MAS atau Air Asia : Mana Satu Pilihan Hati?

MAS atau Air Asia : Mana Satu Pilihan Hati?

1360
8
SHARE
Ini di namakan take off berjemaah.. Hihihi.. ** Gambar ihsan Google **

Perbandingan antara dua syarikat penerbangan gergasi Malaysia nih adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan Kak Kep sendiri. Bergantung kepada penilaian terhadap setiap individu.

So, di entry ini Kak Kep nak story serba sedikit tentang dua syarikat penerbangan nih yang mana Kak Kep dah try kedua-duanya.

air-asia-x
** Gambar ihsan Google **

VS

** Gambar ihsan Google **
** Gambar ihsan Google **

HARGA TIKET

Air Asia

Murah. Tapi ikut pada promosi jugak. Kalau tanpa promosi harga boleh jadi lagi mahal dari syarikat penerbangan lain. Jadi, kalau Air Asia ada buat promosi Free Seat atau RM5, RM10 memang sesuai sangatlah grab peluang. Tambah tambah sekarang tanpa surcaj minyak. Memang boleh dapat lagi murah.

2009 Kak Kep ke London dengan harga RM 1000 return menggunakan Air Asia X. Bayangkan harga ke London RM 1000 return yang pada masa tuh kalau dengan MAS kebih kurang RM 4000 return ticket seorang. Best gila kan? Malangnya route tuh dah dimansuhkan. Sedih. Huhuhu.

Terima kasih Air Asia. Tanpamu mungkin sehingga kini Kak Kep tak dapat jejak lagi kaki ke Stamford Bridge. Hihihi.

MAS

Rasanya kalau tak buat offer memang tak mampu Kak Kep. Untuk Kak Kep yang selalu travel satu family 2 adults, 3 childs nih memang penting bagi kami untuk jimat bab belanja harga tiket flight. Rugi kalau berhabis pada tiket semata.

Selalunya kami akan buat perbandingan harga antara MAS dan Air Asia kalau bercadang untuk bercuti dari Malaysia. Macam flight dari KL ke Melbourne memang Air Asia jauh lebih murah. Jadi kami memang pilih Air Asia. Tapi waktu ke Hong Kong tahun lepas, kebetulan harga kami 5 beranak lebih murah dengan MAS, jadi kami pilih MAS. Yang penting, mana yang lebih menjimatkan. Kak Kep tak cerewet sangat bab servis what so ever. Yang penting murah. Hehehe.

Bab harga, yang mana lebih murah dia WIN!! hehehe

MAKANAN

Air Asia

Kak Kep adalah peminat tegar Nasi Lemak Pak Nasser. Kadang kadang order lebih untuk tapau lepas landing. Tambah tambah kalau negara tuh susah nak dapat makanan halal. So, dekat nak sampai makan lagi satu round. Sampai hotel boleh terus tidur dengan perut kenyang.

Best kan? Takyah susah susah nak cari makanan lagi bila sampai. Dah la baru sampai memang penat, dan taktau pasal area tempat kita tuh and nak cari makanan halal? Leceh. Buat macam Kak Kep nih memang senang.

Cara pembungkusan makanan juga senang untuk kita bawak balik. Best best. Kalau flight melebihi 7 jam dengan Air Asia selalunya Kak Kep akan order 2 meals. Boleh pilih menu ikut citarasa dan tekak kita. Itu yang penting sebenarnya. Kalau bayar mahal mahal tapi makanan yang dihidang tak kena tekak, maka rugi jugak.

Konsep low cost Air Asia menyebabkan korang kena beli siap siap makanan kalau nak. Kalau nak beli on the spot silap silap dapat maggi cup jek. Kak Kep memang beli online booking siap siap. Jimat 20% dan confirm akan dapat makan.

Jangan buat pasal route lebih 7 jam flight hours, lepas tuh tak pre order makanan. Jenuh menahan lapar. Silap silap maggi cup pun habis. Tambah tambah yang ada anak kecil. Kena pastikan mereka kenyang sentiasa. Hehehe.

Yumsss.. Kalau bab berlawan memang kepakaran dua company nih.. heheheh.. macam macam  **Gambar ihsan Google**
Kalau bab berlawan advertisment memang kepakaran dua company nih.. heheheh.. macam macam
**Gambar ihsan Google**

MAS

Makanan yang disediakan biasa biasa saja. Betul juga apa yang Chef Wan cakap dengan Nasi Lemak Telanjang tuh. Kak Kep dah dapat nasi lemak tuh waktu route KL ke Hong Kong. Sadis jugak tengok keadaannya. Tapi telan jek lah. Nak buat macam mana, perut lapar. Hahaha.

Dengan MAS, boleh minta jus dan soda berkali kali tak macam Air Asia semua kena beli. Tapi Kak Kep jenis minum air kosong jek. So, tak teruja bab tuh. Leceh juga. Anak anak asyik nak jus lepas tuh tumpah la. Nak terkencing la. Ishhh. Bila diorang tengok orang lain mintak. Diorang pun mintak. Adehhh.

Bab makanan, Air Asia BIG WIN!! Hehehe..

LAYANAN KREW KABIN

Air Asia

Muka ada ketat sikit, tambah tambah yang perempuan. Lelaki macam senyum senyum lebih friendly. Yang perempuan susah sikit nak jumpa yang senyum senyum. Yang nak agah agah baby pun takde. Period kot. Hehehe. Tapi ada juga yang suka dengan baby, ada yang muka tarak sinyum.. rasa macam bila kita bawak baby macam tambah kerja diorang. Hmmmm.. apa apa jek lah.

Kalau panggil nak mintak something pun macam lambat sikit. Kurang pantas. Hehehe. Kak Kep tak kisah sangat bab nih. Sebab kami laki bini memang jenis seboleh mungkin taknak panggil pun cabin crew untuk apa apa. Seboleh boleh handle sendiri jek.

MAS

Waktu first time fly route KL Hong Kong, wahhhhhh.. Tiada yang hensem bergaya, tiada yang cantik rupawan tapi lebih kepada mereka mereka yang matang matang. Kihkihkih.

Dengan anak anak Kak Kep, yang cabin crew lelaki macam atuk atuk pulak. Hihihi. I like sejuta kali. Sangat sangat memahami penumpang yang ada infant. Bila tengok ada infant diorang dah tau, ok served food for the kids first. Anak anak setel makan dah kenyang, baru turn mak ayah. Sangat memahami. Super like bab nih.

Diorang suka baby dan melayan budak budak beria. Maybe rindu kat anak anak memasing kot. Ada yang rajin sampai nak mendokong anak anak Kak Kep. Hehehe.

Bab layanan nih, MAS WIN WIN!! Yeayyy…

LANDING / TAKE OFF

Air Asia

Dulu dulu, YES! Waktu take off memang bengang telinga Kak Kep. Ada few flights yang Kak Kep dah try, ada yang telinga tak sakit. Ada yang menyucuk nyucuk sampai sakit kepala. So, Kak Kep saspek cara pilot handle mainkan peranan jugak kot. Air Asia pun sama, dulu memang obvious bengang telinga tapi lately macam dah ok.

Landing? Memang terbaik!! Smooth and steady. Anak anak pun rilek jek. Maintain. Tak tersengguk sengguk langsung. Kira brek pun macam rilek. Tak mengejut. Sape yang selalu travel dgn flight waktu landing memang yang ditunggu tunggu kan? Jadi landing mesti nak kena really smooth and steady. Lega sangat perasaan bila dah sampai kan? So smooth landing sangat membahagiakan. Hahahaha.

MAS

Take off ok. Telinga tak bengang. Cuma time landing tuh bergegar gegar jugak lah otak Kak Kep. Tersengguk sengguk. Padahal flight besar. Pelik jugak macam mana boleh bergegar beria sangat. Hehehe. So untuk take off/landing nih.. Kata kata keramat “Kepada Rakyat Malaysia, Selamat Pulang Ke Tanahair” perlu selari dengan landing yang steady.. Tak gitu? Hihihihi..

Air Asia BIG Win Win untuk Landing dan Take Off pilihan Kak Kep.. Yayy.. Hehehe

Ini di namakan take off berjemaah.. Hihihi.. ** Gambar ihsan Google **
Ini di namakan take off berjemaah.. Hihihi..
** Gambar ihsan Google **

IN FLIGHT ENTERTAINMENT

Air Asia

Anak anak dah tau dah. Naik flight mesti cari headphone dan screen. Bila naik Air Asia memang susah lah nak entertain diorang. Dengan Air Asia kena standby siap siap ipad/tablet. Kalau flight 7 jam macam mana nak entertain anak anak tanpa hiburan. Memang menguji kesabaran mak ayah kalau takde benda tuh.

Kalau agak kedekut untuk sewa in-flight entertainment dengan Air Asia, better bawak sendiri ipad/tablet caj siap siap penuh penuh. Install movie atau game kegemaran mereka. Jgn strict sangat bab nih kalau taknak melayan kerenah anak anak dalam flight. Don’t add on unnecessary stress.

MAS

Seperti yang kita tau memang dah disediakan. Untuk flight international mesti wajib ada. Domestik tak sure pulak. Sebab Kak Kep hanya layan Air Asia untuk domestik. Hehehe.

So, bagi anak anak head set, maka pandai pandai lah diorang layan diri. Hehehe.

Untuk in flight entertainment semestinya MAS big WIN.. hehehe..

Kegemaran anak anak. Naik mesti cari yang nih dulu. Hehehe.
Kegemaran anak anak. Naik mesti cari yang nih dulu. Hehehe. ** Gambar ihsan Google **

Rasanya cukup setakat itu dulu kot review Kak Kep berkaitan dua syarikat penerbangan gergasi Malaysia nih. Ini adalah berdasarkan pengalaman Kak Kep sendiri. Hak masing masing untuk menilai. Secara keseluruhan, sekiranya di beri pilihan antara 2 syarikat nih (tak kira bab harga) Kak Kep pilih Air Asia. Sebab makan adalah keutamaan Kak Kep. Boleh gitu? Hahahaha.. Teruk betul. Mana tak gemok. Hahahaha..

Korang ada pengalaman manis atau pahit dengan dua syarikat penerbangan nih? Jom kongsi kat komen. Boleh jugak jadi panduan buat pembaca yang lain. Tak gitu?

Jumpa lagi di lain sharing.

Much Love,

- Kak Kep -

8 COMMENTS

  1. nice sharing :-). Tapi point landing tu betul Air Asia memang lebih smooth, tak bergegar. Steady je, pernah naik MAS terasa terhentak bila landing.

    • hehehe.. selepas kejadian demi kejadian kan? tapi Kak Kep mcm mcm mana pun terpaksa naik jugak.. takde pilihan.. huhuhu.. tawakkallualallah.. :-))

LEAVE A REPLY