‘Terbang’ Bersama Anak Anak Tanpa Suami? Ikut Cara Kak Kep!

‘Terbang’ Bersama Anak Anak Tanpa Suami? Ikut Cara Kak Kep!

872
6
SHARE
Token Of Love to crews & Captain

Assalamualaikum

Walaupun dah lambat tapi nak update jugak. Hahaha. Alkisah balik kampung raya 2015 hari tuh.

Kami balik 4 beranak jek without Abam S. Together with ‘jiran’ diorang pun 4 orang. Ramainya budak budak. Hahaha. Walaupun dengan jiran tapi anak anak Kak Kep nih lambat panas.

And bukannya boleh orang nak tolong pimpin tangan ke, tolong dokong ke. Semuanya ngendeng kat maknya jugak. Hehehe.

Flight kami akan transit di Dubai. Tapi bukan dengan Emirates. But Doha to Dubai with Qatar Airways dan Dubai to KL with Malaysia Airlines.

Abah hantar kami balik kampung. Tata abah.
Abah hantar kami balik kampung. Tata abah. Rombongan huru hara nak balik Malaysia. Hihihihihi.

Ohhhhh Ohhhh Balik Kampung

Anak anak excited sebab kali nih balik ramai ramai. Memang diorang happy sangat. Cuma sebab terlampau excited malam before tuh semua tak tido. Sudahnya bila flight dari Doha ke Dubai walaupun cuma sejam semua tidur dalam flight.

Lepas tuh grumpy masing masing waktu transit 4 jam tuh. Si kakak sebab ada kawan iaitu Shaima yang bawak playdoh, memang bergembira sakan la berplaydoh di Terminal 1, Dubai International Airport. Tak terasa 4 jam transit.

Playdoh time. Yeahaaaa.
Playdoh time. Yeahaaaa.

Alhamdulillah. All went well. Both flight tak delay. On time. Si Yaya sangat behave. First time for her dapat seat sendiri. Duduk. Buckled up dengan happy. Kak Kep pulak yang kagum dengan dia. Sebab Kak Kep budget dia nak meraung raung nak duduk atas lap.

Rupa rupanya sangat ok. Terkejut jugak mak dia nih. Hahaha. Flight pun sangat ok. Just mild terbulence sepanjang 7 jam perjalanan. The best part, ramainya orang Malaysia dalam flight, semua pakat nak balik raya. Feeling sangat. Kalau MAS pasang lagu Sudirman memang cool gila lah kan? Hahaha.

Best Service with MAS

As usual, service MAS memang sentiasa WIN di hati Kak Kep. Sangat bertimbang rasa. They served food for the kids first. Lepas tuh baru untuk adult. Jadi memang tak kelam kabut.

Anak anak pun kebanyakan masa layan tidur dan layan movie. Memang tak banyak kerenah. Mungkin hasil Kak Kep dan Abam S bawak diorang merata rata dengan flight jadi diorang dah biasa.

Gambar hiasan. Hihihihi.
Gambar hiasan. Hihihihi.

Tambah tambah si Yaya. Umur 20 hari dah naik flight. Yang tuh memang kental. Hehehe.

Safely Landed – Alhamdulillah

Sampai Kuala Lumpur International Airport (KLIA) tepat jam 7.00 pagi. Alhamdulillah. Cik Li dah siap sedia tunggu kat luar. Beg pun cepat keluar. Sampai Puchong rumah mentua Kak Kep jam 8.30 pagi.

Naik jek kereta dari KLIA terus dengar lagu raya kat radio. Fefeeling sangat. Perasaan perantau yang tinggalkan Malaysia setahun khennnn? Rumput pun wanginyaaa lahaiiiii time tuh.. Hahahaha.. Hover kan?

Ok, takmau cerita panjang. Kak Kep nak bagi tips sikit macam mana nak bawak anak anak naik kapal terbang sendiri tanpa bapak diorang. Hehehe. Not easy tapi bukan juga mustahil.

TIPS #1

…… Jangan lupa kudap kudapan. Kak Kep siap goreng nuggets, karipap untuk bawak bekal. Sangat leceh untuk makan di airport segala bagai kalau kena handle anak, nak kena beratur beli makan, nak bawak makanan ke meja. Kena pulak yang nak berdokong. hohohohoho. sangat leceh okayh. So, nak selamat. Kalau anak anak anak lapar sebelum boarding, bagi kudap kudapan dulu

TIPS #2

……. Solat siap siap sebelum boarding. Jangan tunggu tunggu. Masuk waktu kalau Zohor tuh terus jamak dengan Asar. Macam kes Kak Kep hari tuh jamak Zohor Asar di airport Doha. Jamak Takhir Maghrib Isyak dalam flight from Dubai to KL bila budak budak tidur. Niat siap siap.

TIPS #3

……. Tukar diaper anak siap siap sebelum boarding. Lebih baik betul betul sebelum boarding. Selalunya, baby room di airport lebih selesa berbanding toilet dalam flight. So setelkan apa yang patut sebelum boarding.

TIPS #4

…… PALING PENTING!!! Kalau mak nak ke toilet, jangan lupa angkut semua anak anak masuk sekali dlm toilet. Jangan sesekali tinggal kat luar. NO DON’T. Sentiasa heret anak anak ke mana sahaja. Jangan harap pada abang untuk jaga adik okayh.

TIPS #5

…… Babywearing sangat membantu. Please say NO to stroller. At least untuk Kak Kep. I don’t have lebih tangan untuk handle stroller. Yaya tidur sambil babywear. Kakak menangis ngantuk pimpin tangan. Satu tangan lagi tarik beg. Sebelah tangan beg susu. Si abang pun grumpy tak pasal pasal. Masih juga tak serik. Malah nak buat lagi. Hahahaha.

Last but not least, terima kasih banyak banyak untuk Shanim dan Farizal satu family yang turut sama tolong Kak Kep especially bab tolong angkat dan sebagainya. Kalau diorang takde, susah juga nak handle sorang sorang. Jangan serik lagi nak balik dengan kami ekk.. Hihihihi..

Bagi mak mak yang terpaksa ‘terbang’ sendiri tanpa kehadiran suami di sisi. Bolehlah tiru tips tips kat atas. Sikit sebanyak Kak Kep kongsikan pengalaman sendiri untuk panduan bersama.

Sebelum ‘terbang’ jangan lupa telan B Complex banyak banyak okay untuk mood yang stabil sepanjang perjalanan. Hahahaha.

Jumpa lagi lain waktu okay. Tata.

6 COMMENTS

  1. Wah!! Sangat mencabar bila balik kampung sorang – sorang, tapi Kak Kep sangat ohsem!

    Seronok baca cerita Kak Kep, simple and interesting :)

LEAVE A REPLY