Kembara Lebih Mudah Dengan Breastfeeding

Kembara Lebih Mudah Dengan Breastfeeding

207
0
SHARE

Ini cerita kembara mak mak. Hehehe. Kembara dengan anak kecil memang memerlukan tahap kesabaran dan skill lantak-lah-mak-tak-koser-nak-layan-ko yang sangat tinggi. Paling mencabar bila bawak berjalan anak anak yang umur lepas 2 tahun tapi belum cecah 4 ke 5 tahun nih. Ini adalah fasa semua benda yang kita sarankan semua diorang nak bantah dan nak ikut kepala sendiri. Betul tak? Hahaha.

Tapi Kak Kep takmau cerita bab tuh hari ini. Tapi nak cerita bab, betapa senangnya bawa anak anak bercuti bagi yang umur bawah 2 tahun. Sebab apa? Sebab tak payah fikir bab susu, botol susu dan flusk air panas dan segala lagi alatan nak bancuh susu.

baby breastfeedingDengan syarat, anak tuh mestilah menyusu badan atau breastfeed. Memang best sangat bawa anak yang umur bawah 2 tahun mengembara selain tiket flight pun tak kena caj (kecuali memang beli satu seat khas untuk dia).

Elakkan Sakit Telinga

Selalu yang menjadi kerunsingan mak mak yang nak bawa anak atau bayi naik kapal terbang adalah takut anak sakit telinga. Betul tak? Kalau jumpa doktor, doktor akan sarankan bagi hisap puting atau bagi anak kunyah apa apa. Memang! Ia adalah cara yang paling mudah nak elak sakit telinga.

Tapi bagi bayi yang tak biasa puting memang selalunya akan menolak. Cara yang paling mudah adalah susukan anak waktu nak berlepas dan landing.

Anak anak yang menyusu badan nih selalunya kalau kita ‘selak’ memang takkan menolak. Betul tak? Hehehe. Mudah kan? Anak tenang. Elak sakit telinga. Mak pun rilek tak perlu berkuntau semasa berlepas dan landing.

Breastfeeding Adalah Rahmat Semasa Mengembara

Bayangkan, Kak Kep nih memang style menjelajah seluruh negara dalam masa yang singkat. 8 hari kembara boleh touch and go 5 negara. Huhuhuhu.

Kebanyakan kembara Kak Kep mesti sewa kereta. Walaupun tak susah nak uruskan alatan nak buat susu botol, tapi dengan menyusu badan lagi mudah tau. Kak Kep memang malas nak fikir bab flusk air nak dapatkan air panas semua tuh. Hehehe.

On Demand. Anytime. Anywhere.

Paling best waktu kembara Sydney-Melbourne. Hayfa Medina baru 10 bulan. Memang lenggang kangkung habis. Tanpa perlu fikir gadget gadget nak buat susu.

sydney opera

Kami sewa motorhome. Bayangkan kalau tengah malam anak nak susu satu hal pulak nak meraba dalam motorhome yang gelap tuh nak buat susu kan? Bila breastfeed nih, senang! Nangis jek selak. Nangis jek selak. Hahahaha.

Naik feri di Sydney pun tak payah nak berangkut bakul susu. Dengan jaket tebal (waktu tuh Winter) bila nak menyusu, ‘sorokkan’ jek Hayfa Medina dalam jaket bubble tuh. Siapa pun tak perasan yang Kak Kep tengah menyusu anak. Hehehe.

Bersih. Suci. Selamat.

Itu yang paling penting. Tak payah risau nak basuh botol merata rata. Bila dah berhari travel nak kena basuh betul betul dengan air panas. Stim bagai kan? Leceh. Dah la Kak Kep nih stail travel sempoi jek. Takde nak angkut pencuci botol segala bagai. Tak suka nak menambah berat luggage dengan benda yang tak perlu.

Tak perlu risau susu tak elok ke ape ke. Memang sah sah breastfeeding nih anak dapat yang fresh dan selamat. Betul tak? Mak mak yang masih breastfeed tuh, ini lah masanya nak booking tiket flight atau nak rancang kembara ke mana mana dalam negara. Hehehe.

Mak Kuat. Anak Cergas.

Gadget gadget susu botol memang Kak Kep malas nak uruskan. Tapi, supplemen bagi Kak Kep tenaga untuk susukan anak sepanjang kembara memang takkan Kak Kep tinggalkan. Antara item paling awal yang difikirkan dan dimasukkan dalam beg. Takut tertinggal.

Sepanjang kembara, Kak Kep pastikan supplemen wajib iaitu B Complex, Vitamin C, pil Kalsium juga sumber protein tak boleh tinggal. Kalau tinggalkan semua nih memang tak keruan lah hati Kak Kep nih.

Untuk si bujang juga tak lupa bagi minyak ikan dan kunyah vitamin C supaya tak jatuh sakit semasa dan selepas kembara.

Kalau nak tau lebih lanjut bab supplemen nih, roger Kak Kep kat number di bawah naaa.. hehehe..

contact-details.002

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY