Review Gadget Mak Mak dari Kak Kep : Turbo Chopper

Review Gadget Mak Mak dari Kak Kep : Turbo Chopper

568
2
SHARE

Macam bosan pulak asyik cerita pasal jalan kan? Hari nih Kak Kep excited nak cerita pasal gadjet mak mak yang baru sampai di bumi Doha.

Sebenarnya dah lama minat dengan benda alah nih. Setiap kali balik Malaysia, dok belek katalog tuh, asyik dok ushar yang nih. Yang bekas bekas lain macam tak minat sangat. Hehe. Tapi taktau kenapa tak terbeli beli.

Sampai lah satu hari dok sembang sembang dalam group chat Whatsapp family, ada sepupu Kak Kep hantar gambar katalog edisi terbaru bulan Mac. Haishhh. Menggugat jiwa sungguh. Hahaha. Memandangkan mak Kak Kep pun ada nak hantar barang ke Qatar, maka bolehlah selit sekali gadget tu.. Hihihi..

Tadi tengahari sampai. Amboi. Tak menyempat. Terus guna. Test power orang kata. Hahahaha. Hari nih plan nak masak sup ayam. So, apa lagi bawang merah, bawang putih, halia kita kisar kisar dalam tuh saja. Saspen juga sebenarnya. Sebab tak sabar, maka terus guna. Takde dah baca baca manual semua. Hahaha.

20
Google Image

Eh, lupa pulak nak cakap. Gadget tuh ialah Turbo Chopper dari Tupperware. Kiranya macam alat pengganti lesung batu dan blender. Perasan tak kalau guna blender, bahan yang kita nak kisar tuh sikit sangat maka buat penat jek kan? Tak hancur pun.. Nak guna lesung batu pun malas nak tumbuk terpercik pedih mata kan? Maka Turbo Chopper nih memang sesuai sangat lah nak gantikan lesung batu dan blender tuh. Lagipun family comel Kak Kep nih, setiap kali masak, bawang merah, bawang putih, halia cuma beberapa ketul jek guna. Tak berbaloi dan uruskan bab blender. Yang nih comel jek.. Macam basuh mangkuk kecil. Hehehe.

Lepas dah kopek bawang halia semua, mula mula Kak Kep campak macam nih jek.

photo 1

photo 2Sekalinya, bila chop chop chop.. tak hancur hancur.. hahahaha.. Tengok kat YouTube ada jek mak mak yang campak sebiji sebiji dan hancur. Cuma kena lama lagi lah. Makin muscle lah lengan tuh. Hihihihi. Tak daya dah lengan Kak Kep nih.. sudahnya, keluarkan balik dan potong potong sikit. Baru lah ok. Hahahaha. Baru lah ada progress tekstur bahan bahan dalam tuh. Hahahaha.

Jadilah macam kat bawah nih..

photo 4Yang paling best tuh bila kat blade tuh tak ada saki baki bahan yang dah hancur. Jadi senang kita nak terus tumis atau tuang kat mana mana.. Kalau nak hancur lagi, boleh lah goncang goncang sikit dan chop semula. Tadaaaaa dah siap. Sekejap jek guna benda nih.. Takyah nak pakai spek mata hitam tak bagi pedih. Hihihi..

Video di bawah menunjukkan bahawa anda perlu ada power lengan untuk menghancurkan bahan bahan yang dimasukkan dalam Turbo Chopper nih. Hahaha. Selepas sebulan menggunakannya anda akan dapati lengan akan tone dengan cantik sekali tanpa perlu angkat besi di gym #overclaim. Hahaha.

Memang mudah sangat lah benda nih. Bayangkan pagi pagi terkocoh kocoh anak nak ke sekolah nak siapkan nasi goreng kampung. Campak jek bawang, cili, ikan semua dalam nih campak dalam kuali. Letak nasi, gaul. Sempoi. Sedap pun sedap. Mak mak lain memang ada bagi feedback yang senang sangat nak buat rencah nasi goreng bila ada Turbo Chopper nih. Hehehe.

Berminat?? Boleh lah hubungi ejen Tupperware berdekatan anda. Kalau ada offer, untung untung dapat diskaun dan dapat free gift. Kak Kep dapat free gift Tupperware omel omel pink colour. Hihihi. Harga RM129.90.

Takde ejen berdekatan? Baiklah.. Hubungi saja Kak Kep. Kak Kep nih serba serbi mampu uruskan. Hihihihi.

Sekian sahaja review Gadget Mak Mak,Turbo Chopper by Tupperware oleh Kak Kep. Hihihi.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY