Tips Memilih Percutian TERBAIK Bersama Anak Anak

Tips Memilih Percutian TERBAIK Bersama Anak Anak

979
6
SHARE

Salam,

Kembara bersama anak anak adalah kepakaran Kak Kep dan Abam S. Since anak sorang lagi dah hangkut anak walau ke mana mana. Being Abam S yang susah sangat nak tinggal anak untuk kembara, memang rasanya chances untuk second honeymoon sangat tipis.

Kalau nak gi honeymoon berdua paling jauh Langkawi, kalau Batu Feringghi lagi dia suka kot. Hihihihi. Sebab kalau tinggal anak kat kampung pun, dari Batu Feringghi tuh 20 minit drive jek. Berangan jek lah ko Kak Kep nak honeymoon Kota London. Hahaha.

Ok lah, since kembara dengan anak anak adalah ‘makanan’ kami apakata kita tengok percutian atau kembara yang macam mana yang sesuai dengan family yang ada anak anak.

Kembara Road Trip

Oh Yes!!! Our favourite. Sampai Kak Kep karang satu e book pasal road trip nih. Makanya, boleh dikatakan kepakaran kami lah nih.. Hihih.. Ok lah, mungkin bagi yang baru nak cuba, rasanya tak perlu untuk ke luar negara atau jauh jauh. Dalam negara dulu. Kita cuba. Kalau tinggal di Johor. Apa kata kita road trip ke Kelantan dengan anak anak.

Road trip nih mudah sebab boleh angkut segala benda sebab kita bergerak dengan kereta sendiri, makanya, ikut suka lah kan nak angkut apa pun dari rumah. Hehehe.

PROS

1. Mudah nak organize bila bawa kereta sendiri especially bab barang yang nak dibawa.

2. Itinerary senang nak plan ikut kesesuaian dan ikut rutin anak anak. Bangun lambat sikit ke? Tidur lambat sikit ke? So bolah adjust adjust.

3. Lebih ruang untuk stroller dan barang keperluan anak yang lain.

CONS

1. Kalau road trip dalam negara atau dekat dekat dengan rumah macam kureng exciting gitu. Tak thrill sangat. Hehehe.

2. Kena check betul betul bajet. Kadang kadang boleh jadi lagi mahal dari travel dengan flight tau.

3. Sangat ok untuk family yang nak try first road trip. Lagipun road trip nih rasa lebih closed dengan ahli keluarga yang lain which is very good kan? Kak Kep MESTI PILIH. Hehehe.

Kak Kep dah siapkan satu E Book Kembara Road Trip. Pengalaman yang telah Kak Kep lalui. Korang boleh download E Book PERCUMA nih di link kat bawah :

DOWNLOAD E BOOK ROAD TRIP

Ebook Kembara Kak Kep

Kembara Cruise

Wah. Cool kan? Kak Kep belum try. Tapi ada keinginan juga nak try. Mengikut survey survey yang Kak Kep baca, sesuai juga untuk anak anak sebab normally dengan cruise macam macam tersedia. Swimming pool, kids club, entertainment area dan banyak lagi.

PRO

1. Mesti anak anak happy. Dan kita sebagai mak ayah pun happy sebab tak payah fikir sangat. Just enjoy jek.

2. Cuma sebagai Muslim kita boleh cari pakej cruise untuk Muslim. Rasa macam dah banyak ada sekarang nih. Siap ada ustaz jadi duta tak silap Kak Kep. Ada banyak program ilmiah sepanjang berlayar kan? Bila ada pakej muslim macam nih dah tak payah risau bab makanan halal kan?

CONS

1. Tapi, kalau korang jenis mabuk laut. Baik lah lupakan niat suci ini. Hihihihi. Kang dok melayan mabuk. Sudahnya tak enjoy pun kan? Hmmm..

All Inclusive Resort

Resort macam nih maksudnya, kalau korang pilih, kira join pakej lengkap yang di sediakan oleh resort tuh. Kalau 4 hari 3 malam. 4 hari tuh korang enjoy dalam tuh jek tak keluarĀ  ke mana. Makan full board. Sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Contoh paling mudah kalau korang pilih Club Med. Korang tau kan? Kalau Club Med nih, dia siap sediakan aktiviti untuk semua pengunjung club dia. Kena join aktiviti aktiviti tuh semua.

Kak Kep dah try sekali all inclusive resort nih sewaktu ke Maldives. Kami pilih Hilton Irufushi Resort & SPA. Memang lengkap dengan kids club jadi mama abah boleh fefeeling honeymoon kejap while anak kat kids club. Gituuuuuu..

maldives
HM1 di water chalet Hilton Irufushi Resort & Spa, Maldives

PROS

  1. Senang nak kira bajet – Semua included.
  2. Memang betul betul bercuti dan rehatkan minda.
  3. Ada banyak kemudahan mesra keluarga. Pihak resort seboleh boleh akan sediakan apa yang kita request.
  4. Senang nak organise.
  5. Sesuai untuk kanak kanak tak kira peringkat umur.

CONS

1. Memang terperangkap dalam resort jek. Takleh gi memane. Kalau keluar kang rasa rugi pulak kan?

2. Kena pandai survey dan cari resort yang buat offer. Mahal kalau tak pandai survey.

3. Kena survey bab makanan. Kalau tak suka makanan kat hotel tuh terpaksa hadap. Padahal dah bayar kan? Rugi. So baca banyak review tentang sesebuah resort.

Tinggal Di Apartment, Hotel atau Homestay

Ini juga pilihan Kak Kep dan family. Anak dah 3. Jadi kami perlukan space. Bilik hotel bukan lagi pilihan kami. Selalunya akan pilih apartment atau homestay.

Memang mudah kalau dengan anak anak sebab selalunya dilengkapi dengan keperluan di dapur untuk masak. Anak anak juga ada ruang untuk berlari ke sana sini.

Cuma kalau stay di satu tempat atau bandar. Korang akan stuck melawat di bandar atau kawasan tu sahaja. Jadi agak limited tempat yang korang nak lawat.

IMG_7709.JPG
HM2 get ready nak main snow. Stay in Araz Apartment, Bursa, Turki.

PROS

1. Kalau budget rendah, percutian begini sesuai untuk korang.

2. Kalau masa percutian pendek memang Kak kep recommend untuk explore satu tempat kalau taknak stress dan just nak rilek rilek

CONS

1. Kalau stay 3,4 hari jarang yang ada servis untuk bersihkan bilik atau apartment tuh. Jadi semua tuh kena buat sendiri. Tak macam hotel ada room service.

2. Cuma boleh explore satu kawasan sahaja.

Percutian Destinasi Pelbagai

Always our favourite dulu kini selamanya. Hehehe. Kira Kak Kep pilih 3 jenis sekaligus dalam satu Kembara.

….. Road Trip

….. Destinasi Pelbagai

….. Stay in apartment/homestay

Kami BIG FAN percutian yang macam nih. Bukan senang. Tapi tak serik serik. Memang penat dengan anak anak semua. Bila buat, menyesal. Konon taknak buat lagi. Tapi lepas tuh buat lagi. Hahahaha

Tak serik serik!!! Hihihihi.

Anak anak Kak Kep memang dah diajar. Long hours journey dengan kereta atau motorhome. Turun naik flight, transit, change flight sana sini. Diorang enjoy and banyak tanya macam macam. Which is for me sangat bagus untuk diorang. Travelschoolers sangat tau. Hehehe.

Bagi Kak Kep sendiri, rugi kalau tak explore semua tempat. Sekali bayar tiket flight, jgn lepaskan peluang explore kawasan sekitar. Betul tak? Kalau takat drive 2,3 jam ke bandar bandar sekeliling.. Why not kan? Best tau. Pengalaman berharga.

Jelajah Swiss-Italy-France-Swiss kami 5 beranak. Suasana di seat belakang. Kalau tak tidur, makanya bergaduh. Hehehe.
HM1, HM2, HM3 – Jelajah Swiss-Italy-France-Swiss kami 5 beranak. Suasana di seat belakang. Kalau tak tidur, makanya bergaduh. Hehehe.

PROS

  • 1. Boleh explore banyak destinasi dan dapat banyak pengalaman berharga.
  • 2. Kos efektif. Sekali bayar tiket flight merata boleh jelajah.
  • 3. Lebih banyak masa spend dengan keluarga.
  • 4. Lebih banyak peluang anak anak belajar sepanjang kembara tentang dunia di sekeliling mereka.

CONS

  • 1. Ambil banyak masa untuk plan. Yang nih memang setuju. 2. Study route semua tuh ambil masa dan perlu sabar.
  • 3. Agak mahal sebab nak explore banyak tempat. So kena bajet betul betul.
  • 4. Bersedia untuk sangat penat dengan this kind of travel. Kak Kep takpe, Kak Kep ada vitamin vitamin untuk sentiasa kekal cergas, bertenaga dan kawal mood sentiasa dalam keadaan baik walaupun anak tengah berguling di lantai. Hihihihi.

Jadi, tepuk dada tanya selera. Kalau baru baru nak belajar mengembara dengan anak anak, mungkin boleh pilih percutian yang lebih santai dan rilek. Jadi semua orang happy.

Walau apa pun,PERCAYALAH cakap Kak Kep. Tiada istilah rugi kalau spend duit untuk BERCUTI atau KEMBARA nih. Pernah dengar pepatah ?

“The World Is A Book. Those Who Do Not Travel Read Only One Page.”

Mengembaralah untuk lengkap kan sebuah ‘buku’ :-)) :-)) :-))

6 COMMENTS

  1. Saya tak boleh long hours naik kereta memang tension terperap tak boleh bergerak. Dalam keretapi saya suka sebab sebab boleh jalan sana-sini. Sekarang terasa nak try bawak anak-anak jalan ke Utara naik keretapi express yang baru tu.Tapi budak-budak ni pun pandai tengok gambar kita kat oversea depa pun pilih nak ke sana juga. Koyak poket lepas ni ;)

  2. assalamualaikum kak kep..
    kami tgh planning buat roadtrip ke turkey bulan 12 ni.. (insyallah 13-16 dec)
    tgh usha2, terbaca blog kak kep..
    pastu ada hati nak tour europe pulak lepas turkey tu.. selang 2 hari jer..(18-25 dec)
    tp bile study tour europe tu mcm kurang sesuai, takut jalan2 dah start bersalji…
    ke, nak redah je??? plan sewa keta jugak…

    • Wsalam Pzah,
      Bulan 12? Hmmmmm.. kena betul betul survey nih takut snow fall. Hari tuh waktu Kak Kep road trip lebuhraya biasa pun banyak signage untuk guna snow chain bila snow fall. Kalau heavy snow fall takut ganggu itinerary, takut stuck. Lagipun kita tak biasa dengan snow chain. Kalau Pzah dah biasa, then ok kot. Both Turkey dan Europe tuh 2-2 time winter yang possibility tinggi untuk snow fall. Takut kacau plan.

      Kak Kep dah email e book road trip utk Pzah, boleh baca dan apply tips dalam untuk prosedure sewa kereta semua ekk.. Semoga bermanfaat.

LEAVE A REPLY