Rahsia Kekal Bertenaga Ketika Melancong Bersama Anak Anak

Rahsia Kekal Bertenaga Ketika Melancong Bersama Anak Anak

142
12
SHARE
Sedap yang amat. Nyumsss

Berjalan ke luar negara memang seronok. Tapi ada juga yang seronok dan tak seronoknya. Dalam seronok ada yang tak seronok. Maka dapatlah beronok ronok ronok. Hahaha. Ok! Dah! Cukup merepek Kak Kep oi.

Bila balik dari melancong atau bercuti satu benda seronok ialah sedikit kurus. Kecuali melancong ke Pulau Pinang. Kalau ke Pulau Pinang memang beronok ronok lemak dalam badan bergembira. Kenapa? Kak Kep akan cerita next entry. Hehehe.

Melancong Boleh Kurus? Biar Betul?

Sedikit kurus sekiranya bercuti ke luar negara yang agak susah nak dapatkan makanan halal. Agak susah di sini membawa maksud terpaksa banyak berjalan sejauh2 km (tak termasuk sesat, patah balik dan salah simpang) ikut Waze yang aplikasi Zabihah tunjukkan untuk ke kedai halal berdekatan. Atau, sedikit kurus asyik menghadap maggi mee. Hahaha. Get it?

Tambah tambah jenis perasan ‘backpacker’ macam Kak Kep nih. Memang tak pernah nak booking hotel. Mesti stay kat apartment yang sah sah tak sediakan sarapan. Bangun pagi dah menggelabah lapar. Anak anak yang sejak azali kalau kat rumah kuat makan pun terpaksa redha dengan keadaan mak bapak yang asal boleh bila time berjalan nih. Hahaha. Diorang layan jek kais pagi makan pagi. Hahaha.

Tapi tidaklah sekejam itu. Biasanya kalau dah terjumpa kedai halal Kak Kep akan tapau siap siap untuk lunch, dinner dan breakfast esok pagi. Amekawww. Untungnya tinggal kat apartment atau homestay nih sebab selalunya disediakan dengan peti ais dan peralatan memasak. Cuma untuk masak from scratch nak bawak beras, bawang, cili padi bagai tuh memang takde dalam kamus lah kan? Nak bercuti ke nak huru hara kat dapur Tipah oii? Takyah la rajin sangat nak bersilat kat dapur.. Sudahnya tak berjalan asyik masak.. Hahaha..

Apa Yang Selalunya Ada di Kedai Halal?

Jangan cari nasi putih, kari ayam, sambal belacan dan ulam pulak ekk. Yang tuh nan hado.. Selalunya, kedai halal pemiliknya adalah dari Turki atau Pakistan. Jadi, menu adalah kebab dan shawarma. Nasi pun susah nak dapat. Kalau bernasib baik ada pasta dan pizza.

Sedap yang amat. Nyumsss
Sedap yang amat. Kebab di Chamonix,France. Nyumsss

Anak anak Kak Kep kalau jumpa pizza dan pasta habis habisan diorang makan. Memang suka sangat. So, kalau ada dua menu memang tapau lah untuk esok sekali.

Kalau di bandar yang jadi tumpuan pelancong, memang tak susah nak jumpa kedai halal. Macam di Amsterdam memang tak ada masalah langsung sebab Holland adalah negara asal usul kebanyakan orang Indonesia. Jadi kedai makan Indonesia memang banyak. Puas hati dapat makan nasi goreng ada sate 2 cucuk. Hehehe. Best.

Kami tak cerewet sangat bab makan dan tak terlalu bermewah dengan makan nih. Bayangkan percutian sepanjang 11 hari Kak Kep hanya makan kebab tanpa nasi langsung. Sedap sangat kebab. Memang layan.

Satu satunya kedai halal di Chamonix. Kami datang berkali kali. Hahaha.
Satu satunya kedai halal di Chamonix. Kami datang berkali kali. Hahaha.

Tak Makan Mana Nak Dapat Tenaga?

Bercuti dengan anak anak kecil, yang teruk adalah mak ayah.. Anak anak bukan tau apa pun.. Mak ayah yang pening nak melayan kan? So, yang perlukan lebih tenaga semestinya mak ayah. Di sebabkan itulah Kak Kep memang tak tinggal 2 benda nih kalau pergi bercuti. Kalau tak ada yang nih.. Pengsan!!

Satu produk sebab nak pastikan bertenaga walaupun makan tak menentu iaitu protein ESP dari Shaklee.

Wajib bawa satu tong. Hehehe.
Wajib bawa satu tong. Hehehe.

Satu lagi nak pastikan boost up energy walaupun tak cukup tidur dan banyak berjalan iaitu Cinch Tea Mix.

Bantu boost energy dengan cepat
Bantu boost energy dengan cepat

Dua produk nih memang bagi instant energy. So, sangat sangat disarankan untuk mereka yang nak bercutiĀ  untuk bawa 2 produk nih. Berkesan untuk Kak Kep dan suami juga berkesan untuk makcik kat bawah nih.

Kalau amalkan dan tak tinggal sepanjang bercuti. InshaaAllah balik bercuti akan kekal bertenaga dan tak melepek. Try try.. jangan tak try. Hehehe.

12 COMMENTS

LEAVE A REPLY