Ski dan Salji di Gudauri, Georgia – Day 2

Ski dan Salji di Gudauri, Georgia – Day 2

240
0
SHARE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

image
Walaupun Georgia terkenal dengan wine nya. Tapi mana boleh minum wine. Kita togok Vivix lah nak bagi badan panas nak hadap -22c punya weather okay. Togok banyak banyak tau

Our day 2 start awal hari nih, masak sarapan dekat apartment. Make sure perut kenyang betul untuk enjoy snow kejap lagi. Kalau di ski resort, susah nak jumpa kedai runcit dan sebagainya maka kalau boleh masak bawak lah bahan mentah serba sedikit.

Semalam memang dah pesan  pada driver supaya singgah supermarket sebelum naik ke atas. Mujur Kak Kep dah borong telor, roti dan bawak beras sardin bawang sikit dari Doha. Spageti pun bawak jugak. Kali nih memang Kak Kep masak. Sebelum sebelum nih tak pernah masak. Huhu. Anak makin ramai dan kuat makan, so kena masak. Nak cari kedai halal atau vege restoran pun sejuk beku macam tuh leceh. JANGAN LUPA VIVIX OKAY!! Bagi panas badan. Orang diorang boleh minum wine bagai nak bagi panas. Kita togok Vivix lah.. hehehe..

image
Seketul bayi sudah di balut. Lets goooo..

Jarak dari apartment ke first chair lift untuk ski lebih kurang 20 minit jalan kaki. Bear in mind, kalau tempat kita stay dekat dengan chair lift, sudah semestinya harga hotel tersebut ribu riban. So kami pilih untuk jalan. Waktu jalan nak ke sana memang happy lah anak anak. Jenuh nak sabarkan, kejap lagi kat atas kita main salji sana. Sepanjang jalan pun nak main. Jadi lambat lah. Hahahaha.

image
Rombongan cik kep nak main salji. Orang kampung nak main salji. Hihi.

Sampai atas sana, tengok temperature -16c. Nak nanges rasa. Bayi 5 bulan itu mujur telah dibalut jadi sebesar peha lembu. Hahahahha. So, dah melekat kat badan abah. Panas. Dia tidur jek.

Sewa proper attire untuk main  salji. Part proper attire nih pun akan ada entry khas untuk ini okay. Tunggu. Dan mengada ngada join ski school jugak selama sejam. Mama, si bujang dan Yaya. Jiran juga tak ketinggalan. So kami berlima cuba cuba main ski. Susah hokay. Memang terhibur. Penat. Dah ski ke bawah. Kena panjat naik pulak. Yaya memang champ. So natural. Selamba jek dia. Comel sangat.

image
Getting ready
image
Si champ yang kecik comel belakang tuh. Auwww

Lepas Kak Kep ski, turn Abam S pulak try snowbike. Fuhhhh. Yang nih memang so cool. Sangat best. Macam ATV kat sand dunes. Tapi yang nih ATV kat snow. Adrenaline rush. Naik dengan anak bujang. Anak bujang pun happy kemain.

image
Thumbs up!!

Kami lepak lama jugak. Dalam sejuk sejuk tuh. Temperature makin drop bila makin petang ke malam. Kemuncaknya bila Yaya dah tumpas. Sejuk sangat tak boleh tahan. Semua dah menangis nangis. Hahhaahha. All wet and getting colder. Dan bila si bayi 5 bulan bangun tidur dan dah start meragam. Maka its time to balik.

Dah balik tuh, settled down semua menghadap heater. Abam S dan si Hafiy pergi balik naik chair lift ke tempat ski. Tak cukup cukup. Time tuh tempat ski kat atas -22c. Apa ke jenis sejuk sangat melampau tah. Tak paham betul. Hahahaha. Macam kutub utara pulak

image
Bacaan suhu kat belakang tuh in Fahrenheit okay. Cuba lah bayangkan selepas di convert celsius. -8 tuh kat atas gunung sana. -3 kat bawah. Phewwww. Brrrrrr. Ada orang kebal. Glove pun tak pakai.

Bila dua beranak jek kat atas tuh, banyak lah diorang explore playground la ape. Balik diorang singgah kedai runcit dan jumpa kedai makan halal. Bab nih nanti ada satu entry khas okay. Hehehe.

Diorang balik hotel dekat Maghrib, siap beli makan nasi beriani dan kebab. Malam? Marilah berkumpul beramai ramai depan heater. Nak keluar? Giler ke hape? -50c hagaknyerrr.. Hahhahahaha.. Hoverrr..

*******************

Expenses Day 2

*******************

All in GEL. Pandai pandai lah korang convert yek. 100GEL=RM165 lebih kurang.

Sewa baju snow dan kelengkapan untuk ski untuk 3 orang = 300GEL

Ski Instructor = 3 orang = 150GEL

Snowbiking = 100GEL untuk 2 bike

Untuk segala kelengkapan ski dan apa apa berkaitan snow activity, make sure bargain. Diorang takde spesifik harga tau. Main petik jek. So, bargain dan buat buat jual mahal. Diorang kurangkan lagi.

Makan malam 1 beriani mutton + 1 kebab = 40GEL

Untuk snow activity bagi Kak Kep sangat murah. Europe? So exaggerate. Boleh buat perbandingan harga harga kat atas lebih kurang harga kabel car di Chamonix 60Euro untuk 1 person.

Memang betullah orang cakap, Georgia is so cheap cheap untuk snow experienced. Tambah tambah untuk anak ramai seperti diri ku ini. Hahahaha.

We surely come back Georgia

Day 3? Stay tuned!

Gambar tak banyak kat blog. Gambar kat FB okay. Kalau nak add Kak Kep kat FB link kat sini —->> Facebook KAK KEP

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY