Kembara Korea 2015 : Day 1, Doha – Incheon – Itaewon, Seoul

Kembara Korea 2015 : Day 1, Doha – Incheon – Itaewon, Seoul

626
0
SHARE

** Matawang yang disebut di dalam semua entry Kembara Korea adalah dalam KRW = South Korea Won.

1 MYR = +- 303.00

1 QAR = +- 299.00

Kali ini kembara ke Seoul, Korea bersama sama rakan bisnes Kak Kep. Jangan salah sangka. Ini bukan trip yang ditaja oleh Shaklee, tapi trip yang dirancang bersama sama oleh sidelines dalam bisnes Shaklee.

Unik kan bisnes kami? Kalau multilevel marketing (MLM) mungkin ada yang bermasam muka dengan sidelines, tapi untuk kami, sidelines seperti adik beradik.

shakleeMLM
Kami sama sama ikut FREE Trip ke Los Angeles tahun lepas. Dan masih tetap seperti adik beradik hingga sekarang. Alhamdulillah.

Merancang percutian ini sejak Disember 2014, Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kak Kep cuma ambil keputusan untuk join rakan rakan yang terbang dari Kuala Lumpur pada Februari 2015.

Kak Kep terbang dari Hamad International Airport, Doha ke Incheon International Airport dengan tiket promosi dari Etihad Airways. Sangat berbaloi. Murah. Kak Kep cuma bayar QR2600 (RM 2566) untuk penerbangan pergi balik Doha ke Seoul.

Penerbangan akan transit selama 2 jam di Abu Dhabi Airport dan terus terbang dari Abu Dhabi ke Seoul yang mengambil masa selama 8 jam. Pengalaman terbulence yang agak kuat sepanjang penerbangan dari Abu Dhabi ke Seoul agak mencemaskan. Kak Kep tak boleh tidur langsung sepanjang dalam flight. Saspen punya pasal. Hahahaha.

Incheon International Airport, Seoul

Alhamdulillah dalam saspen tuh sampai juga ke Incheon International Airport jam 12 tengahari waktu tempatan. Kak Kep tunggu kawan kawan dari Kuala Lumpur lebih kurang 2 jam. Flight AirAsia X dari Kuala Lumpur touch down di Seoul lebih kurang jam 3 petang.

IMG_0064
Ingat dah beratur untuk imegresen. Rupanya baru nak tunggu train. Salute.

IMG_0070

Kawan kawan dah sampai kami ke homestay yang telah dibooking awal yang terletak di Itaewon dengan teksi limousin. Bayaran adalah sebanyak KRW 100,000. Kami kongsi untuk bayar teksi, jadi murah sikit. Hehehe.

IMG_0089
Homestay yang best.

Perjalan lebih kurang sejam untuk sampai ke homestay. Alhamdulillah homestay sangat cantik, kemas dan bersih. Tapi bilik air cuma satu. Hihihi. Maka, ada kejadian tengah mandi terpaksa keluar kejap untuk bagi ruang pada kawan yang lebih ‘terdesak’ kihkihkih.

IMG_0102Kawan kami Puan Lin Chalo (www.linchalo.com) yang membuat tempahan di SINI.

Bagi yang berminat, boleh buat tempahan di link di atas. Lokasi yang strategik. Restoran halal yang banyak dan kedai untuk beli barang keperluan pun tiada masalah. Berdekatan dengan stesen keretapi bawah tanah. Mudah untuk gerak ke mana mana.

Restoran Siti Sarah, Itaewon

IMG_0092
Itaewon banyak kedai barang antik. Peminat barang antik wajib duduk sini. Hehehe

Sementara tunggu tuan rumah sampai, Kak Kep bersama 2 rakan lain menjelajah Itaewon untuk cari dinner. Kami berjalan ke atas menuju ke arah masjid. Mengikut kata blog travel yang lain, banyak restoran halal di sekitar kawasan masjid. Memang betul.

IMG_0090
Betul betul lorong nak masuk ke masjid.
IMG_0091
Menu yang tersedia

Kami beli set nasi dan ayam bakar di kedai Siti Sarah. Hehehe. Kedai makan Indonesia yang menyediakan pelbagai menu nasi padang dan makanan Indonesia. Sedap. Highly recommended.

Masjid Besar Seoul (Seoul Centre Mosque), Itaewon

Selesai makan, kami bersihkan diri. Siap solat semua malam tuh kami berjalan ke masjid. Masjid ini adalah yang terbesar di Seoul dibuka pada 1976 dan menjadi tumpuan umat Islam dari serata negara.

Setiap kali solat Jumaat, jemaah yang hadir untuk menunaikan solat lebih kurang 800 orang. Majoritinya adalah orang Arab, India, Pakistani atau Turkish. Masjid ini adalah satu satunya masjid di pusat bandar Seoul.

masjid seoul

Di kawasan ini, korang boleh jumpa ramai warganegara timur tengah dan akan bertemu ramai orang Malaysia dan muslim seluruh dunia di sini.

Lebih kurang setengah jam, kami balik ke homestay untuk rehatkan diri. Esok ada agenda mendera kaki nak pusing Seoul. Sebelum tidur telan apa yang patut untuk kaki yang kuat esok. Hehehe.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY