kat Langkawi, pejam mata sampai atas. Penakut yang amat. Hahaha.

Surprisingly, kali nih enjoy jek.. tak saspen sangat. Hahaha. Maybe sebab view snow kan? Tuh yang excited melebih dari budak budak. Hahahaha. Dari atas dah boleh nampak bandar Bursa yang sangat padat. Makin tinggi naik ke atas dah start nampak snow patches dan makin dekat dengan stesen makin tebal salji. Suka sangat lah semua kan? Jakun! Hahaha.

Dari bawah sehingga ke puncak ambil masa lebih kurang setengah jam. Uludag (sebut Uludaah) memang terkenal dengan aktiviti ski dan snowboarding. April memang sesuai untuk mengunjungi Uludag memandangkan suhu tak sejuk sangat dan masih ada salji. Kalau visit Turki Disember atau Januari takyah susah susah nak panjat Uludag. Tepi jalan pun bersepah salji. Hahahaha. Tapi sejuk beku tuh yang tak boleh tahan. Huhuhu.

 

  

Sampai atas.. mulut anak anak dah fuyohhhh fuyohhhhh.. Hahaha.. Memang dah tak menyempat nyempat. Tak sabar sangat dah nak buat Olaf. Tapi bukan senang oooo nak buat Olaf. Hahaha. Seperti biasa lah kan, kalau dah anak anak Kak Kep tuh, drama memang kawan baik kami. Si kecik nak berdukung. Takmo main snow. Si kakak dok gaduh sejuk sejuk. Hahaha. Lama jugak main. Dalam sejam habis semua kasut basah. Kaki pun beku. tangan takyah cerita lah kan? Hahahaha.

Olaf tak kesampaian. Hahaha

Secara jujurnya, main salji nih memang enjoy sejam dua yang pertama saja. Bila lama lama sejuk sangat dah jadi miserable. Al maklumlah orang Asia yang tak biasa sejuk sejuk nih kan? Huhuhu.

Tips untuk anak anak main salji :

** Pastikan anak anak berpakaian lengkap untuk main salji. Boleh tahan sejuk dan tak basah. Kak Kep, dah pakaikan thermal wear utk anak anak. Lepas tuh baju biasa dan jaket bubble gemuk tuh. Sarung tangan, wool socks dan tutup kepala. Tapi budak budak nih ada yang nak melawan tak nak pakai topi tuh. Tak kisah lah. Janji korang jangan complaint sejuk.

** Kasut memang sangat penting. Kalau boleh pakaikan kasut but getah yang orang bawak turun sawah tuh. Lagi selesa dan tak basah. Kalau kasut biasa memang basah kecuali waterproof. Kasut si bujang memang basah habis. Si kakak pun sama. Tapi gigih jugak main. Sampai dah tak tahan sejuk sangat barulah mengalah. Like I said before, lama lama memang dah jadi tak best. Hahaha.

Lebih kurang 2 jam kami bersalji, sebelum balik pekena chai (teh tarik) kat gerai dulu. Lepas tuh terus turun balik ke stesen Teleferik di bawah. Jauh lagi perjalanan kami nih. Hihihi. Kami akan gerak ke Ankara (setengah perjalanan untuk ke Cappadocia) dan bermalam di situ. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Mesti pelik kan? Masa bila laaa depa nih makan. Asyik drive saja. Hahaha. Memang macam tuh kembara Kak Kep. Makan ikut mana sempat. Tapau dalam kereta. Roti, biskut, buah pun boleh. Kalau beria duduk lepak di restoran jadi lambat. Kami sentiasa mengejar masa. Hahahaha.

Perjalanan ke Ankara hari masih siang. Jadi dapatlah menikmati pemandangan yang sangat cantik sepanjang perjalanan. Best sangat.

photo 3(1)Sedikit info, Ankara adalah bandar kedua terbesar di Turki selepas Istanbul. Ia adalah pusat pentadbiran Turki. Kira macam Putrajaya. Terletak di tengah Anatolia, Ankara merupakan pusat perhubungan yang penting dan kedudukannya strategik di antara lebuhraya Turki serta jaringan keretapi seluruh Turki.

photo 1(1)

Di Ankara, boleh nampak banyak bangunan pencakar langit dan moden tak seperti bandar lain yang lebih tradisional dan jenis bangunan lama dan sejarah.

photo 4photo 2

Salah satu sebab Kak Kep suka pilih road trip kerana dapat kenal dan nikmati banyak bandar dan kawasan kawasan yang bukan menjadi tarikan pelancong sangat. Jadi lebih banyak info dan maklumat berkaitan negara tersebut yang kita boleh tau.

Sangat sangat berbaloi. Korang patut cuba Road Trip seluruh Turki. Sangat best!!

Cinch Tea Shaklee
Road Trip? Pastikan ada serbuk ajaib elak mengantuk nih.. Highly recommended.

Kami sampai di Ankara lebih kurang jam 7 petang. Terus ke apartment yg dah disewa melalui booking.com iaitu Konsep Cankaya. Tapau pizza dari kedai area situ. Makan dan tidur. Sebelum tidur tak lupa vitamin utk bangun rasa kuat dan segar. Huhu. Esok pagi lagi sekali kembara bersambung ke Cappadocia. Weaaaaaa..

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY