Malaysian Bazaar Ramadhan 2015 – Hyatt Plaza, Doha, Qatar

Malaysian Bazaar Ramadhan 2015 – Hyatt Plaza, Doha, Qatar

133
0
SHARE

Assalamualaikum wrh wbh

Rasanya belum terlambat lagi untuk Kak Kep nak ucapkan Salam Ramadhan 1436H kepada semua pembaca setia Kembara Kak Kep di seantero dunia. Alhamdulillah, kita di beri kesempatan dan peluang untuk nikmati Ramadhan kesekian kalinya.

Sebelum tuh, Kak Kep nak mohon maaf sekiranya ada salah silap terkasar bahasa sepanjang berceloteh di blog kembara ini. Mintak ampun eyy. Hehehe.

Ini kali pertama Kembara Kak Kep menyambut Ramadhan di perantauan. Nak ikutkan, Kak Kep dan family nih setiap hari pun mengembara. Hihihi. Sebab bukan duduk di tempat sendiri kan? Ada ajerr benda baru pengalaman baru yang di hadapi setiap hari. Interesting! Alhamdulillah.

Tahun tahun sebelum ini, sebelum bermula Ramadhan kami anak beranak dah balik untuk spend summer school holiday di Malaysia. Tapi kali ini, bila Ramadhan makin awal ke hadapan dan sekolah pun belum habis, maka kami decide untuk sambut Ramadhan di Doha, Qatar.

Dan kami bertuah. Pertama kali cuba berpuasa di sini, tempoh berpuasa adalah paling lama dalam sejarah Qatar untuk 34 tahun iaitu selama 15.5 jam. Fajr seawal jam 3.00 pagi dan Maghrib pada jam 6.28 petang.

bazaarramadhandoha
Poster courtesy FB group Malaysian In Qatar

Dan again, kami bertuah. Seawal Ramadhan ke 2 telah di adakan Malaysian Bazaar Ramadhan 2015 yang dianjurkan pihak kedutaan dengan usahama Malaysian Association in Qatar (MAQ) serta tempat berlangsungnya bazaar disediakan oleh pihak Hyatt Plaza.

maq
Pic courtesy by Farhan Rashid

Bazaar Ramadhan ini akan di adakan 2 kali dalam sebulan. Bukan setiap hari macam Malaysia tau. Hehehe. Boleh la kan untuk melepas rindu pada bazaar di Malaysia. Hehehe.

Untuk pengetahuan semua, kedai makan, food court di seluruh Qatar diwajibkan untuk tutup sehingga waktu berbuka. Jadi di kesempatan itu, pihak penganjur mengambil kesempatan menggunakan kawasan tempat makan di foodcourt Hyatt Plaza sebagai kawasan bazaar.

Meriah u olls. 5 hari sebelum berlangsungnya bazaar. Peniaga peniaga yang mengambil bahagian untuk menjual sudah mula mempromosikan juadah masing masing di group tertutup Facebook Malaysian in Qatar. Macam macam hado. Memang tak kalah dengan bazaar di Malaysia. Cuma tak ada murtabak dan ayam golek live cooking jek. Hehehe.

Tapi kalau kuih muih, lauk pauk, makanan bergoreng. You name it you got it. Harga pun berpatutan dan bersesuaian dengan makanan yang disediakan.

Bazaar bermula seawal jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang. Tipsnya, pastikan buat pre-order terlebih dahulu terhadap mana mana juadah yang jadi pilihan hati. Bila pre-order, senang lah. Datang jam berapa pun cuma collect jek. Kalau tak pre order, ada kemungkinan besar balik dengan tangan kosong. Hehehe.

Ayam percik, nasi kerabu, nasi ambeng, nasi tomato, nasi minyak, nasi lemak, mee goreng, mee hoon goreng siam, lontong, mee kari, mee jawa, nasi berlauk, nasi ayam dan pelbagai juadah lain di sediakan.

juadah bazaar
Nasi kerabu, Laksa Penang, Mee Goreng. Semua hado. Pic courtesy by Rush Murad
miq
Happy faces peniaga Bazaar. Pic courtesy by Rush Murad.

Kuih muih juga tak kalah. Dari yang sempoi sempoi sehingga yang frozen semua ada. Memang tak kempunan lah kan? Walaupun jauh di perantauan, yong tau foo, ABC dan cendol pun ada. Don’t flay flay hokkay. Hehehe.

But the most important thing ialah jalinan ukhuwah sesama Malaysian di Qatar. Bukan hanya sekadar untuk membeli juadah berbuka puasa, namun bazaar ini juga menjadi tempat berkumpul dan bertanya khabar rakan rakan yang lama tak jumpa.

Walaupun Qatar nih kecil, tapi di sebabkan kekangan masa dan faktor sibuk membuatkan tak mudah nak berjumpa dan bertanya khabar selalu. Alhamdulillah. Hubungan silaturrahim yang erat di kalangan penduduk Malaysia di sini membuatkan tak rasa di perantauan, malah semuanya seperti saudara.

Dalam hati korang mesti ingat Kak Kep sakan memborong. Hehehe. Idak lerr sakan sangat. Cuma beli apa yang perlu jek. Nafsu tuh kalau nak ikut memang angkut penuh boot kereta. Tapi akal masih waras. Sebungkus nasi ambeng pun dah kenyang tersandar. Hehehe. Berpada pada jek bab makan nih. Ingat sama pada yang tidak mampu. Tak gitu?

So, next bazaar pada 3 Julai nanti. Harap harap dapat lah merasa yong tau foo yang Kak Kep kempunan tuh. Hihihi. Next time kena pre order okehhh. Hehehe.

Kalau nak order protein bersih buat sahur dan minuman isotonik bagi tambah tenaga waktu tarawikh boleh roger Kak Kep naaa.. Hehehe..

Layan gambar di bawah. Pics courtesy by Zahed Abdullah (owner of Dapor Nora)

dapurberasap
Geng Dapur Berasap. Nasi Ambeng sedap!
dapornora
Famous Ayam Masak Merah dari Dapor Nora
ummiayasate
Sate sedap dari Ummi Aya
kakpah
Serbu gerai Kak Pah Malaysian Kitchen for Ayam Percik.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY