Rugi Ke Bawa Anak Mengembara?

Rugi Ke Bawa Anak Mengembara?

710
6
SHARE

Banyak yang cakap Kak Kep gila bila Kak Kep bagitau diorang yang kami road trip Istanbul – Bursa – Ankara – Cappadocia – Istanbul dalam masa 5 hari 4 malam. Kalau ikut tour, trip tuh minimum 9 hari 8 malam. Hehehe. Kami laki bini memang gila..

Sama jugak. Kembara Eropah. Istanbul (transit 12 hours) – Amsterdam – Zurich – Luzern – Lake Como – Milan – Chamonix – Geneva – Amsterdam dalam masa 8 hari 7 malam. Orang tamak selalu untung. Penat sekali jek. Tapi dapat redah merata. Ini lah untungnya road trip.

Ko boleh stop mana ko nak stop. Ko boleh tido mana nak tido. Mana yang tak best tuh just lalu jek. Lepas check in instagram (nakkk jugak khennn?) pastuh jalannnn. Hahaha. Benda benda nih yang korang takkan dapat kalau ikut tour.

Tapi bila kembara sekejap tapi padat macam kakkep nih korang kena bersedia mental dan fizikal. Tambah lagi dengan anak 3 orang kecik kecik. Yang orang selalu terbeliak bijik mata tuh sebab dengan 3 askar nih. Kalau berdua jek memang tak heran lah kan redah redah macam nih.

Stress tuh ada la jugak sikit sikit. Tapi mungkin persekitaran pun membantu. Diorang buat perangai pun, kami laki bini gelak gelak jek.. Maklumlah.. sejuk nyamannn gitu. Cube ko buat perangai di tengah tengah Legoland yang panas membahang dan peluh menitik nitik tak sempat nak lap tuh, mau bertukar jadi Hulk mak kau nih.. Hahaha..

Tapi berbalik kepada niat kita.

Kita bawak diorang jalan kenapa?

Mesti nak bagi diorang happy kan?

Walaupun padat, tapi kami pilih tempat tempat yang nak visit tuh tempat diorang suka. Macam di Turki, sedaya upaya ke Bursa spend time untuk main snow. Berharga tau pengalaman tuh. Diorang bukan sekadar tengok kat TV. Tapi dapat sentuh, dapat rasa sendiri. Feel dia memang sangat berlainan. Happy diorang memang tak terkata.

Ada orang cakap, laaaaa buat rugi duit flight jek bawak anak anak kecik taktau apa apa gi jalan jalan gitu. Diorang bukan tau apa apa. Lagipun buat tambah stress jek dengan peel diorang. Hehehe. Tapi untuk kami, ‘rugi duit flight’ bawa anak anak kembara tak ada dalam kamus hidup kami. Setiap pengalaman untuk kami as ibu bapa dan untuk diorang as kanak kanak sangat sangat berharga.

Bila dah balik.. Sambil duduk duduk kat meja makan, si bujang bersuara “Ma, kat Cappadocia tuh best kan? orang kat sana, duduk dalam cave.. tak macam rumah kita, walaupun cave tapi diorang terer kan? boleh buat bilik, ade dapo macam rumah kita” PRICELESS kotttt…

Just imagine, kalau tak bawa pergi tengok dengan mata kepala diorang sendiri, just tengok kat TV.. Ingat diorang kisah ke semua tuh.. Mesti tak heran pun kan? Seriously, benda benda macam tuh yang keluar dari mulut anak memang sangat berharga untuk kami laki bini.

Lajak ponteng sekolah untuk kembara? We don’t mind at all.. Ini baru betul betul jauh perjalanan luas pemandangan melimpah ruah pengalaman.. Tak gitu?

Korang masih saspen nak bawak anak road trip yang padat dan huru hara nih? Don’t worry, jadikan www.kakkep.com as your bestfriend. InshaaAllah Kak Kep bantu sebanyak mungkin. Peace yo!!

Kak Kep | www.KakKep.com

Whatsapp / Telegram : +6012 564 3627

6 COMMENTS

  1. Ishh..mana ada rugi bawa anak-anak berjalan. penat hanya sekali, tapi pengalaman tu yang lebih berharga. lagi pun time ni kita ada masa bersama mereka, once dah masuk boarding school, that’s it.

LEAVE A REPLY