Tips Kekal Sihat Waktu Kembara

Tips Kekal Sihat Waktu Kembara

93
0
SHARE

Assalamulaikum wrt wbh

Korang pernah sakit tak bila bercuti atau melancong? Tak best kan? Duit dah banyak habis untuk bercuti, tapi sakit pulak. Memang takde mood. Bila kita sakit, perkara yang kita nak buat cuma tidur jek. Betul tak? Badan sakit sengal sengal, macam mana nak berjalan dengan tenang kan?

Kak Kep dan family kalau plan nak mengembara ke mana mana, sebulan awal dah bersiap sedia untuk buat apa yang patut untuk pastikan seluruh ahli keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat. Anak anak yang paling utama. Kalau diorang sakit, memang kita pun tak boleh bergerak.

Kenapa Tak Boleh Sakit?

1. Rosak plan

Kita dah rancang macam macam plan kalau nak bercuti kan? Tambah tambah kalau melibatkan taman tema. Tidak kiralah waterpark atau drypark. Kalau sakit memang spoil mood kan? Anak anak tak dapat enjoy. Sudahnya duduk terperap dalam bilik. Ruginya…

2. Sukar Nak Dapat Rawatan

Leceh sikit nak pergi klinik atau hospital di kawasan yang kita tak familiar. Betul tak? Kalau masih dalam Malaysia, mungkin tiada masalah, boleh jer pergi mana mana klinik yang ada. Tapi bayangkan kalau ke luar negara. Bayangkan lagi negara tersebut bahasa Inggeris bukan bahasa utama. Memang sengsara lah nak berurusan. Jangan kata nak pergi hospital. Nak beli ubat kat farmasi pun susah. Kita tak faham bahasa mereka.

Kekal Sihat Sewaktu Kembara

Itu adalah 2 sebab paling utama kenapa tak boleh sakit ketika bercuti atau melancong. Jadi macam mana nak buat untuk elak sakit ketika bercuti? Kak Kep bagi sedikit tips okay..

1. Banyakkan minum air

Kita nih bila dah berjalan, kadang kadang lupa nak minum air kosong banyak banyak. Kalau makan di restoran mesti pesan air manis. Tak elok tau. Walaupun sedang bercuti, pastikan korang ambil air kosong yang banyak. Maklumlah bila melancong nih kita banyak guna tenaga dan mudah kehilangan air dalam badan. Cara nak ganti balik pastinya dengan minum lebih banyak air.

2. Kawal dan Jaga Pemakanan

Jangan makan sebarangan. Yer tau. Korang akan teruja nak try street food (yang halal) waktu kembara. Tapi kena pastikan juga kebersihannya. Jangan main hentam saja. Kalau kena cirit birit? Aduihhhh.. Fikir pun dah seksa. Bayangkan kalau alami sendiri. Merana kot. So, bab makan nih kena memilih sikit. Pastikan kebersihan dan kalau diri sendiri dah tau alergik dengan apa apa jenis makanan, seboleh boleh elakkan okehh..

3. Jangan Tinggalkan Vitamin

Kalau korang memang pengamal vitamin, kembara bukan alasan nak skip untuk ambil vitamin okayy.. Jangan kata skip, malah kena topup lagi vitamin yang sedia ada bersesuaian dengan aktiviti kembara yang korang lakukan. Kalau jenis suka hiking dan panjat bukit tuh, pastikan vitamin sendi tulang wajib bawak. Jangan kata untuk panjat bukit, beg pun kena angkut sana sini, berat pulak tuh.. kena bagi ‘makan’ kat tulang sendi kita. Kalau tidak dia marah.

Jangan lupa juga vitamin yang tingkat imunisasi badan untuk satu keluarga termasuk anak anak. Kalau anak anak sakit lagi lah kita susah hati kan? Memang sah sah akan ganggu semua plan. So kalau pack vitamin kat diri sendiri tuh, jangan lupa pack kat anak anak sekali especially vitamin C dan minyak ikan untuk kuatkan paru paru diorang supaya tak mudah jatuh sakit.

Tak susah untuk jaga kesihatan semasa kembara kecuali tau caranya. Taktau nak pack vitamin? Cuba tengok kat bawah. Macam macam jenis ada. Yang masukkan dalam pill box, yang masukkan dalam plastik ubat. Be creative. Bila dah makan vitamin macam nih semasa kembara. Nak tak nak terpaksa minum air kosong banyak kan? Hehehehe

carapackvitamintravelNak tau vitamin apa Kak Kep ambil semasa kembara untuk bagi tenaga berkuntau dengan askar dan memastikan mood Kak Kep sentiasa ok dan tak berubah menjadi mak lampir? Hahahaha..

Boleh roger naaaa… *wink wink*

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY