Makan Makan dan Cuti Cuti di Pulau Pinang Sempena Tahun Baru Cina

Makan Makan dan Cuti Cuti di Pulau Pinang Sempena Tahun Baru Cina

5953
9
SHARE
Rindunya. Huhuhu.Mee Goreng Thahir kegemaran Kak Kep.

Entry kali nih memang mengujakan Kak Kep. Semalam dok belek belek list plan entry yang Kak Kep dah buat sebelum nih then tengok tarikh 17 Feb. Wowwwww. Entry makan makan di Pulau Pinang. Sireh pulang ke gagang sangat kan? Hahaha..

Entry nih jugak boleh dikatakan jugak sebagai entry carik pasal. Terus rindu kampung halaman. Huhuhu. Dah la rindu kampung. Cerita pasal makan pulak tuh. Haihhh. Melampau betul. Hahaha. Korang yang kat Malaysia sempena Cuti Tahun Baru Cina apa kata jom jalan jalan Penang sambil pekena kat kedai makan yang Kak Kep suggest nih..

Ok lah tak nak cerita panjang. Kita teruskan ke agenda utama kita iaitu Jalan Jalan Cari Makan di Pulau Pinang. Kak Kep tak mau story yang famous famous macam Line Clear, Laksa Janggus, Pasembur Padang Kota. Tapi nak jalan jalan ke kedai atau gerai gerai yang dekat keliling rumah saja iaitu di kawasan Sungai Dua, Kepala Batas dan Butterworth. Semua lokasi di sebelah tanah besar. Bukan di pulau. Yang tak famous tapi sedap menjilat siku. Hihihihi. Yang paling penting MURAH. Jalan jalan cari makan bajet kekdahnyer.. Hehehe..

Roti Bakaq Teloq Meleleh Sungai Dua

Wallawehhhh.. Tengah top kat Penang sekarang nih. Dia punya leleh.. Fullamakkk… Kita dok menunggu nih jangan ralit sangat dok tengok cara cara penyediaan tuh. Kalau ralit sangat, habuan lah air liur menjejeh jejeh kat mulut. Hahaha.

Harga sangat berpatutan. Serendah RM2.00 untuk roti bakar dan telur meleleh single dan paling mahal adalah lebih kurang RM10.00. Yang paling mahal nih semua double triple. Roti double, telor double, sosej triple. Hahaha. Memang banyak list. So boleh pilih ikut pilhan hati.

Meleleh terleleh. Famous in town currently
Meleleh terleleh. Famous in town currently

Lokasi gerai Roti Bakaq Teloq Meleleh nih di simpang nak masuk ke Taman Desa Murni di Sungai Dua. Berhadapan dengan butik Rias Idaman dalam kawasan deretan rumah kedai Pizza Hut, KFC. Kalau dari Char Kuetiau Sungai Dua dan Aziz Mee Udang Sungai Dua cuma terus saja. Nanti akan nampak deretan rumah kedai lepas jejantas. Buka dari jam 6 petang hingga lewat malam kecuali Ahad.

Mee Rebus Thahir

Oh My!! Kegemaran Kak Kep dan Abg Sepet. Bila bila masa saja waktu ada kat kampung, kalau ajak Abg Sepet pekena mee rebus, mee goreng atau pasembor Thahir nih tak pernah sekali pun dia menolak. Rasa dia memang marvellous menjilat sudu pinggan.

Kegemaran Kak Kep ialah mee goreng. Abg Sepet pula mee rebus dan pasembor. Jangan terkejut kalau kami makan berdua tapi ada 4 pinggan atas meja. Hahaha. Semua order. Sepinggan tak cukup.

Rindunya. Huhuhu.Mee Goreng Thahir kegemaran Kak Kep.
Rindunya. Huhuhu.Mee Goreng Thahir kegemaran Kak Kep.

Harga? Ohh.. Jangan tanya. Bawak RM20 boleh dapat 2 pinggan mee rebus, sepinggan pasembor dan sepinggan mee goreng dengan 2 sirap. Heaven kan? Tak tergambar dengan kata kata kepuasannya. Huhu.

Lokasi Mee Rebus Thahir nih dekat jek dengan kampung Kak Kep. Sebelum masuk tol PLUS Sungai Dua, keluar susur Sungai Dua dan Bagan Ajam, masuk ke kiri ke Bagan Ajam dan terus sahaja sehingga Sungai Lokan. Gerainya terletak bersebelahan Petronas Sungai Lokan. Banyak parking. Don’t worry. Waktu perniagaan jam 2 petang hingga ke malam. Tiada hari spesifik dia tutup. Ikut suka hati. Hehe.

Restoran Citarasa Dua Sungai Dua

Konsep ala Thai. Always my family favourite. Harga sangat berpatutan dan portionnya besar. Kalau makan ramai ramai seluruh keluarga, pesan untuk seorang makan setiap lauk pun dah tak larat nak makan. Kalau untuk dua orang makan, memang tak boleh bangun rasanya.

Speciality? Semua sedap. Sambal belacan complimentary pun meleleh air hidung sedap. Fuhhh. Sup ekor, bawal tiga rasa, ayam goreng kunyit, daging masak merah, siakap sweet sour, tomyam campur. Aduih. Sambil taip nih meleleh air liur dah nih. Hihihihi. Memang cari pasal betul tajuk entry hari nih. Hahaha.

Abg Sepet tengah pekena Kuetiau Ladna. Sedap. Meriah dengan seafood. Tak kedekut.
Abg Sepet tengah pekena Kuetiau Ladna. Sedap. Meriah dengan seafood. Tak kedekut.

Lokasinya sebelah Maybank Taman Desa Murni. Kawasan rumah kedai Taman Desa Murni tuh, cari Maybank memang betul betul sebelah Maybank. Buka setiap hari. Kecuali Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ikut keadaan. Kadang kadang tutup sampai 2 minggu. Huhu. Waktu perniagaan dari jam 12 tengahari hingga lewat malam.

Ikan Bakar Din Kepala Batas

Yang nih memang popular. Rasanya dalam blog blog jalan jalan cari makan pun memang selalu sebut pasal ikan bakar nih. Yang paling terkenal ialah daging bakar dan harimau menangis tuh. Kalau sampai lambat memang tak dapat lah merasa menu paling famous tuh.

Barbecued dish line up. Yummy. *Gambar ihsan Google*
Barbecued dish line up. Yummy. *Gambar ihsan Google*

Pelbagai jenis ikan bakar tersedia. Terubuk, kembung, siakap, pari, keli dan udang sotong pelbagai saiz. Tak lupa juga ayam dan daging. Lauk pauk sampingan lain semua bercirikan kampung. Gulai kawah, ulam ulaman, sambal belacan sambal tempoyak. Kalau bernasib baik ada kari ikan telor mayong. Walawehhh.. Sedap.. Air asam tomato dan sambal kicap?? Tiada tandingan.

Susah lah nak cerita semua. Pendek kata, kena rasa sendiri. Kalau cuti panjang contoh cuti sempena raya cina atau musim cuti sekolah ramai yang bercuti ke Pulau Pinang? Memang sesak lah Din Ikan Bakar nih dan nombor plat mostly dari negeri luar. Kalau nak merasa signature dish daging harimau menangis tuh pastikan sampai awal. Paling lambat 1 tengahari. Hehehe.

Lokasinya? Ikut GPS Coordinate iaitu 5.516072,100.422519. Terus bawa sampai depan kedai makan. Hehehe.Hari Jumaat tutup. Waktu perniagaan 11 pagi hingga 4 petang atau selagi stok masih ada. Hehe.

PERINGATAN !!! Harimau menangis is a must!! Hehe

Kalau tak dapat nih memang menangis. Hehehe *Gambar ihsan Google*
Kalau tak dapat nih memang menangis. Hehehe *Gambar ihsan Google*

Nasi Arab Kepala Batas

Jangan tertipu. Mesti ingat nasi mandy, nasi bukhary, nasi ala ala timur tengah kan? Rilek rilek. Hehehe. Bukan nasi dari timur tengah. Nasi kandaq sebenaqnya. Cuma saja dinamakan nasi arab. Specialnya sebab dia bukan kedai. Cuma kereta tolak tepi bank. Beratur panjang pilih pilih lauk. Makan bersepah kat meja kerusi yang disusun tepi kereta tolak tuh.

Harga juga berpatutan. Maklumlah tak payah bayar sewa kedai. Hehehe. Konsep open air tuh memang cool. Cuma kalau hujan boleh tapau jek lah. Takleh nak makan kat situ.

Telor sotong masak kunyit? Marveles. Ayam goreng memang best. Goreng panas panas kat situ jugak. Pilih bahagian mana nak waktu dalam kuali lagi. Angkat terus masuk pinggan. Fuyohh. Mengancam.

Depan Hong Leong Kepala Batas. *Gambar ihsan Google*
Depan Hong Leong Kepala Batas. *Gambar ihsan Google*

Lokasi di depan Hong Leong Bank Kepala Batas. Bertentang Public Bank. Kawasan Pejabat Pos Kepalas Batas. Pulau Pinang tau. Bukan Kedah. Hehehe. Buka dari jam 6 petang hingga lewat malam setiap hari.

Gimik tagline. Hehehe. *Gambar ihsan Google*
Gimik tagline. Hehehe. *Gambar ihsan Google*

Rasanya cukup lah 5 dulu tempat Kak Kep suggest ekk.. Takut tak termakan pulak banyak banyak kan? Kalau bercuti di Penang, diet memang kena buang dari kamus hidup. Rugi kotttt diet waktu melancong ke negeri syurga makanan.

Dah makan tak ingat tuh, jangan lupa HerbLax dan Lecithin. Agen pembakar lemak dan membuang lemak dari badan. Siap sedia dalam handbag. Kalau tak kisah berat badan naik, tak yah ambik 2 produk tuh pun takpe. Tapi kalau kisah nak maintain berat badan walaupun makan beria ia, WAJIB lah bawak 2 botol tuh ke mana mana sahaja sepanjang bercuti di Pulau Pinang. Hehe.

Nak dapat macam mana produk tuh? Roger Kak Kep naaa.. Hehehe..

Selamat Bercuti semua. Gong Xi Fa Chai. Berhati hati di jalan raya.

Till then,

contact-details.002

9 COMMENTS

  1. Ikan bakaq din pala bataih destinasi wajib. Hari tu rombongan puchong ke sg petani mai sini bwk pi mkn kat situ penuh suku kedai dgn kaum kerabat ja. Lagi satu akak kalo lalu sg.dua wajib pi pekena cendoi maklom. Terbaekkk dlm dunia.

LEAVE A REPLY