Kembara Dunia Kak Kep dan Keluarga Yang Semakin Menjadi Jadi

Kembara Dunia Kak Kep dan Keluarga Yang Semakin Menjadi Jadi

134
2
SHARE
Stamford Bridge - stadium tour ialah impian abg sepet. Jadi kenyataan. Alhamdulillah

Travel.

Mengembara.

Melancong.

Berjalan jalan.

Nama berbeza beza tapi tujuannya sama. Sejak kali pertama Kak Kep menjejakkan kaki ke luar negara melancong melihat negara orang, semakin lama jadi semakin ketagih. Kena pulak laki bini dua dua kaki berjalan. Makin menjadi jadi lah hobi kami.

Kami bermula dengan redah yang betul betul redah kasi pecah. Al kisah dapat tiket murah AirAsia X yang baru memperkenalkan laluan terus Kuala Lumpur – London terbang ke Stansted, UK dari LCCT (airport AirAsia waktu itu) dengan hanya bayaran RM4200 lebih kurang (4 dewasa 1 bayi) pergi balik pada waktu itu (sekarang laluan itu sudah dimansuhkan. Sedih.)

Tak masuk akal kan harga tu? Orang tak betul jek kot yang tak grab tawaran sebegitu rupa. Hahaha. Waktu tempah 6 bulan sebelum terbang secara jujurnya kami cuma ada duit untuk beli tiket tuh saja. Tapi memang redah kasi pecah. Yang lain lain fikir kemudian. Hihihi.

Dengan tukaran wang ringgit ke pound sterling yang 5 kali ganda tuh, memang sesak juga fikir. Tapi memang positif habis. Pasti boleh sampai dan pasti ada jalan. Hajat hati nak sampai London sebab ada kawan yang bekerja di BBC London. Jadi boleh lepak rumah dia. Nak di jadikan cerita, dia berpindah tempat kerja ke Al Jazeera English, Qatar 2 bulan sebelum tarikh kami ke London.

Menggelabah oi. Nak duduk mana? Hotel belum tempah. Apa pun tak plan. Survey punya survey, kawan tuh pernah motorhoming seluruh UK sebelum dia pindah ke Qatar.

Ting!!!! Mentol idea menyala nyala. Tiru trip motorhome dia jek lah. Lagi senang. Yeah. Bermulalah research dan survey sana sini oleh kami berdua laki bini.

booking online di www.justgo.uk.com
booking online di www.justgo.uk.com

Kerja Gila. Pertama kali ke luar negara. Sebelum tuh hanya dok di kampung dan ulang alik KL-Penang sahaja. Tiba tiba terus ke UK dengan penerbangan terus 13 jam. Sewa motorhome. Sewa campsite. Jelajah seluruh UK dari utara ke selatan.

Memang redah dan tak fikir punya orang. Hahaha. End up trip nih jadi best gila. Unforgettable trip. Dan ketagih dok mengulang motorhoming ke Australia pulak.

Lepas UK. Maka bertimpa timpa lagi pengembaraan kami sekeluarga ke seluruh dunia. Alhamdulillah.

lawatan sambil belajar di Old Trafford. hehehe.
lawatan sambil belajar di Old Trafford. hehehe.

 

Stamford Bridge - stadium tour ialah impian abg sepet. Jadi kenyataan. Alhamdulillah
Stamford Bridge – stadium tour ialah impian abg sepet. Jadi kenyataan. Alhamdulillah

 

Stoneghenge with tok. Hafiy still a baby. Comel.
Stoneghenge with tok. Hafiy still a baby. Comel.

Dan jangan ingat kami banyak duit dan kaya raya dapat berjalan merata rata. Kata kunci dia ialah NAK atau TAK NAK. Kalau NAK semua boleh jadi. Kalau TAK NAK macam macam alasan akan diberi.

Enjoy perjalanan pengembaraan Kak Kep, suami, anak anak dan seluruh keluarga ke serata dunia dengan blog nih. Be it jalan udara atau jalan darat. Follow blog kakkep.com ini untuk more info dan tips berkaitan mengembara dan melancong.

Rugi kalau tak follow tau.

INFO : Motorhome di UK kami sewa di http://www.justgo.uk.com

** Motorhome sangat bersih, well maintained, service tip top. Very recommended untuk tour motorhoming road trip di seluruh UK, Europe, Australia dan New Zealand. Terbaik!

Muchas gracias,

- Kak Kep -

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY