Kembara Dengan Memandu Sendiri Atau Pengangkutan Awam?

Kembara Dengan Memandu Sendiri Atau Pengangkutan Awam?

2288
26
SHARE

Antara perkara paling penting untuk setiap percutian adalah transport atau pengangkutan yang bakal kita guna semasa percutian tersebut. Kalau bercuti guna pakej agensi pelancongan memang tak perlu risau dah bab nih.

Tapi bagi yang kaki redah macam Kak Kep satu family dan kami memang tak pernah guna mana mana khidmat agensi pelancongan sepanjang bercuti selama ini, maka transport adalah benda yang perlu difikirkan selepas tempah tiket kapal terbang.

chamonix
Untung kalau memandu sendiri. Pemandangan? MashaaAllah tak tergambar dengan kata kata.

Memandu Atau Kenderaan Awam

Ikut kepada itinerary percutian masing masing. Banyak nak ronda bandar atau nak keluar ke pinggir bandar dan kampung kampung. Kalau hanya nak pusing bandar biasanya perkhidmatan kenderaan awam memang cekap. Ikut pengalaman Kak Kep di Eropah, memang sangat sangat convenient.

Bandar Amsterdam. Tak sesuai untuk memandu sendiri. Public transport yang cekap dan ada tempat tempat yang boleh sampai hanya dengan berjalan kaki. Cuaca di Eropah memang sesuai untuk berjalan. Nyaman. Huhuhu.

Bentuk Muka Bumi

Kaji serba sedikit berkaitan bentuk muka bumi negara yang kita nak lawati. Bila kita dah kaji, kita akan nampak transport bagaimana yang sesuai untuk disewa sekiranya bercadang untuk memandu sendiri.

luzern1
Jalan berbukit di Vitznau menuju ke Mt Rigi.

Kalau jenis berbukit bukau sesuai atau tak guna kereta sedan atau perlu sewa SUV? Kalau nak naik ke snow mountain, adakah kereta atau motorhome yang kita pilih sesuai dapat naik sehingga ke atas atau bagaimana. Kalau sewa kereta waktu musim sejuk pastikan syarikat menyediakan tayar khas untuk salji. Sekiranya terperangkap dalam salji tebal, kena pasang tayar salji. Haa.. tu dia.. Saspen ler tuh kan? Jangan risau. YouTube kan ade.. hahahaha..

Jadi, kena buat sedikit research pasal nih. Jangan malas ekk.. Sebab ini antara pengalaman pengalaman yang tak terbeli dengan wang ringgit. Hehehe. Lebih bermakna gitu. Bila kita research sendiri, kita akan ingat sampai bila bila.

Jumlah Ahli Rombongan Cik Kiah

Berapa orang yang akan join rombongan kembara kita? Kalau satu keluarga ada berapa orang? Macam Kak Kep, kami cukup dengan sewa kereta sedan untuk 5 orang dengan 2 tempat duduk untuk kanak kanak umur 3 tahun dan setahun. Abang duduk tengah tengah. Ngam ngam 5 beranak.

Perlu diingatkan yang memandu di luar negara terutamanya di Eropah, jangan buat pasal nak biar anak anak berkuntau dalam kereta tanpa car seat. Silap haribulan kena saman. Hehehe.

So, waktu menyewa dengan syarikat sewa kereta, inform siap siap yang kita perlukan car seat. Nanti mereka akan sediakan. Jangan ingat Kak Kep angkut car seat naik kapal terbang plak ekk.. Kerja gila tuh namanya. Hahaha.

trunki
Booster untuk si abang. Yang ini bawak sendiri. Dalam tuh boleh isi baju dan barang sendiri. Naik kereta boleh buat booster.

 

Jelajah Swiss-Italy-France-Swiss kami 5 beranak. Suasana di seat belakang. Kalau tak tidur, makanya bergaduh. Hehehe.
Jelajah Swiss-Italy-France-Swiss kami 5 beranak. Suasana di seat belakang. Kalau tak tidur, makanya bergaduh. Hehehe.

Kalau ahli rombongan ramai, kena check dengan syarikat sewa kereta mungkin mereka ada sediakan SUV/MPVĀ  yang boleh muat 7 orang atau van dan sebagainya. Atau kalau 2 keluarga, mungkin boleh sewa 2 kereta. Ikut keselesaan masing masing. Jangan lokek sangat nak berhimpit himpit satu kereta sedan nak naik 8 orang. Silap haribulan kena saman. Lebih teruk kena masuk lokap. Hahahaha. Jangan buat pasal.

Kenderaan Awam – Kids & Stroller Friendly??

Kena survey tau yang nih. Kebanyakan negara negara maju dan bandar besar seperti Eropah, stroller dan kids friendly. Kalau perasan, bas dan train dalam bandar semua rendah. So, waktu nak naik just jongketkan stroller terus boleh naik. Dan dalam train pun ada tempat khas parking stroller. Cool. Train dalam bandar di Amsterdam memang macam nih. Lupa pulak nak snap pic. Hehehe. Salute dengan kecekapan The Amsterdam Metro dan kids serta stroller friendly yang disediakan.

Cuma pengalaman dari St Pancras, London ke Gare Du Nord, Paris susah sikit bila bawak stroller. Stesen keretapi Gare Du Nord takĀ  begitu stroller friendly. Tapi ini kisah tahun 2009. Mungkin dah di naik taraf. Jadi baca review orang di forum atau blog adalah sangat membantu.

Setelah mengambil kira pelbagai faktor maka boleh lah buat keputusan mana yang sesuai untuk korang. Public transport atau sewa kereta.

Kak Kep? Setakat nih sewa kereta dan motorhome. Tak pernah lagi Kak Kep kembara dengan agensi pelancongan. Semua plan sendiri. Kembara Australia dan United Kingdom dengan motorhome. Baru baru nih kembara Eropah sewa Audi A6 Wagon. Harga? Lebih kurang RM400 sehari. Tricksnya ialah lebih lama sewa lagi murah bayaran harian. Jumlah bayaran sepanjang menyewa kami bayar lebih kurang RM2600.

sixt
Kaunter Sixt di Geneve Airport. Urusan ambil kereta yang dah ditempah melalui online.
sixt1
Weahooo.. Bila lagi nak merasa drive Audi kan? Berangan berangan. Hehehe
sixt3
Mari kita visualize. Ini kita punya. Hihihi.

Sangat mudah. Dari Amsterdam kami ambil flight ke Geneva dengan easyjet.com. Dari airport Geneva kami ambil kereta sewa dengan syarikat Sixt dan terus memandu dari Geneva ke Zurich mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Esoknya, ke Lake Luzern cuma 30 minit memandu dari bandar Zurich dan dari Lake Luzern terus ke Lake Como, Italy. Jangan risau! Lalu border tak perlu cop pasport yer.. Just lambai lambai pada pegawai imegresen yang berdiri tepi pondok jek. Just ambik syarat.

Geneva – Zurich – Lake Luzern – Lake Como – Milan – Chamonix – balik ke Geneva semua memandu sendiri.

sixt2
Geneva yang agak sibuk. Kiri kanan jalan biasa. Tengah tengah adalah laluan tram. Cool.

Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kalau bercadang nak berjalan jauh dan keluar dari bandar bersama anak kecil sangat disarankan supaya memandu sendiri. Jauh perjalanan luas pemandangan.

luzern
I love this place so much. Huhuhu. Lake Luzern, Switzerland.

Pengalaman yang tak dapat dijual beli. Alhamdulillah, Kak Kep sudah merasainya dan akan terus teroka dan kembara bumi Allah yang maha luas nih. Tak puas. Nak lagi dan lagi dan lagi. Kalau bab nih memang Kak Kep tamak. Hehehe.

Till then.

Much love,

-Kak Kep-

26 COMMENTS

  1. Menarik kak kep.
    Nak ala-ala backpacker jugak la walaupun nampak bergaya je kan.
    Hihihi.
    Menarik.
    Kena tamak untuk lihat pemandangan yang ada didunia nie kan.
    Best.

  2. Terbaiklah kak.
    Berpeluang ke luar negara. Bagus juga kak selitkan tips-tips dari segi pengangkutan ni.
    Wan tak pernah ke Europe lagi. Paling jauh baru ke Beijing saja.

    • Boleh. Tapi bukan semua syarikat kereta sediakan khidmat macam tuh. Dan kena double confirm ratenya. Harga boleh jadi sangat mahal kalau pick up and drop di tempat berlainan.

    • Ikut kepada sykt kita sewa kereta. Boleh email atau baca TnC. Tapi harga sangat mahal kalau buat mcm tuh. Boleh terus refer sykt utk tau lebih berkaitan kos.

  3. salam akak. website mane yg akak guna untuk sewa kereta unlimited mileage? * saya akan turun di frankfurt, germany :)

  4. Assalammualaikum kak, saya ada nak tanya beberapa soalan.

    1. kalau dari milan masuk swiss ada lalu toll tak?
    2. pass macam masuk swiss tu company rental car provide skali tak? atau kita kena beli sendiri?
    3. insurance semua biasanya dia dah cover kan? kalau yang ada pertambahan sana sini tu perlu ke kita tambah.
    4. apa lagi tips yang boleh di share utk sewa kereta dekat sana ye?

    Sy bercadang nak sewa kereta dari milan to swiss lepas tu patah balik milan…terima kasih kak…

    • wsalam

      1. tiada setakat 2015. sekarang tak pasti
      2. italy, swiss, france keluar masuk macam penang perak kl melaka. tak perlu apa apa pass.
      3. dah cover. rujuk company kereta. lain lain rules.
      4. kalau musim sejuk double confirm dgn sykt sewa kereta utk snow chain atau snow tyre. tgk route yg dilalui. ada tak lalu kawasan snow tebal.

      yg lain lain just enjoy.

LEAVE A REPLY