Tips Bercuti Bersama Keluarga di Taman Tema

Tips Bercuti Bersama Keluarga di Taman Tema

606
6
SHARE
Kalau ramai ramai macam nih gi taman tema memang havoc. Best oooo

Cuti sekolah dah bermula kan? Bestnyerr.. Anak anak mesti happy.. Mak ayah dah ready ke mentally dan physically untuk melayan anak anak sepanjang sebulan lebih cuti sekolah?

Kalau belum ada plan apa apa, mungkin boleh cuba percutian di taman tema. Banyak taman tema dalam negara kita. Be it waterpark atau drypark.

Antaranya ialah :

Sunway Lagoon Resort, Selangor – ada waterpark dan drypark

Legoland, Nusajaya, Johor – ada waterpark dan drypark

Genting Theme Park – drypark

dan sekarang nih makin bercambah taman taman tema kecil kecil di seluruh negara.

Dan mungkin ada yang plan nak ke luar negara. Paling dekat ialah jiran sebelah Malaysia iaitu Singapore. Ke Universal Studio kita yekk.

Jauh lagi sikit, ke Disneyland Hong Kong lah kita. Bukan saja impian budak budak, malah mak budak pun happy kalau nak ke Disneyland. Like dream come true. Nak jumpa Disney princesses and tengok magical fireworks kan? Hehehe..

Ok, Kak Kep nak kongsi sikit tips cuti cuti ke taman tema nih.  So, apa persediaan untuk anak anak supaya diorang enjoy dan tak less grumpy? Lets check it out..

Elakkan Berkunjung Pada Hujung Minggu

Kalau nak ikutkan, sepanjang musim cuti sekolah memang setiap hari ramai orang. Tapi hujung minggu boleh jadi sangat sesak. Jadi mungkin mak ayah boleh ambil cuti pada weekdays untuk plan berkunjung pada hari biasa untuk elakkan kesesakan melampau, tambahan lagi untuk keluarga yang akan membawa bayi atau anak anak yang masih kecil untuk lebih keselesaan

Datang Awal

Kalau pintu bukak jam 9.00 pagi. Pastikan 9.00 pagi dah ada di depan pintu untuk elak kesesakan. Sebelum masuk sudah semestinya nak ambil gambar di depan pintu kan? Di depan globe USS atau mercu tanda Disneyland Hong Kong. Hehehe.

Lagipun bila masuk awal, Mickey dan Minnie mungkin dah ready tunggu kat depan, nak ambil gambar dengan Mickey Minnie nih bukan senang. Bukan main panjang beratur. Jadi bila kita awal, kita tak buang masa kat situ. Huhuhu.

Kemain ramai kan nak amik gambar depan globe. Huhu. 'Mak' Shaklee yang pakse register membership. Yang akhirnya membuatkan Kak Kep 'terpaksa' gi US secara PERCUMA. Giler btol. Hahahaha
Kemain ramai kan nak amik gambar depan globe. Huhu. ‘Mak’ Shaklee yang pakse Kak Kep register membership. Yang akhirnya membuatkan Kak Kep ‘terpaksa’ gi US secara PERCUMA. Giler btol. Hahahaha. ‘Anak Beranak’ depan Universal Studio, California. Weaaaaaaaaaaa..

Susun Jadual Dalam Taman Tema

Rujuk peta taman tema di laman web atau dapatkan di pintu masuk taman tema. Untuk Kak Kep sendiri sebelum ke taman tema kami dah bincang anak beranak. Selalunya akan tanya si abang apa yang dia paling teringin nak naik atau tengok. Rujuk pada peta dan susun jadual serta estimate masa.

Jadi pergerakan dalam taman tema lebih teratur dan tak banyak buang masa. Contohnya : Transformers Ride di Universal Studio memang tumpuan ramai orang. Jadi once dah masuk, tuju ke situ dahulu untuk elak beratur panjang.

VIP Pass

Kak Kep sangat galakkan untuk korang peruntukkan lebih sikit pada VIP Pass. Dengan VIP Pass nih korang boleh potong Q yang berjela nih tau.

Untuk Disneyland, pass cut Q nya korang kena amik slip kat setiap ride and dtg balik ikut waktu yang dah ditulis pada slip tadi. Kalau terlepas waktu tuh, kena ambil lagi sekali.

Bagi Universal Studio pula, kena beli pass kat kaunter yang disediakan. Then, korang dibenarkan untuk cut Q di setiap ride dengan cara staff akan scan pass VIP korang. Ini apply di Universal Studio, California. Di Singapore, last time Kak Kep gi, just print and tick dengan pen. Dah lama dah. Mungkin dah upgrade macam Universal Studio, California

Stroller dan Babywearing

Di taman tema, Kak Kep galakkan untuk guna stroller. Sebab untuk babywear macam leceh sebab ada banyak ride yang mak atau ayah nak naik dan tak sesuai untuk bayi. So, korang kena letak anak dan ‘pakai’ balik berulang kali. Macam tak praktikal.

So, highly recommended guna stroller. Stroller parking memang disediakan almost di setiap rides. So, no worries. Untuk Kak Kep sendiri, anak yang dah umur 6,7 tahun pun Kak Kep still sewakan push car untuk diorang. Kak Kep tak punya kesabaran yang tinggi untuk melayan grumpy dan asyik dok ngadu sakit kaki tuh. Huhuhu. So, sewakan push car better untuk anak yang dah besar sikit. Untuk kami, satu stroller dan twin push car yang disewa pun dah cukup.

Cukup lengkap cucu cucu tok. Hihihi
Cukup lengkap cucu cucu tok. Hihihi. Universal Studio, Singapore

Topi, Krim Pelindung UV dan Sunglasses

Kalau cuaca panas jangan lupa 3 essentials item di atas. Taman tema nih kalau kita gi macam kita gi pantai, kena cukup lengkap bab nih.

Setakat nih pengalaman Kak Kep di Disneyland & Universal Studio California, Disneyland Hong Kong semua panas berpeluh menitik. Huhuhu. Legoland & Universal Studio Singapore jangan citer lah kan? Sah sah panas terik. Hihihi.

Pakaian Dan Kasut Yang Selesa

Pastikan pakaian yang selesa bersesuaian dengan cuaca. Anak anak tuh seluar pendek dengan sleeveless jek dan elakkan warna hitam. Jangan lupa bawa pakaian extra, mana tau nak tukar atau apa apa kan?

Makanan dan Minuman

Tak boleh bawa masuk makanan dari luar. Bersedia untuk makan makanan yang mahal. Hehehe.

Disneyland Hong Kong dan Universal Studio Singapore ada sediakan restoran halal. Universal Studio dan Disneyland California tiada restoran halal. So, makan buah jek la sehari suntuk. Hihihihi.

Yang dalam negara kita, sah sah boleh belasah semua. Hihihihi.

Kamera & Monopod

Ada sesetengah rides yang tidak membenarkan penggunaan monopod. Jadi sentiasa rujuk pada staff on duty.

Jadual Pertunjukan

Yang nih pun penting, kalau nak tengok Elsa dan Anna melambai lambai, jangan terlepas untuk saksikan parade di Disneyland. Ada waktu waktu tertentu. Dua kali untuk sepanjang hari. Magical fireworks pada waktu malam, sebelum taman tema ditutup akan diakhiri dengan magical fireworks nih.

Untuk Universal Studio semak jadual pertunjukan pada peta. Untuk Studio Tour di Universal Studio California, its on going, korang just kena beratur jek.. Memang teruja lah Studio Tour kat sini sebab boleh tengok Wisteria Lane. Wuhuuuuuu.

Rumah Gabby dalam Desperate Housewives. Weahooooo..
Rumah Gabby dalam Desperate Housewives. Weahooooo..
WaterWorld show di Universal Studio, California. Super duper ohsem.
WaterWorld show di Universal Studio, California. Super duper ohsem.

Tempah Hotel Taman Tema

Kalau merancang untuk stay di hotel taman tema, pastikan tempah awal okay. Sangat awal. 6 bulan sebelum ke. Huhuhu. Sebab selalu full. Kak Kep tak dapat tempah di Disneyland Hong Kong. Tapi dapat tempah di Legoland Nusajaya dengan harga mahal sebab yang murah dah habis.

Dalam bilik ada sedia complimentary Lego. Suka sangat budak budak.
Dalam bilik ada sedia complimentary Lego. Suka sangat budak budak.

Dah janji dengan anak anak, dengan berat jariku ku klik jua booking itu. Huwaaaaa..

Jangan lupa check promo sebelum tempah. Ada potongan untuk pemegang kad kredit, untuk kakitangan kerajaan bagi taman tema dalam negara atau pakej pakej tertentu yang disediakan oleh pihak hotel. Banyak boleh jimat tau. So, rajin rajin kan lah diri untuk browse website diorang untuk any info.

Masjid / Surau

Mostly tak sediakan ruang solat. Di Disneyland California, Kak Kep solat di nursing room. Kat Disneyland Hong Kong pula, tokwan solat bawah pokok jek. Boleh jugak.. Bumi kan masjid. hehehe

Tokwan solat bawah pokok
Tokwan solat bawah pokok

Rasanya, setakat itu dulu kot tips yang Kak Kep dapat kongsi dan percayalah.. Taman Tema nih akan jadi super duper best bila pegi ramai ramai.

Meriahkan? Kalau ramai ramai camnih. Hihihi
Meriahkan? Kalau ramai ramai camnih. Hihihi. Otw to Disneyland, Hong Kong dari hotel kat Tsim Tsa Hui

Disneyland Hong Kong kami gi 4 family seramai 20 orang. Memang havoc. Best betul.

Gi Legoland just kami satu family jek. Sadiss sungguh. Anak anak enjoy stay kat hotel jek. Masuk theme park 3 jam terus ajak balik. Huhuhu. Legoland tuh best cuma bila gi satu family jek budak budak tak enjoy sangat. Huhuhu.

So advisable kalau korang dapat plan ramai ramai dengan family atau kawan kawan. Lagi meriah u olls. Hehehe.

6 COMMENTS

  1. tunggu anak besar sikit boleh lah bawa pergi theme park ke water park.
    Meriah tengok family besar kak kep pergi jalan-jalan ramai-ramai.

LEAVE A REPLY