Kembara Kak Kep di Turki 2015 : Doha HIA – Istanbul Sabiha...

Kembara Kak Kep di Turki 2015 : Doha HIA – Istanbul Sabiha Gokcen SAW – Bursa

237
2
SHARE

Akhirnya, hari yang di nanti nanti dah tiba. Chewahhhh.. Bunyi macam orang tak pernah gi bercuti kan? Hahaha.. Abam S dah booking driver untuk hantar kami satu family ke Hamad International Airport (HIA) seawal jam 6.30 pagi.. Flight kami QR241 jam 9.55 pagi. Tapi seperti sedia maklum memang akan jadi lambat 15 atau 20 minit. Sebab tuh kena booking lebih awal.

Driver sampai so kami pun load barang. 2 check in luggage dan 2 cabin luggage. 1 luggage hanya untuk kamera dan jaket yang nak pakai once sampai Istanbul dan satu lagi beg galas untuk keperluan susu dan baju salin anak anak. Memang berbaloi hand luggage hadiah dari company kesayangan Abam S. Effortless sangat. Hayfa Medina yang umur 3 tahun pun boleh tolak dan boleh main main lagi. Nanti Kak Kep bagi tips untuk beli luggage yang sempoi nih.

Belum apa apa dah berlaku drama swasta. Baru 10 minit perjalanan ke HIA. Hajna Mezayra telah muntah dengan sangat sangat sangat banyak penuh atas baju Kak Kep. Aduihhh.. Tak pernah anak anak Kak Kep muntah muntah macam nih.. Kak Kep agak perut dia tak berapa elok atau masuk angin sebab bangun seawal 5.30 pagi tadi terus dia minum sebotol susu.

Lepas dia muntah banyak tuh sepanjang perjalanan sampai ke HIA memang asyik dok mengelap muntah dia jek la. Baju dan tudung Kak Kep memang kaw kaw punya kena muntah dia. Nasib baik sekali tuh jek. Sepanjang tuh kat airport dan dalam flight memang dah menggeletis seperti biasa. Hahaha.

Di Hamad International Airport, Doha. Menunggu untuk boarding.

Sebelum take off pun, lagi sekali drama swasta berlaku. Elok jek flight reversed nak take off, nampak stewardess dok berlari terkejar kejar bukak pintu kokpit.. Aduih.. Saspen lagi.. Dah la macam macam hal bab kapal terbang nih lately kan? Taknak sebut lah.. Mintak dijauhkan. Sebab Kak Kep duduk depan maka dengarlah conversation antara chief cabin crew dengan pilot. Rupa rupanya ada passenger yang sakit. Nasib baik dia bagitau awal awal dia sakit so boleh lah buat apa yang patut. Kalau dah fly baru dia cakap, kang kena emergency landing ke hape. Lagi problem kan? Lepas passenger tuh dah turun, maka get ready untuk fly balik. Sejam juga berkuntau dengan si Hajna Mezayra sejam sebelum take off tuh. Fuhhhh.. Sabar sabar..

Elok jek take off, si cinonet pun tidur. Lega.. Fuhhh. Bergilir lah Kak Kep dan Abam S makan. Flight was so smooth. Cuma time nak landing jek, ada sikit terbulence. Maybe sebab flight kecik, so terbulence sikit sikit pun terasa sangat.

Landing kat Sabiha Gokcen International Airport jam 3 ptg. Laju laju kami jalan ke immigration sebab dah kena kat airport Ataturk dulu, beratur panjang gilerrr untuk cop pasport sampai lenguh kaki. Sekali time nih, kosong. Terkejut giler. Tak payah beratur langsung. Terus berjalan sampai depan kaunter. Huhu. Rezeki.

Safely landed at SAW (Istanbul Sabiha Gokcen Airport)

Keluar airport rental car staff dah tunggu dengan sign nama Abam S. Terus ke ofis Thriffty Car Rental Services. Uruskan bab sewa kereta. Maka kami pun terus gerak ke Bursa. Fuhhh.. What a long day kan? Tapi macam tuh la Kembara Kak Kep. Kalau tak kelam kabut tak nama kembara la.. Hahaha..

Ikut GPS ke Araz Apartment di Bursa akan ambil masa lebih kurang 3 jam. The best part is, kami akan naik feri dari Istanbul ke Bursa. Weaaaaa.. Excited bukan main si bujang. Bayaran untuk naik feri adalah 60TL sehala. Kalau pergi balik 110TL. Tapi kami cuma ambil sehala sebab balik nanti kami takkan naik feri lagi.

Ferry to Bursa
Anak bujang sangat happy.

 

Turki nih memang dari satu bandar ke satu bandar ada beberapa yang kena naik feri. Feri macam feri Pulau Pinang tuh. So merasa lah naik feri di negara orang pula. Sejuk takyah cerita lah kan? Beku!! Keras kejung. Anak bujang bukan main happy. Siap nak teropong bagai. Naik feri lebih kurang 30-40 minit kami sampai dan teruskan perjalanan ke Bursa. Jauh juga. Lebih kurang sejam setengah.

Ada cerita menakutkan sebenarnya perjalanan nak mencari Araz Apartment nih. Tapi yang tuh cerita dalam entry lain ekk.. Boleh tahan jugak mencabar jugak nak cari apartment sebab kawasan berbukit bukit dan GPS memang dah merepek dah jalan yang dibawaknya maka Kak Kep guna waze pulak ikut location yang dishare dek owner Araz Apartment iaitu Ibrahim.

Acara paling ditunggu. Lompat katil. Hehehe

Akhirnya, sampai juga kami setelah sesat barat dgn perjalanan yang berliku dan scaryyyy yang amat. Huhuhu. Sampai lebih kurang jam 10 malam, makan lebih kurang, anak anak semua siap mandi terus tidur. Esok another long day. Nak main snow. Anak anak dah tak sabar. Fuhhhh..

Selfie satu kali dengan anak bujang. ;-)

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY