Pilihan Kasut Yang Sesuai Semasa Melancong / Kembara

Pilihan Kasut Yang Sesuai Semasa Melancong / Kembara

11311
16
SHARE
Habis basah kuyup kasut diorang. Janji happy. Hehehe.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum bersambung hari ke 2 Kembara Korea bersama rakan bisnes, sengaja Kak Kep nak selitkan tips memilih kasut yang sesuai ketika mengembara.

Kasut seringkali menjadi dilema pengembara. Terutamanya, bagi orang perempuan. Mana tidaknya, akal fikiran mahukan kasut yang sangat selesa untuk berjalan hampir 8 hingga 10 jam sehari sepanjang kembara.

Namun, hati mula teringin, suara kecil mula berbisik. Bila lagi kau nak bergaya macam Che Ta bila ke luar negara. Che Ta bergaya dengan kasut but paras pehanya, aku pun tak mau kalah. Tak gitu? Dilema dilema..

Ok, Kak Kep cuba bantu serba sedikit bagaimana memilih kasut yang sesuai semasa kembara dan mengikut kesesuaian lokasi kembara anda.

Kasut Sukan

Sering menjadi pilihan semua orang. Tak kira lelaki atau perempuan. Tidak salah memilih kasut sukan tapi pastikan kasut sukan ini yang anda biasa pakai atau baru beli. Bukan yang dah disimpan dalam almari kasut setahun kemudian keluarkan untuk dibawa kembara.

Hasilnya, sebelum sempat naik kapal terbang, tapak kasut dan tercabut di kaunter imegresen belum sempat keluar Malaysia. Hahaha. Kerap terjadi perkara ini tau. Jangan buat main main.

Kasut sukan yang lama tidak pakai, dia akan memakan diri sendiri. Jadi sebelum nak dibawa kembara, bawalah dulu test berlari di taman 3,4 kali dulu.

PRO – Selesa dan boleh berjalan berlari dengan mudah. Membuatkan kaki tak rasa penat walaupun berjalan berjam jam. Sangat sesuai kalau tujuan utama kembara anda adalah shopping. Hehehe.

Seperti sedia maklum, kalau shopping memang akan tawaf segala pasar, shopping mall dan segalanya berjam jam.

CONS – Basah sekiranya hujan dan bersalji. Tak sesuai pakai bila anda kembara ke negara 4 musim yang tengah salji atau forecast menunjukkan hujan sepanjang anda berada di negara tersebut.

Sekiranya musim sejuk dan kasut anda tidak kalis air. Bersedialah untuk menghadapi kebas kaki disebabkan sejuk melampau.

But Kulit

Meleleh air liur tengok Che Ta dengan but kulit nya berposing di Mount Titlis dengan handbag mahal dia tuh kan? Hehehe. Apa salahnya nak bergaya sekali sekala kan? Bukan selalu sampai ke tempat macam tuh.

Pengalaman Kak Kep sendiri, dengan but kulit paras lutut murah yang dibeli di Victoria Market di Melbourne dengan harga AUD50, ia sangat sangat selesa untuk berjalan lama dalam Grand Bazaar, pusing seluruh bandar Korea dari Nandaemon ke N Seoul Tower seterusnya ke Myeongdong dan sesuai juga untuk bermain salji di Bursa, Turkey.

But tidak basah walaupun selepas berjam bermain salji. Secara peribadi, kasut but ini adalah kegemaran Kak Kep dan sentiasa menjadi pilihan apabila kembara di negara 4 musim.

Segala musim pun Kak Kep pakai jek but nih. Tak kire. Hahaha. Tak mampu nak bawa 4,5 pasang kasut dengan askar yang berderet itu. Hihihi.

TIPS PENTING : Pastikan korang beli but yang flat. Bukan yang bertumit. Kalau bertumit memang merana kaki. Tapi kalau yang flat sangat selesa. Hampir sama keselesaannya macam pakai kasut sukan sebab kasut tuh grip keseluruhan kaki dari tumit ke jari kaki.

sydneyoperaBut Ugg (Kulit Kambing Biri Biri)

Terkenal di New Zealand dan Australia sebagai kasut but yang sesuai untuk lelaki dan wanita. Dihasilkan dari kulit kambing biri biri. Dipakai ketika musim sejuk yang suhunya mencecah sehingga bawah 0 degree celcius.

Kulit kambing biri biri bertindak memanaskan kaki dan membuatkan kaki lebih selesa terutamanya ketika musim salji. Kalau nak beli yang asli kena betul betul pandai belek sebab but Ugg ciplak dijual secara berleluasa di Australia.

Kak Kep tak ada but ini. Teringin juga. Kita masukkan dalam wishlist. Hehehe.

uggboots
Orang tuh kesayangan abah. Belum boleh jalan dah dapat Ugg Boots. Sakan tau.

But Hiking / Outdoor Boots

Kegemaran orang lelaki. Abam S ada sepasang jenama Solomon. Usia outdoor boots tuh dah lebih 5 tahun tapi masih menjadi kegemaran Abam S sehingga kini.

Kalis air, selesa dan ringan. Dah hampir berpuluh negara dah outdoor boots Abam S tuh jejak. Hahaha. Beli kasut baru pun, tetap yang itu juga yang menjadi pilihan untuk dibawa berjalan.

hikingboots

Flip flop/Selipar

Wajib bawa sekiranya destinasi kembara di pulau atau pantai. Ringan, selesa dan senang nak bilas pasir. Bayangkan kalau pakai but takat lutut pergi Maldives. Hahahaha. Kelakar kan?

Jadi kena pandai pilih mengikut kesesuaian ke mana anda nak bercuti. Kalau bercuti di pantai, dari pakaian ke kasut semuanya sempoi sempoi dan bersahaja.

Kasut Tinggi

What??? Hahaha.. Kau nak pergi bercuti ke nak pergi shooting? Bagi Kak Kep, paling tak sesuai. Tambah tambah ada 3 orang anak nak dikejar.

Kasut tinggi nih tempatnya di pejabat. Bukan mengembara. Hehehe. Kalau terlambat kat airport, nak kejar flight. Ada juga yang cabut kasut tinggi dan lari kejar flight berkaki ayam. Betul tak? Hehehe.

Kasut Untuk Anak

Kak Kep memang tak bawa lebih. Selalunya pakaikan kasut sukan dan itulah yang dipakai sepanjang kembara. Cuma si kakak sekarang dah mula pandai bergaya nak pakai but macam mama dia jugak.

Cuma, bila ke tempat salji terpaksa sewa kasut kalis air untuk diorang bila diorang dah mula tak selesa sebab kasut dah basah. Kalau dengan kasut sukan,  main salji tak sampai setengah jam dah lencun semua basah.

Jadi, untuk elakkan mereka cranky, sewakan kasut kalis air atau bawa jek beg plastik banyak banyak sarung kan kasut tuh. Hahaha. Kak Kep memang sempoi macam nih. Asal boleh jek. Redah. Hihihihi.

Itu lah serba sedikit jenis kasut yang sesuai untuk dibawa kembara berdasarkan pengalaman Kak Kep serba sedikit. Namun berbalik kepada keinginan masing masing.

Tapi to be safe Kak Kep sentiasa membawa ‘ubat urat’, ‘ubat sendi’, ‘ubat tulang’ ke mana ke mana sekiranya mengembara. Kalau sudah berjalan 8 jam sehari, kasut elok macam mana pun mesti effect juga pada otot dan sendi kita. So untuk menjaga kemaslahatan sejagat sepanjang percutian, baik get ready siap siap. Hehehe. Tak gitu?

16 COMMENTS

  1. tq kak kep. Info ni mmg saya cari2 skrg ni. sblm mula shopping attire utk jalan2 hujung tahun ni.
    n akan pastikan sy bawak juga ubat urat, ubat sendi n ubat tulang saya.

  2. Kalau ada salji memang kena pakai boot. Kalau tak ada salji pun memang lebih selesa pakai boot sebab sejuk sampai ke tulang kasut stokin rasa lembap je. Kaki kena panas kalau nak berjalan ni.

  3. kakkep boleh suggest tak jenama kasut but apa yang sesuai dipakai.pernah beli kasut but tapi pakai sekejap dah sakit kaki.

    • boleh cuba Clarks. Kadang kadang ada diskaun especially dah nak masuk winter. Cuba cari di outlet cth JPO atau Mitsui Outlet. walaupun bukan latest design, tapi harga affordable.

  4. Assalam Kak Kep… nk minta tlog sket psl cuti winter ni… Gloves macamana yg bgus?
    klu anak2 nak main salji.. makna nya perlu ada gloves yg waterproof ke? klu sekadar pakai gloves bulu yg touchscreen tu, x elok eh?
    Thank u:)

      • thanks for the reply kak kep… nak tnya lagi 1 boleh kan :)

        klu suhu sejuk sgt yg below negatif tu… dgr nya kulit akan gatal2 & merah2 ye?
        camana cara nak elak kan… kak kep ada petua / cara yg bagus tak?

        TQ kak

        • Betul. Mesti apply mosturizer tebal tebal. Kak Kep satu family guna Herbal Blend Shaklee, safe utk baby, anak mak ayah. Bibir badan muka semua boleh sapu. Selamat sebab takde bahan kimia. Lagi satu utk elak kering lebih teruk mandi sehari sekali jek. Air panas buatkan kulit lagi cepat kering.

          • kak kep, yg herbal blend tu sapu selepas mandi la ek..sebelum mula aktiviti luar?

            lagi 1 soalan kak, masa anak2 akak main salji tu…mereka pakai seluar apa.. waterproof jugak ke? klu pkai jeans biasa tak sesuai eh?

            Tq kak :)

LEAVE A REPLY