Persediaan Road Trip Bersama Anak Kecil

Persediaan Road Trip Bersama Anak Kecil

166
2
SHARE
Leka dengan Ipad/Tablet. Mak pun tak serabut ** Gambar Ihsan Google

Salam & Hi,

Seperti yang sedia maklum, Kak Kep buat masa sekarang bermastautin di Doha, Qatar mengikut suami yang bertugas di sini. Alhamdulillah dah masuk 5 tahun di sini. Rezeki masih di bumi Arab. Belum terdetik untuk pulang ke Malaysia for good. Hehehe.

Without failed setiap tahun sekurang kurangnya sekali setahun mesti balik bercuti di Malaysia. Jem otak kalau setahun tak balik kampung halaman. Hihihi. Balik Malaysia pun kena bahagi 2 kampung. Satu di Kuala Lumpur (kampung lah sangat kan?) dan satu lagi kampung Kak Kep di Penang (yang nih memang betul betul kampung, hihihi).

Kuala Lumpur – Penang Dah Macam Puchong – Bukit Jalil Untuk Kami

Setiap kali balik, perjalanan KL-Penang dengan kereta memang kerap. Bahagi bahagi dua kampung dengan adil dan saksama. Bila kerap sangat berulang alik dari zaman dulu dengan anak masih dalam perut hingga sekarang dah tiga orang buatkan Kak Kep dah expert bab persediaan road trip dengan anak anak nih.

Kita takyah story bab road trip di luar negara dulu ekk.. Sebab yang tuh lagi super mencabar.

Jom ikut tips Kak Kep untuk road trip dalam negara yang perjalanan mengambil masa maksimum 5 jam dari Kuala Lumpur ke Penang dulu ekk.

Car Seat

Paling penting. Kak Kep sangat sangat tidak setuju dengan benda alah kat bawah nih. Sangat bahaya yer mak mak. Bayangkan kalau perkara tak diingini berlaku. Tak ke terpelanting anak anak ke depan. Nauzubillah. Minta dijauhkan. Nak beli untuk lepak lepak depan TV kat rumah memang ok. Tapi untuk guna dalam kereta big No No No.

Fuloon-Inflatable-Back-Car-Seat-Mattress-3
** Gambar Ihsan Google

Pilih car seat yang sesuai dengan usia anak. Dengan car seat, anak anak lebih selesa untuk tidur dan keselamatan terjamin. Mak pun boleh bersenang senang tak perlu memangku anak. Car seat tak semestinya yang mahal. Yang murah pun ok asalkan lepas piawaian keselamatan. Nak pangku 4,5 jam memang cramp tangan yer mak mak sekalian. Lagipun memang tak digalakkan sebab tak selamat.

safe-n-sound-joie-stages-car-seat-newborn-7-years-free-postage-apexsoad-1310-18-apexsoad@3
Car Seat Ikut Kesesuaian Umur Anak ** Gambar Ihsan Google

Tablet/IPAD

Secara jujur, Kak Kep akan longgarkan syarat berkaitan tablet dan Ipad bila kami sekeluarga on travel. Tak dinafikan, untuk bagi anak anak diam dan leka memang terpaksa beri tablet/Ipad.

Jadi untuk keadaan keadaan seperti ini, syarat penggunaan tablet/Ipad bolehlah dilonggarkan. Sekiranya tablet/Ipad hanya menggunakan internet WiFi di rumah mungkin mak mak boleh install movie kegemaran atau game kegemaran anak anak.

Leka dengan Ipad/Tablet. Mak pun tak serabut  ** Gambar Ihsan Google
Leka dengan Ipad/Tablet. Mak pun tak serabut
** Gambar Ihsan Google

Letihkan Anak Anak Sebelum Perjalanan

Kak Kep jarang mulakan perjalanan pada waktu pagi. Sebabnya anak anak baru bangun tidur. Jadi adalah mustahil untuk mereka nak tidur semula dalam kereta selepas tidur yang lena selama 10-12 jam sebelumnya.

Perjalanan kami sekeluarga selalunya bermula jam 3-4 petang. Waktu ini memang waktu tidur siang anak anak. Selepas letih dan makan kenyang. Masuk dalam kereta, belum sempat keluar dari KL diorang dah tidur. Kalau tidur 3 jam, Kak Kep hanya perlu melayan sejam ke dua jam terakhir sebelum sampai ke destinasi. Hehehe.

Kudapan Sepanjang Perjalanan

Sediakan kudapan untuk anak anak supaya mereka duduk diam. Kudapan nih sebolehnya mak mak pastikan jenis yang tak comot. Kak Kep memang haramkan coklat yang lembik lembik dan benda benda yang memang susah nak urus.

Biskut biskut hanya jenis yang tertentu sahaja. Air pula hanya air kosong. Kalau tumpah tak melekit. Lagipun untuk menjaga perut anak anak. Kak Kep paling pantang muntah muntah semasa dalam perjalanan. Memang leceh nak urus. So, lebih baik elakkan perkara perkara yang membawa ke arah itu.

Kesilapan Paling Abadi bagi Anak Aiskrim dalam Kereta. ** Gambar Ihsan Google
Kesilapan Paling Abadi bagi Anak Aiskrim dalam Kereta.
** Gambar Ihsan Google

Kelengkapan Anak Anak

Seperti biasa sediakan kelengkapan anak anak dalam satu beg dan letakkan di bahagian tempat duduk. Bukan di ruang simpan barang.

Pakaian salin anak anak, lampin pakai buang, bekalan susu yang mencukupi, air panas dan lain lain yang di rasakan perlu. Kalau perlu bawa juga 3,4 jenis permainan kegemaran anak anak. Tapi jangan angkut 3,4 bakul yang ada kat rumah pula ekk. Hahaha. Itu dah macam nak pindah balik kampung terus. Hahaha.

Antara idea untuk kelengkapan anak anak semasa perjalanan. Boleh disesuaikan dengan kita orang Malaysia. ** Gambar ihsan Google
Antara idea untuk kelengkapan anak anak semasa perjalanan. Boleh disesuaikan dengan kita orang Malaysia.
** Gambar ihsan Google

Itu lah sedikit sebanyak tips yang boleh Kak Kep kongsikan sebagai persediaan mak mak untuk menghadapi road travel bersama anak anak kecil.

Kuatkan Imunisasi Anak Anak Sebelum Perjalanan

Lagi satu sebelum Kak Kep lupa. Anak anak nih kena pastikan sihat betul sebelum memulakan perjalanan jauh. Kalau diorang tak sihat memang hazab lah mak mak nak melayan. Perjalanan 5 jam boleh rasa macam 15 jam kalau diorang tak sihat tau.

Dengan izin Allah SWT, selepas amalkan vitamin vitamin seperti OmegaGuard dan Chewable Vitamin C anak anak Kak Kep memang kurang sangat jatuh sakit walaupun menghadapi cuaca tak menentu dan kerap berjalan jauh.

Minyak Ikan Terbaik Dunia
Minyak Ikan Terbaik Dunia
Tingkatkan Imunisasi Tubuh. Elakkan anak jatuh sakit.
Tingkatkan Imunisasi Tubuh. Elakkan anak jatuh sakit.

Memang berkesan vitamin vitamin tersebut. Alhamdulillah. Daya tahan makin kuat. Otak makin cerdas. Pembelajaran pun bertambah baik. Yang paling suka of course bab kurang jatuh sakit tuh. Anak anak sakit memang paling Kak Kep tak suka. Tengok diorang sengsara. Kita lagi sengsara. Kan?

Kalau ada mak mak yang nak cuba 2 vitamin tersebut, boleh lah PM Kak Kep di +6011 252 66 427 atau add Kak Kep di Facebook : hasliana.mdsaad@gmail.com

Semoga perkongsian kali ini dapat beri manfaat dan idea untuk mak mak hadapi persediaan kembara di jalanan bersama anak kecil. Jangan anggap susah. Fikir senang jek. Dan jangan takut. Redah kasi pecah konsepnya. Hahahaha. Kalau ikut tips tips di atas Inshaa Allah kurang sikit soalan berbunyi

“Kita dah sampai ke mama?”

“Bila nak sampai nih mama?”

“Lama lagi ke nak sampai?”

“Pukul berapa nak sampai nih mama?”

Annoying kan nak jawab banyak banyak kali soalan yang sama? Hahahaha. So lebih baik mak mak bersedia dengan apa yang Kak Kep kongsikan kat atas. Hihihihi.

Bertemu lagi di perkongsian yang lain.

Much love,

-Kak Kep-

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY