Persediaan Kembara Road Trip Turki 2015

Persediaan Kembara Road Trip Turki 2015

2779
11
SHARE

Belajar dari kesilapan. Banyak betul kembara sebelum nih yang Kak Kep tak tulis dengan terperinci. Sudahnya, ramai yang frust tak dapat info yang sepatutnya. Jangan kata orang lain. Kak Kep pun frust. Hahahaha. So, bermula 2015 Kak Kep bertekad. Setiap kembara, walaupun belum tiba waktunya Kak Kep akan siapkan entry berkaitan persediaan ke tempat tersebut. Here we go..

Tiket Kapal Terbang Doha – Istanbul

Alhamdulillah, kami dapat harga tiket yang agak rendah dengan promosi Qatar Airways baru baru ini. Kak Kep ada war war kan di fanpage Facebook Kembara Kak Kep. Sila lah like Page yer untuk info terkini berkaitan tiket murah, hotel murah dan pelbagai offer berkaitan travel. Rugi tak like nanti terlepas bermacam info best. Hehehe.

Breakdown harga adalah seperti screenshot di bawah yang mana sebenarnya jauh lebih murah dari harga asal kalau tak offer. Dan jauh lebih murah berbanding plan asal kami yang nak kembara ke Spain sebenarnya. Banyak faktor yang dipertimbangkan menyebabkan Kak Kep pilih Turki berbanding Spain sebenarnya. Especially bab tak larat nak handle si bongsu berkuntau dalam flight lama lama. Hihihihi.tiketqatarairwaysJumlah bayaran untuk 2 dewasa, 2 kanak kanak dan seorang bayi adalah QAR 5620. Lebih kurang RM 5708.

Sewa Kereta  atau Low Cost Airlines

Kembara keluarga Kak Kep adalah mustahil akan menggunakan perkhidmatan travel agent. Huhuhu. Tambah pula bila survey perjalanan dari Istanbul ke Cappadocia kalau tidak gunakan pengangkutan udara, pengangkutan awam adalah bas yang gerak pada waktu malam.

Abam S bila dengar saja, BAS.. Memang terus reject. Bukan apa. Tak sesuai kami ada anak anak. Macam macam perlu dipertimbangkan. Lagipun kami mementingkan keselesaan orang lain. Di buatnya budak budak nih melalak dalam bas tengah malam. Tak ke ganggu orang lain.

Kalau booking tiket kapal terbang ke Cappadocia juga kurang sesuai kerana kami nak ke Bursa untuk anak anak main snow di Uludag. Jadi, bila ditimbang tara. Sewa kereta adalah paling mudah. Walaupun terpaksa memandu 7 jam 30 minit dari Istanbul ke Cappadocia, tapi kami yakin ia sangat berbaloi bila terkenangkan pemandangan sepanjang perjalanan. Best gilerr kot..

So, kami decide untuk sewa kereta dari www.rentalcars.com. Kami akan pick up kereta di Sabiha Gokcen International Airport jam 3 petang 4 April 2015. InshaaAllah.

Ini adalah butiran berkaitan sewa kereta kami sepanjang di Istanbul nanti.

Car Group: Mercedes C180 or similar
Supplier: Thrifty

Pick-up details:
Country: Turkey
City: Istanbul
Location: Istanbul Airport Sabiha Gokcen
Date: 4 Apr 2015 14:30

Drop-off details:
Location: Istanbul Airport Sabiha Gokcen
Date: 7 Apr 2015 21:30

Total Cost: US$314.20 (lebih kurang RM 1161.97 mengikut kadar tukaran semasa)
Flight number: QR241
Requested extras: Child Seat – 1, Damage Excess Refund – 1

Jangan lupa untuk booking Child seat sekiranya korang memerlukan child seat.

Amboi amboi belagaknya Kak Kep dgn Abam S sewa Mercedes. Bukan belagak okeh. Sebenarnya Abam S memang suka try kereta kereta macam nih kalau mengembara. Satu part sebab takmau ada masalah yang boleh ganggu itinerary. Semoga tak memberi masalah sepanjang perjalanan.

Satu lagi sebab saja saja nak test drive. Hehehe. Bila lagi nak merasa kan? Dapat 4,5 hari pun jadi laa.. Hehehe.. Audi A6 dah test Kembara Eropah harituh. Kali nih nak try Mercedes pulak. Harap harap dapat upgrade lagi best. Hihihi.

Dan untuk pengetahuan semua, harga sewa kereta ini jauh lebih murah berbanding tiket flight sekiranya kami nak terbang ke Cappadocia. Hehehe.

Harga petrol/ diesel di Turki adalah seperti di bawah :

Country Super 95 Premium 98 Diesel
Turkey 1.57 EUR 1.58 EUR 1.34 EUR

Erkkkk.. tercekik!! tapi pejam mata jek lah ekk.. kira ini bayaran untuk pemandangan sepanjang perjalanan. hehehe. Bukan selalu kan?

Hotels & Apartments

Secara asasnya, cadangan kembara kami bermula dari Sabiha Gokcen International Airport ke Bursa (bermalam) ke Ankara (bermalam) ke Cappadocia (bermalam) dan kembali ke Istanbul. Semuanya hanya satu malam sahaja. Kembara Kak Kep memang touch and go macam nih. Dah sinonim. Hehehe.

routemapturkiyeDari Sabiha Gokcen International Airport ke Araz Apartment di Bursa <<— BOOKING DI SINI, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 35 minit mengikut Google Maps. Kami sampai InshaaAllah dah malam dan akan bermalam di situ. Esoknya kami bercadang bawa anak anak main snow di Uludag Ski Resort.

Kira kami keluar dan terus check out dari Araz Apartment Bursa. Dari Uludag kami akan terus ke Ankara. Perjalanan lebih kurang 4 jam 35 minit untuk sampai ke Konsept Cankaya Apartment <<— BOOKING DI SINI di Ankara.

Bermalam satu malam di Ankara dan akan bertolak awal pagi ke Cappadocia keesokannya. Perjalanan sekiranya semua lancar akan mengambil masa 3 jam 31 minit ke Cappadocia Cave Suites << — BOOKING DI SINI.

Capadocia Suites far pictureInshaaAllah sampai masih pagi kami akan ronda sekitar Cappadocia dan naik belon panas. Tak ketinggalan mungkin akan ke must visit place contoh Goreme Open Air Museum, Underground citites, dan semua valleys yang cantik cantik di sana. Ikut kesempatan waktu Kak Kep try untuk visit semua tuh.

Malam tuh akan bermalam di Cappadocia Cave Suites dan esoknya selepas sarapan kami akan gerak balik ke Istanbul untuk pulangkan semula kereta sewa di Sabiha Gokcen International Airport.

Perjalanan panjang sekitar 7 jam lebih dari Cappadocia ke Istanbul. Fuhhh.. Doakan kami survived dengan anak anak. Hihihi. Lepas hantar kereta, kami akan bermalam di Sirkeci Mansion, Istanbul <<— BOOKING DI SINI. Sangat dekat dengan Topkapi, Haghia Sophia, Blue Mosque dan Sultanahmet. Cuma walking distance.

8 April adalah hari terakhir kami di Turki. Flight jam 5:45 petang dari Istanbul. Kami rancang untuk ambil teksi dari apartment ke airport lebih kurang jam 2 petang. InshaaAllah. Semoga semuanya berjalan lancar.

Perincian tentang hotel yang disewa, dan bagaimana Kak Kep booking hotel dan apartment tersebut Kak Kep akan ceritakan dalam entry seterusnya. Entry ini cuma secara kasar kembara 5 hari 4 malam ke Turki. Fuhhhh..

Persediaan Mental dan Fizikal

Jangan dilupa vitamin dan ubat ubatan. Walaupun tegar vitamin, tapi bila kembara Kak Kep standby juga ubat sebab bila mengembara sekiranya anak anak jatuh sakit atau mak bapak sakit. Kita perlu baik dengan cepat. Nak baik cepat kena makan ubat.

Tapi dalam masa sama, 2 minggu sebelum kembara dah beri anak anak vitamin untuk kuatkan imunisasi tubuh diorang. Vitamin C dan minyak ikan tak dilupa.

Untuk Kak Kep dan Abam S sendiri, teh tahan mata tak mengantuk untuk drive jauh mesti kena sentiasa ada bekalan. Air minuman isotonik tanpa gas dan gula juga kena standby.

Drive jauh. Duduk lama. Angkat beg. Dokong anak. Jalan jauh. Panjat valley. Kejar anak. Perghhhhh. Makanya memerlukan kekuatan tulang dan sendi tahap maksima nih. Hahahaha. Tak ketinggalan vitamin anti stress untuk memastikan Kak Kep tak jadi ‘mak lampir’ sepanjang kembara dan dapat bertahan dengan kerenah anak anak. Hihihi.

Semua dah ready dah. Tinggal nak masuk beg saja nih. Huhuhu.

vitaminkembaraTak sabar u olls. Can’t wait. Kita jumpa di Cappadocia okay.. Tata..

11 COMMENTS

    • hehehe. dari pengalaman orang qatar lagi teruk siti. org turki baik sikit drive. boleh bayang tak macam mana teruknya driver kat qatar kalau turkish lagi better. hahaha

  1. Salam..Insyaallah saya n geng pejabat puspanita nak g sana 10D7N…27 hingga 6 mei….masih ada salji tak agak2nya..

    • Dalam pakej akan bawa ke Bursa tak? Kalau ada bawa ke Bursa maknanya masih ada salji. Selalunya kalau tak ada salji, BUrsa tidak termasuk dalam itinerary.

LEAVE A REPLY