Tips Bawa Bayi Main Salji

Tips Bawa Bayi Main Salji

216
0
SHARE

That 5 months old baby survived -16c minimum & -23c maksimum temperature at Gudauri Ski Resort, Georgia.

Meh Kak Kep kongsi sedikit tips macam mana nak bawa baby tengok salji (walaupun dia taktau apa apa) while abang kakak enjoying main salji.

image
Kat bilik memang dia nangis sebab panas

1) Menjadikan bayi tersebut seperti ‘kuih lapis’
———————————————————

Pakaikan berlapis lapis pakaian. Susah nak cari pakaian winter untuk saiz bayi. Sebab kita bukan di negara yang ada salji.

So be kreatif dan mak kena fikir di luar kotak. KK pakaikan Hamka 3 lapis jumpsuit.

Lapisan pertama yang kena kulit dia adalah dari jenis material wool. Wool nih, kalau basah pun dia akan keep warm.

Cotton adalah big no no untuk di pakaikan pada anak anak untuk main salji. Kalau basah, takkan kering dan miserable. Berbeza dengan wool. Yang nih untuk anak anak yang dah besar dan nak main salji.

Lapisan luar tuh, jadikan bayi seperti ‘orang bulan’ tegak jek kaki tangan dia kejung

image

Topi make sure sentiasa melekat di kepala. Minimumkan kulit yang terdedah. Kalau dia tak nangis dan ok. ‘Ninja’kan dia.

2) Waktu yang sesuai untuk bawa bayi keluar
———————————————————

Sentiasa pantau bacaan suhu. Matahari mula cerah jam 10.30am di Gudauri. Dan chairlift di ski resort mula beroperasi jam 10 pagi. Makanya, ini waktu yang sesuai bawa bayi keluar.

Cahaya matahari membantu supaya tak rasa sejuk sangat dan bearable. So, time is important. Kena ingat, musim sejuk di kawasan gunung salji. Cukup susah nak dapat bright sunny day. Selalunya cloudy jek.

Jadi this is the best time to enjoy snow dan gambar pun cantik

3) ‘Pakai’ bayi tersebut
—————————–

Make sure ada baby carrier. Tak kiralah wrap, ssc atau kain batik sekalipun (kalau pandai). Bayi kena sentiasa melekat pada badan mak atau ayah.

Sama sama saling bantu untuk memanaskan badan dengan body heat masing masing. Jadi bayi akan rasa sangat selesa dan tenang.

4) Panaskan badan di kawasan tertutup
————————————————-

Maksimum untuk bayi berada di kawasan lapang atau terdedah adalah 30-45 minit. Lepas tuh cari tempat lepak tertutup seperti coffee house atau kafe. Rehat dalam 15 minit. Panaskan badan dan keluar semula.

Sentiasa ingat. Bayi tak macam orang dewasa atau kids & toddler. Badan dia masih tak boleh adjust dengan suhu terlampau sejuk macam tuh.

Mak ayah kena sentiasa alert dengan perubahan pada bayi. Kalau dia dah menangis dan menunjukkan tanda tanda tidak selesa. Lebih baik hentikan aktiviti dan cari solusi.

Jangan lupa, mak ambil makanan atau minuman yang boleh memanaskan badan seperti madu, Vivix atau yg lain lain. Dan susukan bayi. Sama sama boleh memanaskan badan.

Ada bayi? Tiada halangan untuk berlibur di pergunungan salji. Kembara Kak Kep dah buat. Korang pun boleh buat

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY