Kembara Kak Kep di Turki 2015 : Sultanahmet, AyaSofya, IST – DOH

Kembara Kak Kep di Turki 2015 : Sultanahmet, AyaSofya, IST – DOH

332
4
SHARE

Rancangan asal nak bangun awal untuk ke Sultanahmet by 8-9 pagi. Kalau awal ada juga peluang nak masuk AyaSofya. Tapi malangnya anak anak liat sangat nak bangun. Penat sangat agaknya. Makanya, jam 10 pagi baru keluar ke AyaSofya. Dari hotel kami Sirkeci Mansion berjalan kaki ke Sultanahmet dalam 700 meter.

Sultanahmet & AyaSofya

Memang betul macam dalam website Booking.com yang kata Sultanahmet dan Sirkeci Mansion boleh jalan kaki saja. Thumbs up Booking.com .. hehehe.. Memang hotel ini sengaja dipilih sebab dekat dengan Sultanahmet. Kisahnya kami nak repeat balik area situ sebab tahun lepas transit 12 jam di Istanbul tak dapat ambil gambar dan round habis habis sebab hujan.

ayasofya
AyaSofya di belakang sana

Tapi tengok weather forecast malam sebelum tuh cakap hujan jam 10 pagi hingga ke petang. Alhamdulillah, rezeki kami. Tak hujan malah bright sunny day. Cantik sangat bila amik gambar. Sampai situ dah 10.15 pagi. Hmmmm.. memang takde harapan dah nak masuk AyaSofya. Panjang gilerr beratur. Tambah lagi dengan anak anak yang lari sana sini. Memang Abam S takkan nak masuk lah kan? huhuhu.

blue mosque
Majestic Masjid Biru

Grand Bazaar

Kami ke Grand Bazaar lepas selesai ambil gambar di kawasan sekitar. Bazaar yang mempunyai lebih 3000 kedai di dalamnya yang menjual pelbagai cenderahati dan barang keperluan harian penduduk Turki. Memang tak terdaya nak habis semua. Cuma pusing dalam 10-20 kedai. Tuh pun dah give up. Huhu.

Naik tram dari Sultanahmet ke Grand Bazaar cuma satu stesen dengan bayaran 4 TL. Beli sedikit cenderahati buat kawan kawan dan keluarga kami balik ke hotel jam 1.30 petang. Jam 2 petang teksi sampai untuk hantar kami ke airport. Penerbangan balik ke Doha jam 5.45 petang.

grandbazaar
Tram ke Grand Bazaar

Kak Kep dan Abam S memang sentiasa awal untuk ke airport. Sebab taknak kelam kabut di airport. Dengan anak anak, kalau kelam kabut memang sangat memenatkan. Kami pilih untuk rilek rilek jek check in, lalu security, imegresen dan sempat makan makan dengan santai.

Feri dari Eminonu ke Kadikoy

Kami minta pemandu teksi instead of guna jambatan untuk naik feri dari Eminonu (sebelah Eropah) ke Kadikoy (sebelah Asia) untuk ke airport memandangkan tak sempat untuk merasa Bosphorus Cruise. Anak anak dapat naik feri pun bukan main happy lagi. Tengok burung burung berterbangan tuh memang diorang teruja habis.

asianside
Asian side
ferry
Europe side

Alhamdulillah sampai Istanbul Sabiha Gokcen International Airport dengan gembira. Semua berjalan lancar dan kami tiba di Hamad International Airport jam 10 malam seterusnya ambil teksi pulangĀ  ke rumah.

sabihagokcen
Tempat paling happy -> Airport. Hahahaha

Letih? Memang letih dengan kerenah anak anak. Tapi sangat sangat enjoy. Bak kata Abam S, tak berseri gambar gambar percutian tanpa anak anak. Betul juga cakap dia. Macam macam peel tuh yang buat gambar gambar jadi cantik.

Bertenaga dengan Shaklee

InshaaAllah, akan ada banyak lagi percutian pada masa akan datang. Yang pasti untuk bercuti ala ala ‘Amazing Race’ macam Kak Kep nih memang korang sangat perlukan badan yang fit dan tenaga yang luar biasa. Hehehe. Maka, supplemen Shaklee sentiasa menjadi pilihan kami sekeluarga. Sebelum, semasa dan selepas bercuti. Kalau tak ambil memang flat. Tak boleh survived. Hehehe.

Review hotel, pengangkutan dan tempat tempat menarik akan dikupas dalam next entry okay. Muahhhhh..

4 COMMENTS

  1. wahh.. ni memang betul amazing race. nasib 3H baik2 je.. kakkep detail itinerary share la .. ngn bajet sekali.. baru la kakkep.com jadi one stop info centre.. tak yah kitorg yg pemalas ni buat planning bagai

      • Salam kak, sy nak pergi istanbul 2mlm je.. so ade cadangan cm ne nk booked pass istanbul museum and tempat menarik leh pergi. Thanks

        • Kalau 2 malam satu hari dah habis kat area sultanahmet dan grand bazaar, area situ aya sofia masjid biru semua kat situ. Aya sofia tak sure ada tiket online ke tak, tapi tgk ke beratur beli tiket memang panjang. Kami memang tak masuk museum2 nih, anak anak berlari sana sini tak boleh control. And diorang tak appreciate museum

LEAVE A REPLY