Manisnya Cinta Di Cappadocia versi Kak Kep & Abam S

Manisnya Cinta Di Cappadocia versi Kak Kep & Abam S

242
2
SHARE

Kak Kep memang salahkan Qatar Airways terhadap kembara kali ini. Hahahaha. Sebab Qatar Airways buat offer tiket kapal terbang dengan harga yang ‘tak munasabah’ maka terpaksa Kak Kep mengheret Abam S untuk sama sama terlibat dalam kembara kali ini.

Taktik dia, Abam S balik kerja, Kak Kep buat buat tidur dalam bilik konon tak berapa nak happy. Ala ala moody gitu. Lepas tuh bila dia tanya ‘apsal moody?’ Haaaaa.. time nih la bawak keluar apa yang dah disurvey sebelum tuh.. Hihihi.. Tunjuk la yang tuh.. Pastuh ada soalan timbal balik ‘kalau book tickets nih dah tak moody?’ Dengan memberi sengih kerang busuk, Kak Kep mengangguk manja. Kahkahkah.

Abam S dah tau dah perangai bini dia yang sorang nih (eh, ada beberapa orangkah? Speku sangat tau :p) memang tak boleh duduk diam. 3,4 bulan saja dia insaf takmau jalan nak dok diam diam kat Doha nih.. Alih alih.. menggeletis jugak nak mengembara.. Kihkihkih.. “Tak kira, u make sure dapat cuti, tak banyak hari pun takpe, janji jalan.. Cuti sekolah tau, sangap ooo kat Doha” kihkihkih..

hot air balloonTapi Abam S tak kisah sangat.. sebab dia pun memang suka jalan jalan nih.. Tambah tambah sejak ada side income bisnes Kak Kep yang super cool tuh.. Dah lah dapat free trips company sponsor.. Bonus bulan bulan tuh, Kak Kep kumpul sikit sikit.. Haaa ini lah hasilnya.. Kembara serata dunia.. Sebab Kak Kep suka jalan jalan tengok tempat orang lah yang buatkan semakin membuak buak semangat nak buat bisnes betul betul sebab nak kumpul fund untuk pergi jalan jalan.. Weaaaa…

Istanbul Kami Datang

Dan tak ketinggalan

Manisnya Cinta di Cappadocia

manisnyacintaWeahuuuuu.. Tak sabar u olls.. Menghitung hari.. Hahaha.. Gediks! Kalau orang lain cover Istanbul – Bursa – Ankara – Cappadocia balik ke Istanbul in 10 days? Ketahui macam mana kami buat dalam masa 5 hari 4 malam. Tak nama Kak Kep laa kalau tak ‘touch n go’ semua tempat kan? Kihkihkih..

** Boleh repeat Sultanahmet, Blue Mosque, Haghia Sophia, Grand Bazaar (hari tuh transit 12 jam saja.. tak dan nak cover habis)

** Anak anak nak main snow kat Bursa.

** Kak Kep dan Abam Sepet nak fefeeling Ifti dan Kapten Nazmi kat Cappadocia naik belon panas. *gediks*

Adil dan saksama kan? Tunggu naaa.. Kak Kep detailkan satu satu apa yang kami booking dengan harga sekali okehh..

Nantikan Kembara Tanpa Tidur Kak Kep dan Abam S bersama anak anak umur 7, 3 dan 1 tahun 10 bulan dalam masa beberapa hari saja lagi nak fly.. Weahooooo.. Doakan semua berjalan lancar okeh.. Hihihi..

2 COMMENTS

    • wslm. harga minyak sgt mencengkam jiwa. pengsan! first time kami isi full tank harga lebih kurang 230turkish lira. Boleh convert dengan ringgit. hadoi. Tapi pengalaman mmg tak dpt dibeli dengan wang ringgit. huhuhu

      dari istanbul ke cappadocia 1.5 tank utk lebih kurg 8 jam memandu

LEAVE A REPLY