Mudahnya Mencari Makanan Halal di Amsterdam

Mudahnya Mencari Makanan Halal di Amsterdam

3494
9
SHARE
ngehngehngeh.. I ask my wife to google it!! Hahaha

Makan dan jalan memang tak dapat dipisahkan. But being Kak Kep yang tak fussy pasal makan nih memang tak buat research sangat pasal what food to try, which restraurant or cafe yang terkenal untuk dicuba. Sebab my tekak melayu nih memang cannot go sangat dengan makanan yang pelik pelik.

Asal boleh dan halal dimakan then ai is ok already. Hehehe. Kali nih Kak Kep nak story kisah makan makan di Amsterdam waktu trip ke Eropah. First day kami di Amsterdam dan last 2 hari sebelum balik pun kami di Amsterdam. So, mostly kami makan kat kebab house, restoran Indonesia dan rumah kawan. Yang paling best ialah rumah kawan sebab Nasi Ayam. Lega u olls. Hahahaha.

Arrival Day

Oh. Tak makan. Sampai dah jam 12 tgh malam. Check in hotel. Terus tidur. Letih yang amat. Tangan dah kebas melayan dukung budak budak. Bayangkan, flight dari Doha ke Istanbul 2:45am, sampai Istanbul lebih kurang 7:00am dan transit 12 jam round Istanbul. Next flight jam 7:00pm lebih kurang. Boleh tak tolong kira kat Kak Kep berapa jam punya seksaan tuh dengan satu anak 7 tahun, satu anak dara 2 tahun lebih dan satu lagi anak dara tak sampai setahun. Meninggal oii. Hahaha.

Day 1 – Amsterdam – Keukenhof

Target utama adalah Keukenhof hari ini. Bangun pagi memang lapar gila lah kan? Keluar hotel blur. Nak tuju ke mana. Kiri ke kanan ke? Apa lagi, terus check it out app Zabihah (Muslim yang melancong luar negara, sila download app nih siap siap, senang nak cari halal food berdekatan). So, follow by foot ikut Zabihah bawa. Jalan punya jalan. Siap salah jalan dan u turn. Tapi tak complaint lah kan sebab memang nyaman habis dengan suhu 11-12 deg celcius tuh. Hehehe.

Dekat 15 minit jalan, maka jumpa lah kami satu Kabab House yang baru nak beroperasi. Masuk dalam tuh dan order Kebab lah. Memang layan habis. Sedap. Mungkin lapar pun yer kot. Hehehe. Anak anak seperti biasa makan roti dengan fries. Kak Kep lupa pula nak check location dia. Yang nyata kat jalan belakang area Damrak tuh. Damrak tuh actually boleh jumpa a few kebab house. So, don’t worry. Jalan jek area situ, boleh jumpa. Damrak tuh memang super busy dengan ribuan manusia. Hehehe.

Setelah sesat barat. Jumpa juga akhirnya. Haha
Setelah sesat barat. Jumpa juga akhirnya. Haha
Presentation memang out, tapi yummeh.
Presentation memang out, tapi yummeh.

Dah selesai makan, kami jalan jalan area situ jek. Lepak tepi sungai. Amsterdam memang famous dengan canalnya. Tenang dan nyaman jek lepak kat situ. Lagipun dok layan letih semalam tak habis lagi. Jam 1 tengahari dah beli tiket ke Keukenhof. Sangat teruja part nih. Hehehe. Yang nih cerita entry lain. Sebab entry nih cerita pasal makan jek. Hihihi. Kat Keunhenhof tak makan apa apa, sebab kenyang lagi makan yang tadi tuh. Cuma makan strawbery fresh beli kat dalam taman bunga tuh. Sedap yang amat. Hehehe.

Tak pernah jumpa strawbery sesedap ini seumur hidupku. Hehehe.
Tak pernah jumpa strawbery sesedap ini seumur hidupku. Hehehe.

Balik dari hotel dah dekat malam. Kami tapau Kebab lagi kat kedai lain di area Damrak jugak. Dan tak lupa fries yang paling famous di situ. Orang beratur panjang giler nak beli fries tuh. Status ke halal lan nya Kak Kep tak pasti okay. Tanggung sendiri. Hehehe. Kesimpulan, kalau stay area Damrak atau mana mana dalam Amsterdam anda pasti tidak kelaparan. Siap kenyang tak boleh nak jalan lagi hah.. Hahaha..

Sebelah nih ada self service laundry. Sambil tunggu laundry boleh makan. Yay. Jimat masa.
Sebelah nih ada self service laundry. Sambil tunggu laundry boleh makan. Yay. Jimat masa.

Malam tuh tidur terus utk bangun jam 3 pagi sebab flight kami ke Geneva jam 7 pagi. So kena siap awal angkut anak anak pagi pagi buta nak pi airport. Huhuhu.

Day 8 – Amsterdam – Dam Square

Eh, terus lompat ke Day 8. Hahaha. Iyo lah. Udah Day 2-Day 7 ke Switzerland – Italy – France. Patah balik pi Amsterdam 2 hari sebelum balik. Hehehe. Kami stay kat Alexander Apartment area Rijkmuseum (Museumplein). Lepas letak beg semua terus keluar cari makan. Again, Kabab House. Hihihi. Nama diorang nih samada Kebab House, Kebab Grill, House of Kabab. Tuh jek lah. Hahaha. So korang pilih lah yang mana suka. Menu almost semua sama. Rasa pun lebih kurang. So, takyah lah nak bombastic sangat. Hahaha. Yang mana kena dengan tekak korang. Layan. Hahaha.

Ini gambar google. Lupa nak amik gambar kat sini. Lapar sangat lettew.
Ini gambar google. Lupa nak amik gambar kat sini. Lapar sangat lettew.

Petang kami plan nak gi rumah kawan lama. So, Mel cakap dia akan masak. Wahhh.. memang pucuk dicita lah kan? Maklumlah, dah lama tak makan nasi. Dapat makan nasi ayam home made Mel memang lazat lah kan? Mel pun ada bagitau yang area kami duduk tuh ada restoran Indonesia, Spang Makandra. Dan satu lagi restoran Indonesia juga yang kalau ambil nasi lauk semua kena timbang dulu sebelum makan. Hehehe. So, harga ikut timbangan. Kami tak pegi yang tuh, tapi pegi Spang Makandra yang takyah timbang tuh. Ikut napsu Kak Kep nih, mau 2 kilo ambik lauk. Pengsan nak bayar. Hahaha.

Day 9 – Spang Makandra – Albert Cuyp Market

So, kami try makan kat Spang Makandra tuh esoknya. Memang sedap. Nasi goreng ada sate. Indonesian style memang macam tuh la kan? Besar portion dia. Berbaloi baloi. Lepas makan tuh, jalan jalan kat Albert Cuyp Market. Kat sebelah Spang Makandra jek. Ini kira pasar pagi kat sini. Memang best market nih. Wajib pergi kalau datang Amsterdam. Tengok kain, buah, sayur dan cheese. Memang menggila. Ada jual fresh juice dan macam macam. Kesimpulan memang best lah.

Fresh juice banyak. Best sangat. Macam macam jenis boleh pilih.
Fresh juice banyak. Best sangat. Macam macam jenis boleh pilih.
Muka depan. Ihsan google image.
Muka depan. Ihsan google image.
Nasi goreng. Kenyang gila. Besar portion.
Nasi goreng. Kenyang gila. Besar portion.

Dan kat market nih jugak beli tshirt yang cool kat bawah nih. Hehehe. Jangan ingat Kak Kep paksa Abg Sepet beli plak ekk.. Memang dia yang nak beli hokkayy.. Jangan nak speku. Hahaha. Dan dengan rela hati dia pakai. Hahaha.

ngehngehngeh.. I ask my wife to google it!! Hahaha
ngehngehngeh.. I ask my wife to google it!! Hahaha

Esoknya tuh kami dah balik. Pagi pagi ke Museumplein ambil gambar kat I Am Sterdam. Pastuh terus ambil teksi ke Airport. Selesai sudah sesi makan makan di Amsterdam. Kecoh jek lebih Kak Kep nih, padahal dia makan kebab jek pun sepanjang panjang tuh. Hihihi. Ok lah tuh kan? Kurang kurang korang yang nak ke Amsterdam dah tau memang senang sangat nak cari halal food kat negara Belanda nih. Hehehe. Gamak susah sangat nak cari makan halal pun Kak Kep tak kisah sangat. dah standby setong ESP sebagai bekalan. Yang penting kena banyak tenaga nak berjalan sambil berkuntau dengan anak anak. Huhuhu.

Syukur, dipermudahkan urusan cari makan halal sepanjang di Amsterdam. Dalam bercuti, bab halal haram kena jaga jugak tau.. Jangan main taram jek.. Kalau tak yakin, better don’t.

*Video selingan*

Yang nyata dan pasti, Kak Kep akan repeat Amsterdam. Satu, sebab tak habis lagi jalan jalan cari makan. Dua, sebab tak pi lagi Red Light District. Bawak anak anak camne nak gi RLD? Jenuh nak menjawab dengan anak bujang. Hihihihi. So, next trip ke negara tulip nih haruslah bekpek bersama sama Abg Sepet sahaja. Hihihihi. Aci dak gitu? Layannn..

9 COMMENTS

    • Best ooooo .. sila pi.. Kak Kep tak puaih ati.. nak repeat lagi .. hihihi.. tshirt tuh spesel kat Albert Cuyp Market Amsterdam tuh.. sah la memang kena pi.. hehehe

    • Untuk cadangan place to stay tuh mungkin kena tengok kat mana tempat conference.
      Better cari yang dekat dengan tempat yang nak ulang alik.
      Utk negara Eropah tak perlu Visa yang kena apply awal awal.
      Visa on arrival dan free of charge.

LEAVE A REPLY