Kembara Kak Kep di Turki 2015 : Goreme Open Air Museum &...

Kembara Kak Kep di Turki 2015 : Goreme Open Air Museum & Road to Istanbul

333
4
SHARE

Lagi sekali kena bangun awal. Eh, kembara huru hara Kak Kep nih ade ke yang boleh bangun lambat? Macam tak de jek kan? Hahaha.. Tapi tuh la, kalau mak bapak bangun awal pun, anak anak tuh liat jugak nak kejut. Mana tak hari sebelum melompat sana sini tak tau penat. Memang tak ada istilah anak anak nap semua. Memang habis habisan kena buli dengan mak bapak diorang. Kesian! Hahaha.

Jam 8 pagi semua dimasukkan dalam bath tub. Dari mata pejam dengan baju tidur terus celik luas bila sedar dah ada dalam bath tub. Kalau tunggu nak celik sendiri memang lambat lah kan? Jam 9 pagi semua dah siap and ready untuk complimentary breakfast.

Cheese spread
Olive di mana mana. Hanya cereal pilihan Kak Kep dan anak anak. hehehe

 Again, Turkish breakfast memang tak berapa kena dengan tekak Kak Kep. Yang boleh telan, cereal yang untuk budak budak. Hihihi. Yang tuh la yang Kak Kep makan. Roti makan sikit sikit. Bagi peminat cheese mesti happy. Pelbagai jenis cheese disediakan. Nasi lemak? Dalam mimpi. Hahaha.

Selesai makan, sementara tunggu pihak hotel transfer luggage ke kereta, sempat Kak Kep posingkan barang barang dagangan. Hahaha. Apa yang dimakan sepanjang kembara memang sangat bagus dan Kak Kep ambil kesempatan untuk posingkan mereka di Cappadocia. Gittewww.

  Jam 10 pagi tepat kami gerak dari hotel untuk ke Goreme Open Air Museum. Cuma 5 minit drive dari pekan Goreme. Bye bye Goreme. Sedih pulak nak tinggalkan pekan yang aman damai ini. Dalam masa sama terkilan tak dapat merasa hot air balloon. Dah la tak dapat naik. Tak dapat ambil gambar pun. Huhu. Sadis. Tapi takpe, mungkin disimpan untuk Kak Kep datang dengan Abam S berdua duaan feeling feeling honeymoon kan? Hihihi.

Sampai di Goreme Open Air Museum orang dah ramai. Angin memang kuat sangat. Patut sangat hot air balloon semua tak operate. Kalau operate silap silap sampai ke Istanbul dibawaknye. Hahaha. Hover tau.

Kalau dengan anak anak, ini gambar paling terbaik dapat capture. Huhu

Abam S beli tiket hanya untuk dewasa. Kanak kanak masuk percuma. Orang dah start ramai. Semua orang ambil kesempatan datang awal sebab cuaca ada ciri ciri nak hujan.

Harga tiket masuk Goreme Open Air Museum : 20 TL untuk seorang dewasa. Kanak kanak adalah percuma

Waktu beroperasi : 8 pagi hingga 4.15 petang

  Goreme Open Air Museum adalah salah satu tapak warisan UNESCO semenjak tahun 1984. Goreme Open Air Museum adalah salah satu dari dua tapak warisan UNESCO di Turki. Di sini boleh lihat koleksi gereja gereja gua yang dilukis dinding dan silingnya. Paderi Kristian Ortodok pada zaman 1000-1200 sebelum masihi ukir gua gua dari batu gunung berapi dan hiaskan gereja gereja tersebut dengan hiasan ala Byzantine.

Lembah dan penghuni gua di Cappadocia telah berhabitat sejak zaman Hittite tetapi Goreme dikenali sebagai gereja yang berusia bertahun lamanya.

Itu lah serba sedikit kisah muzium ini. Dulu dulu sebelum Kristian diterima oleh penduduk di sini. Maka gereja gereja ini merupakan tempat mereka menjalankan upacara secara sembunyi sembunyi. Kira tertutup la.

Suka sangat anak dara nombor 2 lari sana sini

Kalau musim sejuk dan awal musim bunga sesuai melawat muzium ini pada bila bila masa tapi kalau waktu musim panas seeloknya lawati muzium ini awal pagi sebab panas. Kalau panas sangat tak enjoy. Hehehe.

Waktu kami sampai, dah ramai orang. Mungkin sebab semua tak dapat naik belon panas maka ubah schedule pegi muzium ramai ramai. Hehehe. Again, anak dara nombor 2 happy sangat. Tak terkawal. Dah lah lembah gaung. Dia lari sesuka hati. Kesabaran kesabaran. Layan abang masuk cave cave tuh (dia suka sangat, pelik!.. Hahahaha) lebih kurang sejam kami pun get ready untuk perjalanan yang panjang balik ke Istanbul. Fuhhh..

Family picture terbaik yang berjaya dicapture. Hihihi

Masuk kereta, get ready dengan ipad, dengan air dan biskut serba sedikit maka terus jalan. Si kakak lepas setengah jam dah tidur. Lama juga dia tidur. Lega. Si adik, memang berkuntau memboloskan diri dari car seat. Cabaran betul bab nih. Si abang kejap layan game ipad kejap tengok pemandangan. Si bujang nih memang susah nak tidur.

Boleh nampak kehuru haraannya? Tapi Kak Kep ok jekkk.. hihihi.. 7 jam perjalanan. Fuhh..

Sampai dekat kawasan gunung gunung masih ada snow patches. Menjerit la member. Nak snow lagi nak snow lagi. Lorrrr. Hari tuh dah taknak. Tiba tiba nak balik. Macam macam. Lebih kurang 3 jam setengah memandu kami berhenti untuk makan dan meregangkan urat di RnR. Nama dia Kocalar Station. Hihihi.

  Abam S dok saspen sebab nampak ada orang cuci kereta. Dia dok takut tak sempat kot orang tuh nak cuci kereta. Kita singgah kejap jek. Sebenarnya cuci tuh kejap sangat. 10 minit jek. Tak perlu bayar. Kira servis oleh tuan punya RnR tuh kot. Yang best tuh, dia ikat paip air dengan penyapu sekali jalan sental dan basuh. Kereta ko calar? Ada aku kesah? Dah nama pun KoCalar kan? Hahaha. So bersedia. Kereta sewa kami pun kena. Mercedes C Class 180? I just don’t care. Hahaha.. Tak belek pun calar ke tak.. terus drop jek kereta tuh harituh.

Can you spot the penyapu? Hahaha

Lepas makan.. anak anak meregangkan urat kejap di playground. Tapi sejuk sangat. Tak boleh tahan. Jadi tanpa membuang masa perjalanan diteruskan.

Subhanallah. Allah Maha Besar. Awan kepuk kepuk macam tuh. Ya Allah. Cantik sangat.

  Dari RnR nak ke Istanbul dalam 3 jam lagi. Subhanallah. Cantik sangat. Tak tergambar dengan kata kata. Tiba tiba lalu gunung ganang. Hujan sikit. Foggy teruk. Tak nampak apa apa. Sekejap jek. Lepas turun dari bukit dah ok. Tiba tiba jumpa tasik pulak on the way. Aduhaiii.. Sepanjang jalan mulut dok memuji kebesaran Allah SWT. Sangat sangat terpegun dengan ciptaan Dia.

 

Semakin menghampiri Istanbul, trafik semakin sibuk dan dah mula nampak rumah rumah dan bandar kecil yang padat. Kami tiba di ofis Thriffty Rent A Car lebih kurang jam 6.30 petang. Hujan renyai membasahi Istanbul. Ofis Thriffty lokasinya di sebelah Asia. Maka kami ambil teksi dari Asia Istanbul ke Eropah Istanbul sebab hotel yang kami sewa hanya 500 meter dari Sultanahmet. Perjalanan lebih sejam. Memang jauh jarak antara 2 airport nih.

Trafik sangat teruk. Jadi taxi driver minta kebenaran untuk bawa kami ke sebelah Eropah dengan feri bukan melalui jambatan. Kami setuju sebab kami pun dah tak larat nak berlama lamaan dalam teksi. Harga teksi memang mahal. Sebab jauhnya lebih kurang KLIA ke Rawang. So kami bayar 160 TL (RM220) termasuk bayaran feri. Memang lebih kurang harga macam nih bergantung trafik.

Anak anak excited dapat naik feri. Rasa mcm feri Penang pulak. Hahaha. Sejuk yang amat sangat. Tak boleh tahan. View malam yang sangat cantik untuk kedua dua side. Subhanallah. Memang tak salah pilihan guna teksi sebab hotel cuma seberang pelabuhan feri jek. Tapi yang jadi masalah bila teksi tak boleh drop off betul betul depan hotel sebab jalan ke hotel ditutup untuk laluan tram. Haaa sudahhh.. Driver taxi pula dari sebelah Asia. Kurang arif selok belok jalan berliku area paling sibuk nih.

Sudahnya, taxi driver call receptionist Sirkeci Mansion hotel dan 2 orang staff hotel menunggu kami di satu simpang. Lawak sangat part nih. Yang nih akan cerita lebih dalam review hotel nanti. Hihihi.

Staff 2 orang tadi angkut beg kami ke hotel lebih kurang 100 meter. Sampai terus check in dan letak beg maka misi kami mencari dinner. Dah tak boleh telan dah Turkish food. Maka try google restoran Asia kot kot ada kat area kami stay.

  Alhamdulillah, ada kawan dari Doha suggest The New Asian Restaurant di area Sultanahmet yang menunya adalah makanan yang kena tekak kita orang Malaysia. Boleh dikatakan restoran makanan Malaysia di Istanbul. Boleh jalan kaki jek from hotel. Jalan punya jalan. Naik bukit pulak tuh. Fuhhhh. Sesat jugak. Hahahaha. Jalan tak sampai. Call orang restoran. Dia suruh kami stay jek kat tempat yang kami lost tuh, dia datang ambik. Tu diaaa service. Tak sampai 5 minit ada sorang mamat muka sangat jambu datang kat kami yang sangat baik hati bawak kami ke kedai tuh. Lega.

 

Nampak sangat dia suka budak budak. Beria dia nak dokong si kecik tapi si kecik jual mahal. Sudahnya dia jalan sambil peluk bahu si bujang. Bagus betul. Kami sampai terus order. Mee goreng mamak. Nasi goreng ikan masin. Ayam kunyit jadi pilihan. Fuhhhh.. Walaupun tak sama rasa dengan original. Tapi sangat ok dah kalau nak dikira. Dah berapa hari tak jumpa makanan macam tuh kan? Lega..

Dah siap makan dekat jam 11 malam. Tak kuasa dah Kak Kep nak berjalan lagi. Maka ambik keputusan naik teksi jek walaupun dekat. Tak larat dah nak jalan. Huhuhu. Balik hotel, setel apa yang patut, telan ubat kuat untuk bangun lebih fresh esok dan terus ke lalalalaland.

Esok hari terakhir. Semoga baik baik saja.

4 COMMENTS

    • Restoran Malaysia celop. Hihihi. boleh laa nak try. ayam kunyit sedap. mee goreng mamak not recommended. Hehehe.. Restoran nih kat area sultanahmet.. dekat sangat dengan Haigha sofia. Walking distance. Cuma confused sikit. Boleh google New Asia Restaurant Istanbul. Ada ctc#. Kami arituh siap dijemput staff restoran sebab sesat. hehehe.

LEAVE A REPLY