Packing List Untuk Percutian Musim Sejuk

Packing List Untuk Percutian Musim Sejuk

1672
2
SHARE

Weahoooo..

Minggu depan cuti sekolah bermula. Mak ayah excited nak bawa anak anak jelajah Eropah kan? London? Paris? Amsterdam? Italy? Fuyohhh.. Bestnya..

Tapi pening kan nak packing apa untuk travel waktu winter. Dah biasa dengan cuaca negara kita yang panas dan humid. Jadi tak reti pulak nak packing apa kan? Bear in mind, ianya sangat sejuk. Kalau setakat aircond kat rumah yang set 24deg pun terasa sejuk cuba bayangkan 10deg atau mungkin bawah 10deg. Memang terasa hingga tulang hitam.

Lagipun kita di Malaysia setakat sejuk lepas hujan jek kan? Tuh pun tak tahan. Jadi Kak Kep nak kongsi sikit pengalaman travel waktu winter apa yang Kak Kep pack untuk anak anak dan diri sendiri.

Layers

Layers nih dalam erti kata lain pakaian dalam yang melekat kat badan. Senang cakap long john. Tapi teknologi makin canggih sekarang. Ada macam macam jenis material untuk panaskan badan nih. Kak Kep highly recommend utk dapatkan layers nih di Uniqlo. Pegi Uniqlo cari bahagian ‘heattech’. Ada macam macam jenis, baju lengan pendek, baju lengan panjang, leggings, camisole sehinggalah stokin. Semua boleh dapat kat situ.

take-the-heat-turtleneck-black
Full body layers

Teknologi ‘heattech’ nih dapat panaskan badan sebaik korang pakai dan kekal panas selagi mana pakaian tuh melekat kat badan korang. Saiz budak pun ada. Jangan risau. Lepas pakai layers jangan terus pakai jaket, pakai baju biasa dulu. Sebab nanti nak gi makan ke ape, kena bukak jaket. Tak manis pulak baju melekat lekat gitu kan? So pakai lagi selapis baju biasa kat luar dan jeans baru sarung jaket kat luar.

Jaket

Untuk Kak Kep, kalau gi cuti cuti nih gambar mesti cun. View cantik, org yang dalam gambar pun kena bergaya jugak. Hehehe. Kepuasan diri sendiri. tak setuju takpe. Hehehe. So Kak Kep suka jaket bubble dan jaket bulu bulu. Jaket bulu nih boleh beli kat H&M. Serendah RM149 dah boleh dapat yang stylo dan cantik.

hmprod
Cantik kan?

Sarung tangan kartun kartun pun banyak kat H&M untuk anak anak. Mesti diorang happy dapat glove comel comel. Kalau beli jaket bubble jangan lupa beli plastik kedap udara untuk kempiskan bubble jaket tuh. Cosway ada jual. Hehehe

Kasut / But

Kak Kep memang penggemar but. Ada yang suka kasut sukan. Tapi Kak Kep nasihatkan seelok eloknya kasut yang dipakai kalis air dan berwarna gelap. Tak mudah kotor dan tak basah. Pastikan tapak kasut dijahit kuat untuk pastikan tapak tak tertanggal.

Winter-Boots-for-Women-2015-7
Selesa sangat kalau but macam nih

Ada juga yang bertanya apa jenama but yang sesuai dan selesa pada Kak Kep. Jujurnya, paling selesa yang dibeli di Victoria Market, Melbourne dengan harga AUD50. Hihihi. Sumpah best sungguh but sampai betis ku itu. Sebenarnya taktik untuk beli barang winter murah ialah di negara tuh sendiri. Maksudnya bila dah sampai baru beli. Hehehe. Tapi kalau nak beli siap siap di Malaysia, Boleh cuba di Clarks. Selesa bila pakai. Yang penting but grip keseluruhan kaki dari tumit sampai hujung jari. Baru boleh berjalan lama dengan but.

Sarung Tangan / Topi / Muffler

Topi yang sesuai adalah yang jenis menutup telinga. Kalau boleh bahagian leher belakang pun tutup. Pastikan jenis material yang dapat panaskan keseluruhan kepala. Sejuk dia bukan main main ooo.. Boleh beku cuping telinga tau. Hahaha.

the-north-face-men-s-etip-gloves-2665-p
Touch Screen Glove

Kalau plan nak main salji pilij sarung tangan yang bersesuaian. Kalis air dan semestinya touch screen friendly untuk pengguna smartphone tegar. Kalau tak main salji boleh guna sarung tangan biasa. Kartun kartun comel mesti anak anak suka

ilhq_darth_vader_kids_peruvian_hat_glove_set
Untuk anak anak

Kalau nak panaskan lagi badan, boleh tambah muffler jugak. Lilit di bahagian leher. Dapat kurangkan sejuk tambah tambah kalau cuaca berangin dan hujan. So, dapat kurangkan sikit sejuk tuh. Hehehe.

Muffler-scarf
Boleh buat tudung terus. Hehehe.

 

Aksesori Tambahan

Ada benda benda yang tak boleh dilupakan ketika bercuti musim sejuk ini ialah :

Sunglass

Lebih elok kalau yang polaraiz. Tambah tambah kalau main salji. Sakit mata tau bila tengok salji lama lama yang disimbahi cahaya matahari terik.

Lip gloss / Lip balm

Cuaca sejuk sangat sinonim dengan bibir pecah. Boleh jadi sampai berdarah dan merekah teruk. Untuk elakkan dari berlaku sentiasa oles lip gloss dan lip balm yang sesuai.

Losyen Badan

Setakat pengalaman Kak Kep nih, kami berdua tak mengalami kulit kering teruk, tapi untuk anak anak selepas mandi Kak Kep sapu dengan Herbal Blend Cream dan Vaseline. Memang berkesan. Kulit anak anak tak bersisik. Hehehe.

Universal Adapter/ Kamera/ Power Bank/ GPS

Antara alatan yang penting untuk lengkapkan percutian. Kalau memandu sendiri jangan lupa bawa sekali GPS. GPS, Waze, Google Maps semua kena berfungsi. Kalau satu tak bagi kerjasama, ada lagi 2,3 device untuk bawak kita ke destinasi.

Passport / Credit@Debit Card / Cash

3 benda nih mesti kena melekat di badan. Hehehe. Pastikan call pihak bank untuk maklumkan yang korang akan berada di luar negara untuk jangkamasa beberapa lama dan transaksi akan dibuat di sekian sekian negara. Passport pula pastikan masih valid 6 bulan sebelum tarikh luput.

Cash tukar siap siap kat money changer yang bagi rate terbaik. Jangan sesekali tukar kat airport okay. Hehehe.

Rasanya yang tuh jek kot perkara perkara penting yang perlu diambil kira untuk memulakan kembara. Yang lain lain dirasakan perlu adalah mengikut kesesuaian individu. Jangan angkut seluruh rumah dah lerr ekk.. Hihihi..

Kalau ada apa apa nak tanya, seperti biasa, boleh komen atau email Kak Kep di hasliana.mdsaad@gmail.com

Selamat main salji uolls.. Hehehe

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY